BTC USD 60,394.2 Gold USD 1,737.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal rasuah Zahid Hamidi : 45 pertuduhan pecah amanah bernilai lebih RM100 juta

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,072
Reaction score
590
Points
171
Ini bisnes alam ghaib. Skill tarik duit...

Syarikat dalam kes rasuah Zahid tidak jalan perniagaan, tapi keluar masuk duit - saksi

MyMetroMutakhir
Share

Tweet
BERNAMA
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, terdapat pengeluaran dan kemasukan wang yang besar di dalam sebuah syarikat yang didakwa terbabit dalam kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, walaupun tiada aktiviti perniagaan dijalankan syarikat itu.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zamri Abdul Rashid, 36, berkata, hasil siasatannya, syarikat Berani & Jujur Trading, yang berdaftar di sebuah unit apartment, tidak menjalankan apa-apa perniagaan dan tidak mempunyai pekerja.

"Daripada penilaian kewangan, saya dapati keluar masuk akaun (duit) terlalu aktif dengan jumlah yang agak besar. Merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat ini terbabit dalam perniagaan pertanian dan jualan kain.


"Hasil siasatan juga mendapati tidak wujud aktiviti perniagaan itu (perniagaan kain) semasa penggeledahan dijalankan di premis tersebut (apartment)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Beliau berkata demikian pada hari ke-47 perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, membabitkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Saksi pendakwaan ke-92 itu berkata, siasatannya mendapati dua lagi syarikat yang turut didakwa terlibat dalam kes rasuah Ahmad Zahid iaitu Jogabonito Jewellery & Diamonds, dan Mastoro Kenny IT Consultant & Services, masing-masing berdaftar di sebuah unit apartment dan kedua-dua syarikat itu juga tidak menjalankan apa-apa perniagaan.

Mengikut pertuduhan ke-11, 12 dan 13, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu satu cek bernilai RM250,000 milik syarikat Jogabonito Jewellery & Diamonds, 13 cek bernilai RM8 juta milik Mastoro dan 10 cek bernilai RM5 juta milik Berani & Jujur Trading.

Kesemua cek berkenaan diperoleh tertuduh melalui Junaith Asharab Md Shariff, menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melakukan suatu transaksi yang dicadangkan berlaku, iaitu akan membantu syarikat Mastoro mendapatkan projek-projek MyEG di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Tetuan Lewis & Co merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid.

Terdahulu, ditanya Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali, mengapa Mohd Zamri tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa siasatannya terhadap tiga syarikat berkenaan berat sebelah, kerana siasatan masih diteruskan selepas tertuduh didakwa di mahkamah?

"Saya tidak setuju kerana siasatan bermula sejak Jun 2018 lagi dan saya telah mengumpul bukti serta fakta yang diperlukan sehingga pertuduhan dibuat.

"Saya yakin siasatan dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh pada masa berkenaan bukan bersifat berat sebelah. Kesemua cek (24 cek) asal dari tiga syarikat berkenaan diperoleh, selepas Ahmad Zahid didakwa kerana bank memerlukan masa untuk memberi cek asal itu dan hanya salinan (cek) diperoleh dahulu," kata saksi pendakwaan itu.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 4:59 PM
 
Sponsored Post

samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
3,000
Reaction score
620
Points
71
Perbicaraan Ahmad Zahid: RM6 juta 'upah' sokong DTSB sebagai pembekal cip pasport - Saksi
Perbicaraan Ahmad Zahid: RM6 juta 'upah' sokong DTSB sebagai pembekal cip pasport - Saksi'upah' sokong DTSB sebagai pembekal cip pasport - Saksi

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima dua keping cek, masing-masing bernilai RM1 juta dan RM5 juta, daripada Pengarah Datasonic Group Bhd (DGB) Chew Ben Ben sekitar April 2017, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Saksi pendakwaan ke-91 Mohd Hizar Farhan Abdul Razi berkata, siasatannya mendapati kedua-dua cek berkenaan diserahkan Chew kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Satria, Putrajaya.

Jelas Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu lagi, kedua-dua cek berkenaan telah ditandatangani seorang lagi Pengarah DGB, Datuk Abu Hanifah Noordin, dan wang berkenaan datang dari satu lagi syarikat milik beliau, Sarana Kencana Sdn Bhd,

Berdasarkan carian di pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Hizar Farhan berkata, Abu Hanifah pernah menjadi pemegang saham terbesar untuk kedua-dua syarikat berkenaan, iaitu DGB dan SKSB.

“DGB merupakan sebuah syarikat induk yang mana di bawahnya ada beberapa anak syarikat antaranya syarikat Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB).

“DTSB merupakan syarikat yang telah dianugerahkan onktrak pembekalan cip pasport untuk tempoh selama lima tahun atau untuk jumlah 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate pasport antarabangsa Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya sewaktu perbicaraan.

[TERKINI] Perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi

Selain itu, Mohd Hizar Farhan turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau telah meneliti beberapa kandungan surat berhubung penglibatan DGB melalui DTSB dalam projek pembekalan cip pasport.

Antara kandungan surat yang beliau teliti, surat DTSB bertarikh 26 Mei, 2014, memohon pertimbangan Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak berhubungkait tender berkenan; surat DTSB bertarikh 7 Oktober, 2014 kepada Ketua Setiausaha KDN untuk memohon pertimbangan Ahmad Zahid; serta surat DTSB bertarikh 9 Oktober, 2014, juga kepada Ahmad Zahid untuk memohon mendapat surat setuju terima (STT).

Berdasarkan siasatan terhadap surat-surat rasmi berkenaan, Mohd Hizar Farhan berkata, beliau mendapati terdapat bukti jelas Ahmad Zahid dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri telah menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta.

Tambahnya lagi, bukti siasatan menjurus ke arah wang berkenaan sebagai upah dalam memainkan peranan mengarahkan proses kelulusan permohonan DTSB untuk membekalkan cip pasport tersebut disegerakan sehingga DTSB dilantik sebagai kontraktor pembekalan.

Terdahulu, perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan dana melibatkan Ahmad Zahid, bersambung hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

BACA: Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Ia bersambung semula selepas Hakim bersetuju menangguhkan perbicaraan pada 22 Februari lepas, susulan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempunyai kontak rapat dengan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Johan Abdul Aziz yang disahkan positif COVID-19.

Kedua-dua mereka berada dalam bilik yang sama di pusat ILMU, Janda Baik, sewaktu Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tiga hari sebelumnya, iaitu pada 19 Februari 2021.

Untuk rekod, ini merupakan penangguhan kali ke-15 sejak perbicaraan bermula pada November 2019.

Sebagai imbasan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, berdepan dengan 47 pertuduhan meliputi 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Dakwaan menerima RM6 juta dari Abu Hanifah merupakan pertuduhan ke 14, dan ke 15 daripada keseluruhan 47 pertuduhan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwaraya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Gan Peng Kun,, manakala pembelaan diketuai peguam Hisham Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.
Nampak gayanya mcm tak lepas ni.
Tok Mat kena standby ni.
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,072
Reaction score
590
Points
171
Sbb tu skang terdesak cari org yg bole lepaskan. Anwar pun Anwarlah janji tak masuk jel.

Anwar pun 1 hal. Asalkan bole jadi PM bersekutu dgn geng penyamun pun takpe.

Nampak gayanya mcm tak lepas ni.
Tok Mat kena standby ni.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,283
Reaction score
1,317
Points
201
Sbb tu skang terdesak cari org yg bole lepaskan. Anwar pun Anwarlah janji tak masuk jel.

Anwar pun 1 hal. Asalkan bole jadi PM bersekutu dgn geng penyamun pun takpe.
Zahid memang anak didik anuar masa dlm umno dl, so benda nie xmustahil
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,354
Reaction score
1,098
Points
156
Kalau dah umur 68 tahun masuk jel, waduh bosannya.
Menghabiskan sisa2 umur di penjara.
Lain le kalau tokoh patriotic zaman dahulu, masuk penjara pun puas hati.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,771
Reaction score
1,609
Points
201
Kalau dah umur 68 tahun masuk jel, waduh bosannya.
Menghabiskan sisa2 umur di penjara.
Lain le kalau tokoh patriotic zaman dahulu, masuk penjara pun puas hati.

Ok je. Dsai keluar masuk relex je.. khir toyo.. kene gak kasi rasa kt geng3 umno ni
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,354
Reaction score
1,098
Points
156
Ok je. Dsai keluar masuk relex je.. khir toyo.. kene gak kasi rasa kt geng3 umno ni
DSAI dan Khir Toyo masuk penjara umur berapa ye tuan? Ingat2 lupa.
Umur Ku Nan lagi tua dari Zahid kan?
Mereput kat dalam tu.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,532
Reaction score
553
Points
121
Harap2 hakim drag kes dia. Biar umno kalah pru..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register