Skandal rasuah Zahid Hamidi : 45 pertuduhan pecah amanah bernilai lebih RM100 juta

CG Sponsors




kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
1 Julai 2018

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menang jawatan Presiden UMNO semalam, bakal dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), esok, berhubung tuduhan menyalahguna dana sebuah yayasan untuk kepentingan peribadi.

Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pentadbiran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, juga akan diminta memberi keterangan berhubung pertemuannya dengan keluarga diraja Arab Saudi yang didakwa menderma wang kepada Datuk Seri Najib Razak.

The Star melaporkan Zahid adalah pengerusi sebuah yayasan yang didaftarkan pada 1997 dan memainkan peranan menerima dan mengurus dana bagi membasmi kemiskinan.

Memetik sumber, laporan itu menyatakan Zahid akan diminta memberi penjelasan berhubung tuduhan dana yayasan itu digunakan untuk membayar kredit kad milik beliau dan isterinya berjumlah RM800,000.

“Kami ingin mengetahui sama ada terdapat sebarang kebenaran terhadap tuduhan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menggunakan dana yayasan untuk kegunaan peribadi,” kata sumber itu.

Difahamkan, SPRM memperoleh beberapa dokumen menunjukkan transaksi bayaran kepada beliau dan isterinya. Penyalahgunaan wang yayasan tersebut bermula pada 2014 lagi. Pada 2014 dan 2015 beliau didakwa menyalah guna kira-kira RM800,000 dan pada 2016 pula kira-kira RM55,000 untuk isterinya.

Pada 22 Ogos 2015, ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Sri Gading, Zahid berkata, beliau bertemu keluarga Arab Saudi yang menderma AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Tanpa menamakan keluarga terbabit, Zahid berkata, keluarga berkenaan memberi derma itu kerana Malaysia komited untuk memerangi keganasan dan menjadi negara Islam sederhana dengan masyarakat majmuk.




 
Zahid hadapi 35 tuduhan babitkan RM7 juta

PETALING JAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan sekurang-kurangnya 35 pertuduhan berjumlah RM7 juta di bawah Kanun Keseksaan dan undang-undang pengubahan wang haram serta rasuah, kata sumber.


Beberapa kesalahan yang melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 itu, didakwa dilakukan antara 2014 hingga 2017.

Sumber berkata, jika kesalahan itu dilakukan sebelum September 2014, Zahid mungkin berdepan denda sehingga RM5 juta, penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika kesalahan itu dilakukan selepas September 2014, beliau berdepan penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda daripada jumlah hasil aktiviti menyalahi undang-undang, mana yang lebih tinggi.

Bekas timbalan perdana menteri itu turut berdepan pertuduhan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, di mana pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga akan berdepan pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Zahid yang ditahan petang tadi, selepas dipanggil SPRM buat kali ke-6, dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

- FMT

Kronologi siasatan SPRM terhadap Ahmad Zahid

Last edited:
Sponsored Post

eusahawan

Active Member
Joined
Jan 3, 2007
Messages
1,247
Reaction score
92
Points
30
bestnya jadi menteri boleh minta derma AS$700 juta ....
pastu senang2 je arab bagi ....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,559
Reaction score
6,380
Points
1,746
sebaik menang terus kena panggil oleh SPRM utk kes kes dulu
 

adie80

Active Member
Joined
May 10, 2012
Messages
1,412
Reaction score
102
Points
43
bestnya jadi menteri boleh minta derma AS$700 juta ....
pastu senang2 je arab bagi ....
silap tu tuan..menteri x perlu mintak pun..org Arab tu saja saja bagi:))
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,559
Reaction score
6,380
Points
1,746
harap Zahid ni kantoi lah..dan dipenjarakan kalau salah ...bosan tgk muka dia kat muka bumi ni.
haha sabar tn Penbiru sabar :D
a'ah siasat nanti, kalau terbukti, remankan dan dakwala..
pastu kalau sabit salah, hukumlah
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,223
Reaction score
327
Points
51
bagus la Zahid kena....

Orang UMNO ni bila suruh pilih utk utk ubah parti tetap nak terus dengan tradisi dia....

Zahid kalau kena dengan SPRM kira peluang kedua utk orang UMNO pilih pemimpin yang betol2 boleh bawa... Beruntungla dapat peluang kedua
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,416
Reaction score
20,748
Points
1,661
Zahid tidak disenarai hitam

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bebas untuk ke luar negara pada masa kini.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, buat masa ini, nama Ahmad Zahid tidak termasuk dalam senarai nama yang dikenakan sekatan tersebut.

Katanya, pihaknya juga tidak mendapat sebarang permintaan daripada mana-mana pihak termasuk SPRM untuk menyenaraihitam nama Presiden Umno itu dari ke luar negara.

"Saya telah semak dengan SPRM dan tiada apa-apa permintaan untuk disenaraihitam," katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada Sinar Harian, hari ini.

Mustafar berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagaimanapun akan mengambil tindakan tersebut sekiranya ada permintaan.

"Ya tiada (senarai hitam ke luar negara)...sebab siasatan dijalAhmad Zahid tidak disenarai hitamankan oleh SPRM. Kalau ada permintaan dari SPRM baru JIM blacklist (senarai hitamkan)," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/ahmad-zahid-tidak-disenarai-hitam-1.851153
 
Sponsored Post
Top
Log in Register