BTC USD 60,301.4 Gold USD 1,743.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal rasuah Zahid Hamidi : 45 pertuduhan pecah amanah bernilai lebih RM100 juta

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,771
Reaction score
1,609
Points
201
850300.jpg

'Zahid tahu cek Yayasan Akalbudi bayar kad kreditnya' - saksi
| | 12 Oktober 2020

Ahmad Zahid hadir pada prosiding perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi hari ini.- FOTO: BERNAMA
A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Eksekutif kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas majikannya tahu beliau menggunakan cek Yayasan Akalbudi bagi pembayaran kad kredit bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly berkata, Ahmad Zahid mengetahui mengenai perkara tersebut kerana Presiden UMNO itu yang memberikan kebenaran.

–– ADVERTISEMENT ––

ADVERTISING

“Datuk Seri Zahid juga tidak pernah menarik balik arahan (guna cek Yayasan Akalbudi bayar kad kredit) tersebut.

“Setiap kali saya ajukan (kepada Ahmad Zahid) cek (Yayasan Akalbudi) saya akan beri sekali penyata pembayaran,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran semasa pemeriksaan semula yang merujuk jawapan Mazlina ketika ditanya pembelaan bahawa beliau menyorok penyata kad kredit dan bank daripada Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian pada hari ke-43 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Ketika ditanya Raja Rozela, ada atau tidak lain-lain dokumen yang ditunjukkan kepada Ahmad Zahid atau disemaknya, saksi menjawab “ada, buku cek Maybank Yayasan Akalbudi”.

Saksi pendakwaan ke-90 itu juga berkata, Ahmad Zahid tidak pernah menyatakan apa-apa semasa menyemak baki cek pada buku cek Maybank Yayasan Akalbudi tersebut.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt mengenai purata jumlah wang yang terdapat di dalam akaun Yayasan Akalbudi antara Jun 2016 sehingga beliau (Mazlina) tidak lagi berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif pada 2018, Mazlina menjawab “anggaran sebulan dalam ratusan ribu ke juta.”

Lee: Ada tunjuk penyata bank kepada Datuk Seri Zahid?

Mazlina: Ada

Lee: Berapa kerap?

Mazlina: Datuk Seri Zahid akan buat ‘spot check’ (pemeriksaan mengejut) dalam setahun satu atau dua kali.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ek-Yayasan-Akalbudi-bayar-kad-kreditnya-saksi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,771
Reaction score
1,609
Points
201
Saksi beritahu diberi izin guna cek Yayasan Akalbudi bayar kad kredit Zahid
Yasmin Ramlan
Diterbitkan Hari ini 5:04 pm

Bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid Hamidi, Mejar Mazlina Mazlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Presiden Umno itu memberikan kebenaran kepadanya menggunakan cek Yayasan Akalbudi untuk membayar penyata kad kredit Ahmad Zahid.
Ketika pemeriksaan balas, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran meminta Mazlina yang merupakan saksi pendakwaan ke-90 itu mengesahkan berkenaan kebenaran penggunaan cek Yayasan Akalbudi.
Raja Rozela: Datuk Seri (Zahid) tak pernah bagi kebenaran untuk guna cek Yayasan Akalbudi. Awak jawab tak setuju. Kenapa?
Mazlina: Kerana datuk seri membenarkan.

Raja Rozela: Dan kamu pasti datuk seri benar (beri) kebenaran bayar kad kredit?
Mazlina: Ya.
Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Terdahulu hari ini, Mazlina memberitahu bahawa jumlah dalam akaun bulanan Yayasan Akalbudi dianggarkan sekitar ratusan ribu sehingga jutaan ringgit.
Dia berkata demikian ketika disoal oleh peguam Lee Keng Fatt dari pihak pendakwaan berhubung jumlah akaun semasa dalam Yayasan Akalbudi pada Jun 2016.
Mazlina berkata penyata tersebut turut diserahkan kepada Zahid untuk disemak sebanyak satu atau dua kali setahun sebagai pemeriksaan mengejut (spot check).
Untuk rekod, sebelum ini pihak pembelaan mendakwa Mazlina sering melakukan kesilapan seperti menghantar cek kosong (tanpa tandatangan) kepada bank sehingga menyebabkan cek tersebut dipulangkan semula.
Bagaimanapun, ketika disoal mengenai kesilapan kemasukan cek oleh Mazlina ketika berkhidmat untuk Zahid, Mazlina hanya menjawab dia tidak perasan terdapat kesilapan.
Zahid Hamidi berhadapan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Dalam CBT, dia dituduh menyeleweng RM31 juta dana Yayasan Akalbudi - yang mana dia merupakan pengasas, pemegang amanah, dan penandatangan tunggal.
Melalui jejak aliran tunai yang dibentangkan kepada mahkamah sebelum ini, pihak pendakwaan cuba membuktikan bahawa satu amaun besar milik yayasan itu digunakan untuk, antara lain, membayar bil kad kredit peribadi, membeli polisi insurans kenderaan-bermotor dan membeli cukai jalan untuk kenderaan milik peribadi.
Perbicaraan akan disambung esok jam 9 pagi.
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan pihak pembelaan mengemukakan dokumen membuktikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menghadiri mesyuarat ahli majlis tertinggi (MKT) parti itu di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat.

Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah, selepas mahkamah sekali lagi terpaksa menangguhkan kes rasuah Ahmad Zahid kerana beliau sedang menjalani kuarantin selepas seorang pemimpin UMNO yang turut menghadiri mesyuarat itu positif COVID-19.

Bernama melaporkan, terdahulu, peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh memberitahu mahkamah anak guamnya itu tidak dapat menghadiri prosiding hari ini kerana telah dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) yang menuntutnya menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 10 hari bermula 21 Feb.

“Anak guam saya terpaksa menjalani kuarantin selepas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Johan Abd Aziz disahkan positif COVID-19 pada Ahad.

“Ahmad Zahid memaklumkan (kami) yang beliau menghadiri dua mesyuarat parti di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) Janda Baik, Pahang. Beliau berada di bilik mesyuarat yang sama dengan Datuk Johan,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, kemudian berkata pihak pembelaan harus mengemukakan lebih banyak maklumat dan bukti kehadiran Ahmad Zahid pada mesyuarat itu.

“Kami perlukan bukti yang beliau memang benar-benar hadir mesyuarat dan juga bukti mesyuarat diadakan pada hari itu… di mana dan bila beliau hadir serta siapa lagi yang hadir pada mesyuarat tersebut bagi menyokong dakwaan yang beliau merupakan kontak rapat individu tersebut (yang diuji positif),” katanya.

Raja Rozela juga berkata mesyuarat tersebut diadakan di negeri lain, sekali gus menunjukkan Ahmad Zahid melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan pergerakan merentas sempadan negeri.

Katanya ini merupakan kali ketiga kes itu ditangguhkan atas sebab sama.

“Saya rasa perlu ada pengajaran daripada perkara ini. Tertuduh nampaknya macam acuh tidak acuh selain mengabaikan aspek kesejahteraan dirinya dan kita semua.

“Beliau juga seolah-olah menganggap perbicaraan ini tidak sepenting urusan lain beliau dan menggunakan alasan tersebut untuk mengelakkan daripada berada di mahkamah. Mahkamah harus memberi teguran keras terhadap beliau,” katanya, menambah pasukan pembelaan perlu mengemukakan dokumen berkaitan kebenaran menghadiri mesyuarat terbabit.

Hamidi menjawab, mahkamah tidak ada kepentingan untuk meminta bukti tentang sebarang mesyuarat parti politik.

Sequerah bagaimanapun berkata mahkamah mempunyai kepentingan dalam isu itu kerana perkara tersebut mengganggu jadual mahkamah.

“Anda tidak boleh kata ini bukan urusan mahkamah… hal ini ada impak ke atas mahkamah dari segi kita tidak boleh teruskan perbicaraan. Pembelaan perlu mengemukakan segala dokumen berkaitan berhubung mesyuarat yang dihadiri oleh Ahmad Zahid seperti permit merentas sempadan negeri,” katanya.

Pasukan pembelaan kemudian mengemukakan dokumen iaitu sepucuk surat daripada Majlis Tertinggi UMNO menjemput Ahmad Zahid menghadiri mesyuarat.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mac ini untuk perbicaraan bersambung.

Sequerah dalam pada itu, meminta pasukan pembelaan Ahmad Zahid menasihati anak guam mereka agar tidak menghadiri sebarang mesyuarat dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu sebelum perbicaraan berlangsung.

Ketika membenarkan penangguhan, Sequerah berkata ini bukan kali pertama perbicaraan bekas timbalan perdana menteri tersebut membabitkan dana Yayasan Akalbudi terpaksa ditangguhkan atas sebab sama.

“Ini (penangguhan) akan berlanjutan sepanjang minggu hingga Khamis. Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Boleh tak kamu nasihati anak guam (Ahmad Zahid) kamu agar tidak hadiri sebarang mesyuarat seminggu sebelum kesnya, kalau tidak sampai bila pun kes ini tidak akan selesai.

“Saya juga terpaksa melapangkan sesi yang lalu kerana masalah sama.Tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan memadai untuk pendakwaan menutup kes.

Walaupun beliau ada tugas rasmi untuk dijalankan, hadir di mahkamah juga penting, justeru tolong ingatkan beliau (agar tidak hadiri sebarang mesyuarat),” katanya.

Pendakwaan dijadualkan memanggil pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Fairul Raq Hamiruddin sebagai saksi seterusnya pada perbicaraan itu.

Setakat ini, 90 saksi pendakwaan telah memberi keterangan pada perbicaraan kes yang kali terakhir didengar pada 13 Okt tahun lepas, antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Armada Holdings Sdn Bhd Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr; bekas pegawai khas Ahmad Zahid, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar; rakan kongsi firma guaman Lewis & Co, B. Muralidharan; pengurup wang Omar Ali Abdullah; serta bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 pertuduhan - 12 berhubung pecah amanah, lapan berkaitan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram - membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.
 
azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,354
Reaction score
1,098
Points
156
Kalau Zahid ni didapati bersalah sebelum PRU15, game over kan?
 
midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,965
Reaction score
139
Points
33

justice delayed is justice denied..
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
Darurat kan tak bole bersidai
 
a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,721
Reaction score
792
Points
121

Kalau degil sangat, masuk lokap terus, takde ikat jamin. Selesai masalah meeting sana sini.
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
Perbicaraan Ahmad Zahid: RM6 juta 'upah' sokong DTSB sebagai pembekal cip pasport - Saksi

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima dua keping cek, masing-masing bernilai RM1 juta dan RM5 juta, daripada Pengarah Datasonic Group Bhd (DGB) Chew Ben Ben sekitar April 2017, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Saksi pendakwaan ke-91 Mohd Hizar Farhan Abdul Razi berkata, siasatannya mendapati kedua-dua cek berkenaan diserahkan Chew kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Satria, Putrajaya.

Jelas Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu lagi, kedua-dua cek berkenaan telah ditandatangani seorang lagi Pengarah DGB, Datuk Abu Hanifah Noordin, dan wang berkenaan datang dari satu lagi syarikat milik beliau, Sarana Kencana Sdn Bhd,

Berdasarkan carian di pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Hizar Farhan berkata, Abu Hanifah pernah menjadi pemegang saham terbesar untuk kedua-dua syarikat berkenaan, iaitu DGB dan SKSB.

“DGB merupakan sebuah syarikat induk yang mana di bawahnya ada beberapa anak syarikat antaranya syarikat Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB).

“DTSB merupakan syarikat yang telah dianugerahkan onktrak pembekalan cip pasport untuk tempoh selama lima tahun atau untuk jumlah 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate pasport antarabangsa Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya sewaktu perbicaraan.

[TERKINI] Perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi

Selain itu, Mohd Hizar Farhan turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau telah meneliti beberapa kandungan surat berhubung penglibatan DGB melalui DTSB dalam projek pembekalan cip pasport.

Antara kandungan surat yang beliau teliti, surat DTSB bertarikh 26 Mei, 2014, memohon pertimbangan Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak berhubungkait tender berkenan; surat DTSB bertarikh 7 Oktober, 2014 kepada Ketua Setiausaha KDN untuk memohon pertimbangan Ahmad Zahid; serta surat DTSB bertarikh 9 Oktober, 2014, juga kepada Ahmad Zahid untuk memohon mendapat surat setuju terima (STT).

Berdasarkan siasatan terhadap surat-surat rasmi berkenaan, Mohd Hizar Farhan berkata, beliau mendapati terdapat bukti jelas Ahmad Zahid dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri telah menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta.

Tambahnya lagi, bukti siasatan menjurus ke arah wang berkenaan sebagai upah dalam memainkan peranan mengarahkan proses kelulusan permohonan DTSB untuk membekalkan cip pasport tersebut disegerakan sehingga DTSB dilantik sebagai kontraktor pembekalan.

Terdahulu, perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan dana melibatkan Ahmad Zahid, bersambung hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

BACA: Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Ia bersambung semula selepas Hakim bersetuju menangguhkan perbicaraan pada 22 Februari lepas, susulan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempunyai kontak rapat dengan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Johan Abdul Aziz yang disahkan positif COVID-19.

Kedua-dua mereka berada dalam bilik yang sama di pusat ILMU, Janda Baik, sewaktu Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tiga hari sebelumnya, iaitu pada 19 Februari 2021.

Untuk rekod, ini merupakan penangguhan kali ke-15 sejak perbicaraan bermula pada November 2019.

Sebagai imbasan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, berdepan dengan 47 pertuduhan meliputi 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Dakwaan menerima RM6 juta dari Abu Hanifah merupakan pertuduhan ke 14, dan ke 15 daripada keseluruhan 47 pertuduhan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwaraya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Gan Peng Kun,, manakala pembelaan diketuai peguam Hisham Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,771
Reaction score
1,609
Points
201
Syarikat dalam kes rasuah Zahid tidak jalan perniagaan, tapi keluar masuk duit - saksi

MyMetroMutakhir
Share

Tweet
BERNAMA
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, terdapat pengeluaran dan kemasukan wang yang besar di dalam sebuah syarikat yang didakwa terbabit dalam kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, walaupun tiada aktiviti perniagaan dijalankan syarikat itu.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zamri Abdul Rashid, 36, berkata, hasil siasatannya, syarikat Berani & Jujur Trading, yang berdaftar di sebuah unit apartment, tidak menjalankan apa-apa perniagaan dan tidak mempunyai pekerja.

"Daripada penilaian kewangan, saya dapati keluar masuk akaun (duit) terlalu aktif dengan jumlah yang agak besar. Merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat ini terbabit dalam perniagaan pertanian dan jualan kain.

"Hasil siasatan juga mendapati tidak wujud aktiviti perniagaan itu (perniagaan kain) semasa penggeledahan dijalankan di premis tersebut (apartment)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Beliau berkata demikian pada hari ke-47 perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, membabitkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Saksi pendakwaan ke-92 itu berkata, siasatannya mendapati dua lagi syarikat yang turut didakwa terlibat dalam kes rasuah Ahmad Zahid iaitu Jogabonito Jewellery & Diamonds, dan Mastoro Kenny IT Consultant & Services, masing-masing berdaftar di sebuah unit apartment dan kedua-dua syarikat itu juga tidak menjalankan apa-apa perniagaan.

Mengikut pertuduhan ke-11, 12 dan 13, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu satu cek bernilai RM250,000 milik syarikat Jogabonito Jewellery & Diamonds, 13 cek bernilai RM8 juta milik Mastoro dan 10 cek bernilai RM5 juta milik Berani & Jujur Trading.

Kesemua cek berkenaan diperoleh tertuduh melalui Junaith Asharab Md Shariff, menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melakukan suatu transaksi yang dicadangkan berlaku, iaitu akan membantu syarikat Mastoro mendapatkan projek-projek MyEG di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Tetuan Lewis & Co merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid.

Terdahulu, ditanya Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali, mengapa Mohd Zamri tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa siasatannya terhadap tiga syarikat berkenaan berat sebelah, kerana siasatan masih diteruskan selepas tertuduh didakwa di mahkamah?

"Saya tidak setuju kerana siasatan bermula sejak Jun 2018 lagi dan saya telah mengumpul bukti serta fakta yang diperlukan sehingga pertuduhan dibuat.

"Saya yakin siasatan dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh pada masa berkenaan bukan bersifat berat sebelah. Kesemua cek (24 cek) asal dari tiga syarikat berkenaan diperoleh, selepas Ahmad Zahid didakwa kerana bank memerlukan masa untuk memberi cek asal itu dan hanya salinan (cek) diperoleh dahulu," kata saksi pendakwaan itu.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 4:59 PM
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register