synyster
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,468
Top Poster #9
- Joined
- Nov 29, 2010
- Messages
- 20,468
- Reaction score
- 4,382
- Points
- 261
- Awards
- 1
Pembangkang tuntut penjelasan kerajaan kos sewa helikopter RM16b
Helikopter
pajakan
hamzah zainudin
Feb 5, 2025 | 1:59 PM
Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin. - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dituntut memberi penjelasan berhubung kos pajakan 28 unit helikopter menerusi kontrak bernilai RM16 bilion ($4.8 bilion) bagi tempoh 15 tahun untuk pasukan keselamatan negara itu.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mendakwa wujud skandal baru terpalit kerajaan berkaitan sewaan helikopter terbabit berkata jumlah kos itu dilihat sangat besar jika dibandingkan dengan kos pembelian 32 helikopter yang dibuat Poland.
“Pada 3 Februari Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim) beritahu jangan ada perkara peribadi yang dibawa (ke Dewan Rakyat) dan (Ahli Parlimen) mesti mempertahankan hak rakyat.
“Ini yang saya nak pertahankan, pasal apa kerajaan membuat dasar menyewa helikopter yang begitu tinggi harganya. Ada bukti lagi baru-baru ini bahawa helikopter yang dibeli oleh sebuah negara Poland berharga AS$1.83 bilion ($2.47).
“Ini menunjukkan mereka beli (helikopter) pada harga yang murah sangat, lebih kurang RM8 atau RM9 bilion,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat, pada 4 Februari, lapor Malaysiakini.
Datuk Hamzah turut mempertikaikan perjanjian kerajaan dalam pajakan 28 helikopter bernilai RM16.6 bilion.
“Yang kita tandatangan kontrak untuk 28 helikopter berjumlah RM16.6 bilion. Sewa pula tu, bukan beli. Inilah yang kami (pembangkang) perjuangkan,” katanya.
Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah menolak dasar perjanjian yang ditawarkan syarikat pajakan helikopter tersebut ketika masih dalam kerajaan.
“Syarikat yang dapat projek tersebut, masa saya jadi Menteri Dalam Negeri mereka memohon membuat dasar yang sama, kontrak yang sama dan saya serahkan kepada pegawai kerajaan.
“Mereka buat kajian dan siasatan dan akhirnya bawa kepada saya mereka kata tak bagus untuk gunakan dasar ini.
“Lebih baik untuk kita membeli dan beri kontrak perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada pengusaha-pengusaha dalam negeri, memberi ruang dan peluang pekerjaan yang lebih baik dan semua itu adalah perkara-perkara yang telah pun diambil kira dan saya pun menolaknya,” katanya.
Datuk Hamzah menyuarakan kebimbangannya bahawa generasi masa depan akan terpaksa menanggung beban hutang yang besar akibat keputusan kerajaan itu.
Media Malaysia melaporkan kerajaan Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai RM16 bilion untuk menyewa 28 helikopter bagi tempoh 15 tahun.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pajakan helikopter itu dibuat untuk beberapa agensi keselamatan dan pertahanan Malaysia.