BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim Prosper Siswazah PUNB 2011

juweialhaj

Super Active Member
Messages
8,521
Joined
Apr 1, 2011
Messages
8,521
Reaction score
94
Points
70
Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga CG sekalian.
Kat thread ni aku nak kongsi pasal salah satu skim pinjaman dari PUNB ni.

Info basic boleh baca kat sini: http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_pros&pg=bm_prosper_siswa&ac=107

so pagi tadi aku da pergi taklimat dari PUNB di Tingkat 9, Blok 1B, Plaza Sentral, KL. Taklimat akan bermula jam 10pagi. Taklimat mengenai semua skim yang ditawarkan oleh PUNB ni akan tamat kira2 jam 11 pagi.

kalo sape2 yang memohon skim prosper siswazah ni, korang kene menduduki ujian kaji selidik usahawan. (tak pasti sangat apa nama ujian tu) Ujian ni dikenekan bayaran sebanyak RM20 dan perlu diserah kembali selepas 45 minit. semua soalan objektif. ada 2 bahagian. 75soalan dan 54soalan (kalo tak silap. tadi aku boleh plak takde cash dalam dompet. biasala miskin tegar :)). then turun g bangunan UEM kat sebelah cucuk duit. then trus rush jawab soalan berlambak2 tu. Alhamdulillah sempat jugak. :) )

so lepas korang da serahkan ujian yang kne hitam-hitamkan macam jawab SPM tuh. korang akan ditemuduga oleh wakil PUNB. sorang2 je. bukan ramai ngan sorang. sesi interview tu adalah masa untuk korang buktikan bisnes korang berdaya maju. macam tadi aku kene tanya tentang pelan lokasi, potensi, cashflow dan pengalaman. so kalo korang tau semua baguslah. tempoh masa kene interview tu tak tetap. sampai interviewer tu puas la kot and korang pun da takde soalan nak tanye.

habis interview korang boleh balik da. kalo ujian tu korang lulus, korang akan terima email untuk submit RP dan format RP yang dikehendaki. RP yang korang hantar ni, akan disemak dan akan diminta untuk diperbaiki sehingga pihak PUNB berpuas hati.

RP dah diterima baru lah loan korang lulus dan korang dikehendaki menghadiri kursus keusahawan selama 4 hari.
 
Last edited:
apa beza skim ni dengan skim lain?
1) nilai pinjaman maximum adalah RM50k sahaja.
2) perniagaan tak semestinya premis tetap. online pun boleh diterima.

walaubagaimanapun, terdapat 7 perniagaan yang telah dibekukan oleh pihak PUNB.
1) mini market
2) kedai makan
3) kedai dobi
4) kedai buku
5) futsal
6) kedai roti
7) kedai gambar

dan terdapat 3 bidang perniagaan yang digalakkan:
1) hardware
2) emas
3) automotif.

apa soalan korang? aku cuba jawab kalo masih ingat lagi :D


emas ?...nak buka kdai emas 50k tak cukup..jd dealer boleh..berapa interest loan?
4%. pembiayaan secara tawarruq (tak kaji lagi maksud nye ni ape)


bayaran balik mcmana?dana dapat cash ke terus byr ke supplier?
dipahamkan tadi dimasukkan ke akaun kite terus. yang bagusnya PUNB dia akan memantau perniagaan kita. sebelum dan juga semasa. sepanjang berniaga pun kita akan diberi nasihat kewangan.

3 bulan pertama bayar 4% sahaja. seterusnya baru bayar total loan max 7tahun.


yang ini ada keluar surat khabar tak silap aku..

dapat elaun 800 sebulan selama setahun kan? kalau bagus..dapat loan 50k..betul ke?
salah. yang elaun2 tu. namanye skim perantis siswazah prosper. korang akan dihantar ke mana-mana syarikat yang berkaitan dengan minat korang untuk menimba pengalaman. elaun diberi oleh PUNB RM800. kalo korang dah yakin dengan perniagaan yang dirancang terus akan diserapkan ke prosper siswazah yang aku detailkn kat atas ni.


Terbaik.aku dah pergi tahun 2008 tapi x siap2 proposal. :p
skim prosper siswazah sah sehingga umur 33 tahun. dan ujian sah sehingga 3 tahun je bro. kalo tak silap la! nanti kene amik ujian balik agaknye!



kene hantar cadangan perniagaan kat email tu dulu ke, baru dia panggil utk interview?
rumusan step:
dengar taklimat > ambil ujian > hadir interview > submit RP > loan lulus > hadir kursus keusahawanan.
kalo salah mintak maaf! rasa camni la yang paham tadi.


interview english ke bahasa melayu? hehe..
Bahasa Melayu. tapi tadi interview tu gune i i you you. :))
untuk pengetahuan. skim ini hanya layak untuk bumiputera sahaja.


ada had umur tak... maksudnya grad dari tahun berapa je yg boleh apply? aku grad 90-an... nanti tak boleh pulak..
ada. 30tahun sahaja. minimum kelayakan adalah sijil kemahiran tahap 2. kalo bro da terlepas, bole try prosper runcit.

owh... bila lg taklimat?
kat plaza sentral tu. setiap hari Isnin sahaja. lain-lain tempat boleh rujuk sini: http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_train&pg=bm_train1_pbrief&nhmxl36=10&stmxl36=10


Dalam site dia kata kena submit proposal.
Boleh aku tau apa first step kalau berminat?
Kena daftar walk in dulu atau kena buat apa?
Atau kena hantar proposal dulu dan dia tapis?

Thanks
walk in. trus datang ke plaza sentral. tingkat 1B. setiap hari isnin mulai jam 10pg.
 
Last edited:
emas ?...nak buka kdai emas 50k tak cukup..jd dealer boleh..berapa interest loan?
 
bayaran balik mcmana?dana dapat cash ke terus byr ke supplier?
 
yang ini ada keluar surat khabar tak silap aku..

dapat elaun 800 sebulan selama setahun kan? kalau bagus..dapat loan 50k..betul ke?
 
dan terdapat 3 bidang perniagaan yang digalakkan:
1) hardware
2) emas
3) automotif.

bagi aku 50k tak cukup nak bukak kedai buat bisnes ni...renovate kedai + deposit sewa pun dah cecah 50k
 
emas ?...nak buka kdai emas 50k tak cukup..jd dealer boleh..berapa interest loan?
4%. pembiayaan secara tawarruq (tak kaji lagi maksud nye ni ape)


bayaran balik mcmana?dana dapat cash ke terus byr ke supplier?
dipahamkan tadi dimasukkan ke akaun kite terus. yang bagusnya PUNB dia akan memantau perniagaan kita. sebelum dan juga semasa. sepanjang berniaga pun kita akan diberi nasihat kewangan.

3 bulan pertama bayar 4% sahaja. seterusnya baru bayar total loan max 7tahun.


yang ini ada keluar surat khabar tak silap aku..

dapat elaun 800 sebulan selama setahun kan? kalau bagus..dapat loan 50k..betul ke?
salah. yang elaun2 tu. namanye skim perantis siswazah prosper. korang akan dihantar ke mana-mana syarikat yang berkaitan dengan minat korang untuk menimba pengalaman. elaun diberi oleh PUNB RM800. kalo korang dah yakin dengan perniagaan yang dirancang terus akan diserapkan ke prosper siswazah yang aku detailkn kat atas ni.
 
Terbaik.aku dah pergi tahun 2008 tapi x siap2 proposal. :p
 
dan terdapat 3 bidang perniagaan yang digalakkan:
1) hardware
2) emas
3) automotif.

bagi aku 50k tak cukup nak bukak kedai buat bisnes ni...renovate kedai + deposit sewa pun dah cecah 50k

setuju. kalo nak duit lebih besar. pergi ke skim prosper runcit. ada max sampai 1juta. yang 3 bidang perniagaan yang digalakkan tu apply untuk semua skim.
 
Back
Top
Log in Register