Skandal seks Kapten England

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SELAIN pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods, kini seorang lagi bintang sukan antarabangsa terjebak dalam skandal seks memalukan, lapor sebuah akhbar semalam.

Skandal seks melibatkan ketua pasukan bola sepak England, John Terry dengan model dan aktres Perancis, Vanessa Perroncel terbongkar kelmarin setelah sebuah mahkamah Britain menolak permohonannya untuk melarang ia disiar oleh media.

Perroncel ialah sahabat karib isteri Terry dan teman wanita kepada rakan sepasukannya iaitu pemain pertahanan England, Wayne Bridge.

Bintang bola sepak bergaji £170,000 (RM927,320) seminggu itu dilapor mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun iaitu Jaydon Jean Claude Bridge, hasil hubungan sulitnya selama beberapa tahun dengan Perroncel.

Terdahulu, Terry memohon perintah mahkamah untuk menutup mulut media dengan alasan pendedahan hubungan sulit itu bertentangan dengan hak persendirian dan hak asasi manusia.

Namun, Hakim Tugendhat menolak permohonan Terry kerana berpendapat bintang bola sepak itu sebenarnya takut kehilangan banyak penajaan jika perkara itu dididedahkan.

Terry meraih pendapatan sampingan berjuta-juta pound sterling setiap tahun hasil perjanjian penajaan dan iklan dengan beberapa syarikat gergasi. - Agensi
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register