Skim pencen bantu artis dikaji

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sedang mengkaji mekanisme skim pencen sebagai jaminan masa depan golongan seniman yang tidak lagi aktif dalam industri itu.

Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sekiranya diluluskan di peringkat Kabinet, skim itu kelak dijangka dapat membantu golongan seniman dan para penggiat seni tanah air memperoleh sumber kewangan walaupun tidak lagi aktif dalam sebarang aktiviti seni.

''Kerajaan sedar bahawa golongan seniman dan penggiat seni turut membantu dalam menjana sumber pendapatan negara menerusi cabang seni masing-masing.

''Justeru, kita akan cuba alternatif seperti skim pencen dan sebagainya yang dirasakan sesuai untuk membantu masa depan golongan ini terutama mereka yang langsung tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain selepas tidak lagi aktif dalam sebarang aktiviti seni,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan selepas merasmikan KRU Studio di Cyberjaya, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Razali Ibrahim; Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyiddin Mustakim; Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd, Redza Rafiq dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Norman Abdul Hakim.

Pembinaan bangunan dua tingkat KRU Studios di Cyberjaya dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun depan dan akan dilengkapi dengan lima buah studio penerbitan audio, lima studio suntingan, sebuah studio Digital Imaging, sebuah studio animasi visual kesan khas termasuk dua buah studio tertutup.

Dalam pada itu, Shafie berkata, kementerian juga bercadang untuk menjalinkan usahasama dengan Kementerian Sumber Manusia dalam menyediakan pelbagai program latihan atau kursus kemahiran kepada golongan penggiat seni.

Menurutnya, berbeza dengan aktiviti seni, program itu kelak akan menyediakan mereka dengan pelbagai kemahiran lain bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bidang seni sebagai sumber pendapatan utama.

''Kita tidak mahu apabila mereka sudah tidak bergiat lagi dalam aktiviti seni ada yang hidup melarat, tidak cukup makan dan sebagainya, terutama bagi penggiat seni veteran.

''Jika kita sediakan mereka dengan pelbagai kemahiran lain, saya percaya mereka mampu membuat pekerjaan lain sekali gus mampu menjana sumber kewangan sendiri,'' katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Shafie berkata, pihaknya menolak ura-ura yang mendakwa Finas akan berada di bawah naungan Kementerian Penerangan disebabkan kegagalannya untuk mengeluarkan produk filem bersifat nasionalisme.

Katanya, perkara itu tidak akan berlaku memandangkan Finas telah banyak mengeluarkan produk yang menyentuh aspek kenegaraan sejak separuh dekad lalu menerusi filem-filem terbitannya.

Malahan, jelasnya, kementerian turut memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada Finas untuk tujuan tersebut di samping yakin industri perfileman tanah air mampu menerbitkan lebih banyak karya yang kreatif dan bermutu.

artis2 nie semua bukan ker dah kaya raya...:-?
 
Sponsored Post

azarulez

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,354
Reaction score
1,152
Points
151
bukan semua yg kaya..tgk Os tu..bawak teksi je..
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
bukan semua yg kaya..tgk Os tu..bawak teksi je..
awal tak buat skim ala-ala KWSP tu...tak kan nak amik duit rakyat buta2 saja...#:-S
 

DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,785
Reaction score
917
Points
176
Yang artis ni time banyak duit bukan tahu nak menyimpan.. Bila time sakit mulalah.. Mintak bantuan.. :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register