USD MYR 4.12450 BTC MYR 257,887 Gold MYR 7,285.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal rasuah Zahid Hamidi : 45 pertuduhan pecah amanah bernilai lebih RM100 juta

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,810
Reaction score
1,617
Points
201
DSAI dan Khir Toyo masuk penjara umur berapa ye tuan? Ingat2 lupa.
Umur Ku Nan lagi tua dari Zahid kan?
Mereput kat dalam tu.

X ingt tapi dsai lagi tua dari najib
 
Sponsored Post

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,618
Reaction score
922
Points
171
Kesian dikambinghitamkan....haha

.
Kenyataan Zahid ‘khilaf’, BN gantung tugas pegawai media serta-merta
FMT Reporters
-
March 5, 2021 7:31 PM
178Shares
facebook sharing button
130
twitter sharing button
40
whatsapp sharing button

email sharing button

FMT-BN-LOGO-BENDERA-BN-04.jpg

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mengakui berlaku kekeliruan dalam kenyataan Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi semalam termasuk berhubung merayu supaya Yang di-Pertuan Agong menitahkan sidang Parlimen diadakan segera.
Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, susulan kekhilafan yang berlaku pihaknya bertindak menggantung tugas ketua pegawai media BN selama sebulan.
Katanya, penggantungan itu bagi tujuan siasatan dalaman dilakukan.

“Merujuk kepada kenyataan pengerusi BN bertarikh 4 Mac 2021, Zahid telah mengarahkan agar sedikit kekeliruan terhadap kenyataan media berkenaan adalah atas kekhilafan pegawai di sekretariat BN.
“Sehubungan itu saya mewujudkan jawatankuasa siasatan dalaman pada pagi ini bagi membincangkan penyiaran kenyataan media pengerusi BN yang tidak mendapat kelulusan Sekretarian Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu yang kurang tepat sebagaimana yang diperbincang dan diputuskan mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam kenyataan tanpa menyatakan secara jelas bahagian kekhilafan yang dimaksudkan.
Semalam kenyataan media memetik Zahid sebagai berkata, BN menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan yang Parlimen tidak akan bersidang ketika tempoh darurat seolah-olah mencabar titah Agong serta menghina institusi raja.
Dalam kenyataan itu juga, Zahid dilapor menyarankan Ahli Parlimen menyeru perdana menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah Agong mengadakan sidang Parlimen dengan segera susulan kelonggaran sekatan pergerakan.

Beliau berkata, BN turut merayu Agong menggunakan kuasanya di bawah Ordinan Darurat untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan segera bagi membincangkan beberapa isu, termasuk mengkaji semula keberkesanan langkah membendung penularan Covid-19, pelaksanaan Belanjawan 2021, memulihkan ekonomi negara dan kestabilan politik.
Susulan kenyataan Zahid itu, rakan komponen BN, MCA dan MIC mendakwa BN tidak pernah menyokong sebarang keputusan merayu Agong menitahkan Parlimen bersidang dengan kadar segera.
 
azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,374
Reaction score
1,105
Points
156
Betul tu. Tapi umno kene kalah byk .. baru presiden kene bertsnggungjwp n step down
Saya tak percaya Zahid semudah itu nak letak jawatan.
Lawan sampai habis...
 
samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
3,004
Reaction score
627
Points
71
Kalau dah umur 68 tahun masuk jel, waduh bosannya.
Menghabiskan sisa2 umur di penjara.
Lain le kalau tokoh patriotic zaman dahulu, masuk penjara pun puas hati.
OK kot.
Ni la masa nak zikir, baca quran , solat mutlak
Dlm UMNO ni banyak dah umur subsidi, dok gila situ la... Kesian
 
Last edited:

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,594
Reaction score
1,953
Points
206
Zahid keluar wang Yayasan Akal Budi RM17.9 juta
| | 05 Mac 2021

991872.jpg

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas mahkamah berhenti rehat pada prosiding sambung bicara kesnya hari ini.
Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 pertuduhan - 12 berhubung pecah amanah, lapan berkaitan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.
- Foto Bernama
A
A
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu, berjumlah RM17.9 juta yang digunakan untuk pembelian sijil simpanan tetap dan saham.

Sambil menunjukkan carta aliran pengeluaran wang tersebut di mahkamah, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Fazli Zulkifli, 36, menjelaskan bahawa daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd manakala RM9.3 juta bagi pembelian sijil simpanan tetap.

"Pengeluaran wang daripada akaun Affin Bank milik Yayasan Akalbudi kepada akaun Maybank Tetuan Lewis & Co (pemegang amanah Yayasan Akalbudi) itu adalah arahan Datuk Seri Ahmad Zahid," katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Beliau berkata demikian pada hari ke-47 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Saksi pendakwaan ke-93 itu berkata wang berjumlah RM8.6 juta dibayar kepada Ri-Yaz Assets bagi tujuan pembayaran deposit pembelian saham 60 peratus milik pemegang saham syarikat itu, Tan Sri Rashid Manaf oleh anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah.

"Pembayaran RM8.6 juta itu dibuat melalui firma guaman, Tetuan Lewis & Co kepada Ri-Yazz Assets setelah perbincangan antara Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah, Datuk Mohammad Shaheen Shah Mohd Sidek (pengarah Ri-Yaz Assets), Datuk Mat Noor Nawi (pengerusi Exim Bank) dan Norzilah Mohamad (ketua pegawai eksekutif Exim Bank).

"Nurulhidayah berminat mengambil alih 60 peratus saham Tan Sri Rashid dalam Ri-Yaz Assets dan meminta pihak Exim Bank menyusun semula pinjaman syarikat itu dengan Exim Bank bagi memanjangkan tempoh pinjaman dan mengeluarkan nama Tan Sri Rashid sebagai penjamin dengan menggantikan nama Datuk Nurulhidayah," katanya.

Beliau berkata siasatan dengan pihak Exim Bank mendapati Ri-Yaz Assets telah membayar tunggakan hutangnya berjumlah RM8.3 juta (AS$2.058 juta) menggunakan wang yang diperoleh daripada Lewis & Co bagi menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman untuk pembelian hotel di Bali, Indonesia oleh syarikat itu.

"Terdapat lebihan bayaran disebabkan perbezaan tukaran ringgit kepada ASD pada ketika itu berjumlah RM254,879.10. Wang itu telah dipulangkan kembali kepada firma guaman itu menerusi cek," katanya.

Muhammad Fazli berkata hasil siasatannya, Nurulhidayah telah dilantik sebagai pengarah Ri-yaz Assets pada 27 Januari 2017 bagi menggantikan Abdul Rashid yang meletak jawatan sebagai pengarah pada tarikh sama.

"Datuk Nurulhidayah kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengarah syarikat tersebut pada 31 Jan 2017. Bagaimanapun, kedua-dua pihak iaitu Rashid dan Datuk Nurulhidayah tidak meneruskan perjanjian jual beli saham itu.

"Setelah perjanjian saham tersebut tidak diteruskan, Datuk Nurulhidayah dan Datuk Seri Ahmad Zahid meminta supaya wang berjumlah RM8.3 juta dikembalikan kepada Lewis & Co kerana ia adalah wang Yayasan Akalbudi," katanya.

Saksi itu juga berkata hasil siasatannya mendapati Nurulhidayah tiada sebarang jawatan dalam Yayasan Akalbudi.

"Pada masa itu, Datuk Nurulhidayah bekerja dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebagai pengarah pemasaran," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Sazilee.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

- Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ahid-keluar-wang-Yayasan-Akal-Budi-RM179-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,810
Reaction score
1,617
Points
201
Zahid keluar wang Yayasan Akal Budi RM17.9 juta
| | 05 Mac 2021

View attachment 349522

wow... memang kaw2 ni
 
samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
3,004
Reaction score
627
Points
71
Zahid tak letak jawatan, tapi diletakkan jawatan.
Mcm bosku
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,722
Reaction score
2,633
Points
201
Kesian dikambinghitamkan....haha

.
Kenyataan Zahid ‘khilaf’, BN gantung tugas pegawai media serta-merta
FMT Reporters
-
March 5, 2021 7:31 PM
178Shares
facebook sharing button
130
twitter sharing button
40
whatsapp sharing button

email sharing button

View attachment 349487
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mengakui berlaku kekeliruan dalam kenyataan Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi semalam termasuk berhubung merayu supaya Yang di-Pertuan Agong menitahkan sidang Parlimen diadakan segera.
Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, susulan kekhilafan yang berlaku pihaknya bertindak menggantung tugas ketua pegawai media BN selama sebulan.
Katanya, penggantungan itu bagi tujuan siasatan dalaman dilakukan.

“Merujuk kepada kenyataan pengerusi BN bertarikh 4 Mac 2021, Zahid telah mengarahkan agar sedikit kekeliruan terhadap kenyataan media berkenaan adalah atas kekhilafan pegawai di sekretariat BN.
“Sehubungan itu saya mewujudkan jawatankuasa siasatan dalaman pada pagi ini bagi membincangkan penyiaran kenyataan media pengerusi BN yang tidak mendapat kelulusan Sekretarian Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu yang kurang tepat sebagaimana yang diperbincang dan diputuskan mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam kenyataan tanpa menyatakan secara jelas bahagian kekhilafan yang dimaksudkan.
Semalam kenyataan media memetik Zahid sebagai berkata, BN menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan yang Parlimen tidak akan bersidang ketika tempoh darurat seolah-olah mencabar titah Agong serta menghina institusi raja.
Dalam kenyataan itu juga, Zahid dilapor menyarankan Ahli Parlimen menyeru perdana menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah Agong mengadakan sidang Parlimen dengan segera susulan kelonggaran sekatan pergerakan.

Beliau berkata, BN turut merayu Agong menggunakan kuasanya di bawah Ordinan Darurat untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan segera bagi membincangkan beberapa isu, termasuk mengkaji semula keberkesanan langkah membendung penularan Covid-19, pelaksanaan Belanjawan 2021, memulihkan ekonomi negara dan kestabilan politik.
Susulan kenyataan Zahid itu, rakan komponen BN, MCA dan MIC mendakwa BN tidak pernah menyokong sebarang keputusan merayu Agong menitahkan Parlimen bersidang dengan kadar segera.

betul betul standard Malaysia....- semua kena buat jawatankuasa.....hahahaha
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,995
Reaction score
2,147
Points
201
Ahmad Zahid keluar RM17.9 juta dana Yayasan Akalbudi
hm135zahid_1615194549.jpg
Ahmad Zahid hadir di Mahkamah Tinggi pada perbicaraan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana milik Yayasan Akalbudi. FOTO NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini dimaklumkan sebanyak RM17.9 juta dana Yayasan Akalbudi dikeluarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tanpa persetujuan ahli lembaga pemegang amanah yayasan berkenaan.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Fazli Zulkifli, dalam keterangannya berkata, pengeluaran wang itu berdasarkan siasatannya adalah jenayah pecah amanah.

Katanya, wang berkenaan digunakan untuk memberi saham syarikat kepada anak Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah selain disimpan sebagai simpanan tetap.

"Berlaku aktiviti pecah jenayah terhadap wang milik Yayasan Akalbudi yang bernilai RM17.9 juta, yang mana ia dikeluarkan tanpa persetujuan pemegang amanah lain.

"Wang itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun Lewis & Co," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi ketika sesi pemeriksaan semula.

Saksi ke-93 pendakwaan itu, turut memberitahu mahkamah semua arahan diterima Lewis & Co adalah dari Ahmad Zahid dan firma guaman itu tidak boleh bertindak tanpa arahan.

Ahmad Sazilee: Boleh sahkan kepada mahkamah, pernah mana-mana ahli lembaga pengarah yang lain memberi apa-apa arahan kepada Lewis & Co, secara spesifiknya kepada B Muralidhahran?

Muhammad Fazli: Saya sahkan tiada

Menjawab soalan Ahmad Sazilee sama ada beliau membuat perbandingan terhadap pernyataan beramaran diberikan Ahmad Zahid dengan saksi lain, Muhammad Fazli menjawab: "Ya."

Ahmad Sazilee : Jelaskan pada mahkamah, apabila perbandingan dibuat oleh Ahmad Zahid dengan saksi lain, apa yang kamu dapati?

Muhammad Fazli: Berdasarkan pernyataan Ahmad Zahid. Beliau menyatakan Yayasan Akalbudi berminat membuat pelaburan. Saksi lain menjelaskan Nurul Hidayah ingin membuat pelaburan dalam bidang perhotelan dan Ahmad Zahid bersetuju yayasan membayar duit itu.

Ahmad Sazilee: Berbanding keterangan daripada Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf (pemegang saham Ri-Yaz Assets Sdn Bhd)?

Muhammad Fazli: Mengikut keterangan Rashid, perjalanan hotel Ri-Yaz di Indonesia memang terdapat masalah pada ketika itu dan terdapat dua solusi (penyelesaian), sama ada menjual hotel berkenaan atau menjual share (kepentingan) dalam Ri-Yaz Assets. Perkara itu dibincangkan dengan Nurul Hidayah yang kemudian menyatakan niat beliau untuk melabur dalam Ri-Yaz Assets.

Ahmad Sazilee: Adakah terdapat mana-mana dokumen menunjukkan pelaburan Yayasan Akalbudi ke dalam Ri-Yaz?

Muhammad Fazli: Saya sahkan tiada. Pelaburan ini membabitkan dua pihak saja, Rashid dan Nurul Hidayah.

Ahmad Sazilee: Adakah anda menjumpai dokumen berkaitan perlantikan Nurul Hidayah untuk menjadi pemantau, proxi atau wakil kepada Yayasan Akalbudi dalam syarikat Ri-Yaz?

Muhammad Fazli: Saya sahkan tiada jumpa apa-apa.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Jumaat lalu, Muhammad Fazli memberitahu mahkamah, Ahmad Zahid terbabit dalam pengeluaran RM17.9 juta yang digunakan untuk pembelian sijil simpanan tetap dan saham.

Beliau menjelaskan daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets manakala RM9.3 juta bagi pembelian sijil simpanan tetap.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register