Skandal seks: Artis raih RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam

CG Sponsors




arang67

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2009
Messages
6,585
Reaction score
347
Points
81
Ye memang sprm yg bagitau tapi tak secara detail. Mungkin rm40k tu bukan utk satu org tapi beberapa org satu mlm. Mereka ni biasanya ada agen yg jaga dan buat rundingan. Agen pun ada untung. Mungkin juga dikira start dari sehari jln2, berparti beberapa org, lps tu baru projek.
Kalau mcm ni pada aku baru logik.



Tak penting pun siapa yg aku kenal atau siapa kenal aku. Ko kenal sorang artis yg melacur rm40k 1 malam ? Ko ada bukti yg disahkan oleh sprm?
ala ko ni noob la..tu baru harga orang..lum lagi harga barang x logik akal..xyah serabut2 la..hehe
 
Sponsored Post

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,043
Reaction score
245
Points
38
Mcm tak logik je satu mlm sampai rm40k. Kalau tempah utk seminggu atau sebulan tu boleh terima akal lagi.
logik je ..menda ni berlaku di level2 atasan..
kat indon, vanessa angle satu malam dia caj RM24k ..lau kat sini, jenis artis yg bergetah dan exclusive, mesti lg mahal..
 

jom

Active+ Member
Joined
Jun 18, 2012
Messages
2,608
Reaction score
86
Points
30
Skg nie aku nk tau dpt duit tersebut ? Duit turun drpd langit aka duit dapat tender ke ??
 

alkeysah

Fun Poster
Joined
Apr 21, 2012
Messages
456
Reaction score
35
Points
30
Mcm tak logik je satu mlm sampai rm40k. Kalau tempah utk seminggu atau sebulan tu boleh terima akal lagi.
pernah dengar tak, dalam kapitalis ni kaya makin kaya?

money work for them.

org macam kita work for money.

RM400 sehari pun boleh berkicap kita nak dapat.

mereka yg kaya, lahir2 kaya, mak pak kaya, bisnes kaya raya.. tak perlu keje.

bulan2 dapat juta2.

so, circle2 camni, bukan setakat 40k, 100k semalam pun mampu.

duit dah bersepah, so mula la buat koleksi..

koleksi bukan local je, bakso ada, kebab ada, tom yam ada, kpop ada, russia ada, europe ada.. sana punya rate lagi mahal.
 

alkeysah

Fun Poster
Joined
Apr 21, 2012
Messages
456
Reaction score
35
Points
30
Skg nie aku nk tau dpt duit tersebut ? Duit turun drpd langit aka duit dapat tender ke ??
tender? main2 tender bukan boleh kaya pun.

direct nego ye kaya.

ramai je dah billionaire2 kita since zaman kroni2 atuk dulu. monopoli.

sekarang ni zaman 2nd dan 3rd generation dari circle2 biliionaire ni yg ramai kat IG tayang lavish lifestyle.

tak hairan ke, circle2 ni tiap2 hari dok tayang travel sana sini, merchandise branded, kete mewah, parti hari2.. bila masa keje cari duit?

sebab atuk, mak bapak dah channel duit dalam akaun depa ni juta2..

tak payah sentuh duit pokok, hasil dividen je dah boleh enjoy.


cuma yang orang hairan, bila kau nobody, family biasa2, tapi tayang mewah kat IG.. yg ni jadi suspicious.

confirm kena bela.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,928
Reaction score
1,692
Points
151
Siapa artis tu?
ahad-dah-ke2-1.jpg

SIAPA artis tu? Tiba-tiba aplikasi WhatsApp saya dihujani soalan tersebut bermula Ahad lalu. Bukan setakat WhatsApp, dalam Instagram dan Facebook saya ada juga bertanyakan soalan yang sama, siapa artis itu? Saya tidak menjawab. Tak mahu layan sebenarnya. Hal-hal seperti ini laju saja hendak tahu.
Yang sudah bertahun-tahun tak bertanya khabar saya pun, tiba-tiba menghantar mesej sama bertanya, siapa artis itu? Rasa lucu pun ada. Dan yang ramai bertanya hal ini, tentulah orang lelaki.
Bab-bab ini bukan main lagi hendak tahu. Tak pernah pula mesej bertanya musabaqah agak-agak ada tak diadakan tahun depan sebab Covid-19? Atau berapa kes Covid-19 hari ini, tak sabar tunggu pengumuman Kementerian Kesihatan setiap petang, tapi pasal pelacuran membabitkan artis ramai betul berminat.
“Kena senaraikan artis yang terlibat. Kena umumlah. Nanti jatuh fitnah pula pada yang tidak terlibat,” kata seorang rakan sambil tersengih. Lelaki juga. Saya diam saja. Sebenarnya dia sendiri yang hendak tahu tu, kata saya dalam hati.
Ahad lalu, wartawan Mingguan Malaysia, Siti Athirah Dzulkifly mendedahkan tentang pelacuran dalam kalangan artis. Berita itu disiarkan muka depan akhbar ini yang bertajuk- Skandal seks artis – Raih RM30,000 hingga RM40,000 dalam satu malam.
Pada saya, soalan yang lebih tepat kenapa jadi begitu? Bukan siapa artis itu?
Memang betul, bila melayari akaun laman sosial artis terutamanya Instagram, ada yang menunjukkan kekayaan luar biasa. Beli baju, kasut atau beg tangan jenama mahal, berharga puluhan ribu ringgit. Bukan setakat itu, bergambar dengan kereta mewah dan rumah besar bagaikan istana
Tetapi kebanyakannya jika tidak diberitahu bahawa yang bermewahan-mewahan itu rupanya seorang artis, kita pun tidak kenal. Memanglah, ramai saja boleh bergaya mengalahkan artis. Itu yang sering kita keliru. Artis ke ni? Selalunya soalan yang akan keluar, pelakon atau penyanyi ni? Kaya sangat. Meniaga produk apa boleh kaya sangat ini?
Tetapi persoalan itu selalu habis di situ sajalah. Rezeki masing-masing. Banyak lagi perkara penting hendak difikirkan. Kenapa hendak sibuk kira duit atau kekayaan orang lain. Betul?
Pun begitu yang tidak patutnya dalam isu ini, segelintir kecil saja artis yang terbabit menjual maruah diri, habis pula imej artis lain terpalit buruknya.
Sedangkan ramai yang lain itu bersungguh-sungguh berjuang dalam bidang seni ini kerana minat, berbakat besar dan pada masa sama menjadikan ia punca pendapatan. Tetapi itulah, segelintir lain pula yang lakonan dan nyanyian tidak seberapa, paras rupa pun tidak seberapa dan harap seksi saja menjadikan ia platform untuk menarik perhatian VVIP mencari duit mudah dan hendak hidup senang. Bila namanya ‘artis’ yang buat, habis semua terbabit sama.
Hakikatnya, ramai artis negara ini yang menjaga moralnya dan dihormati. Kaya bukan dengan cara menjual maruah diri. Ramai yang berbakat. Mereka ini serius bergiat dalam seni. Ada yang berasal dari keluarga susah tetapi boleh hidup mewah bila berkecimpung dalam industri ini kerana usaha dan bakat.
Pandemik Covid-19 tidak boleh dijadikan ‘kambing hitam’ alasan untuk melacur kerana tidak dapat tawaran berlakon atau menyanyi. Ramai turut terjejas pendapatannya bukan artis saja. Tetapi itulah jangan singgah dalam industri seni ini hanya untuk dapat duit mudah cara ini, ia akan menjahanamkan industri itu. Dan jika benar pelacuran dalam kalangan artis ada sejak dulu lagi, perlukah ia dijadikan kegiatan `turun temurun’? Sampai bila industri ini berterusan dianggap kotor?
Dan boleh pakai lagikah, ayat mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu berpura-pura sebab itu berpakaian seksi dan buat sesuka hati. Industri seni tak sepatutnya dirosakkan dengan perangai sebegini. – Mingguan Malaysia

1603600099016.jpeg
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,928
Reaction score
1,692
Points
151
Ahli politik langgan artis, hanya 10 peratus selebriti mewah, baki ‘kais pagi makan pagi’
PETALING JAYA: Segelintir ahli politik serta golongan kelas atasan dipercayai terbabit dalam kegiatan seks melibatkan artis tanah air. Ahli politik terbabit dikatakan menggunakan khidmat broker atau orang tengah untuk mendapatkan pelanggan dalam kalangan penggiat seni. Mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil berkata, tindakan menggunakan orang tengah sebagai langkah mengelakkan identiti pelakunya mudah dikesan. “Tidak dinafikan…
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,928
Reaction score
1,692
Points
151
“Sebab I Mahal, I Jual Dir…” Fara Mendoza Tersalah Cakap, Netizen Mulakan Semula Teka Teki
Ainaa Hafizah24 October 2020
Selagi belum didedahkan senarai nama selebriti dan Instafamous yang terlibat dengan kes pelacuran kelas atasan, selagi itu netizen masih lagi cuba untuk berteka-teki.


Harini ini satu berita mengejutkan telah didedahkan oleh netizen apabila potongan video pendek live Facebook yang dilakukan oleh Fara Mendoza dimuat naik semula di Twitter


Sebelum ini, nama Fara Mendoza turut pernah terpalit dengan isu pelacuran tersebut tetapi telah disangkal oleh tuan empunya badan bahawa dia langsung tidak terlibat langsung dalam kegiatan kotor itu.

Video pendek itu menujukkan Fara sedang mempertahankan dirinya apabila dikatakan masih lagi belum mendirikan rumah tangga kerana tidak laku.

WhatsApp-Image-2020-10-24-at-16.03.56.jpeg


Ada yang cakap aku ni hina tak kahwin, tak ada orang nak. Excuse me, hello Malaysia! Muka aku yang cantik macam ni, tak ada orang nak kau cakap?
Namun semasa sedang lantang bersuara, Fara secara tidak sengaja tersalah cakap.

Mungkin terlampau berang, sehingga membuatkan pelakon berusia 30 tahun itu tersalah cakap dan membuatkan netizen terperanjat.

fara1.jpg


Sebab I mahal, I jual dir… I jual mahal! Tak macam kau, jual murah.
Kini netizen di Twitter sudah mula memperkatakan semula berkenaan isu berkenaan sehingga ada yang menuduh dia turut terlibat dalam kerja kotor tersebut.

fara2.png
fara3.png
fara4.png
fara5.png
fara6.png
fara61.png


Dalam masa yang sama, selepas ayatnya itu disalah ertikan oleh netizen, Fara telah memuatnaik beberapa Instastory berkenaan hal itu.

Menurutnya dia hanya tersalah cakap dan mengapa sehingga ada yang cuba untuk aibkan dirinya?

mendozaq.jpg


Fara turut menegaskan bahaya dia tidak sesekali membuat kerja tidak bermoral begitu dan akui rasa berani kerana berkata benar.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register