BTC USD 61,166.3 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal rasuah RM15.5 juta : anak exco kerajaan negeri turut terlibat

Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,858
Reaction score
21,826
Points
1,671
Mahkamah perintah harta RM1.58 juta dipulangkan kepada bekas EXCO

D6_N-meU8AAvd_f.jpg


JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan hak harta bernilai RM1.58 milik bekas EXCO Kerajaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi, anak dan menantunya.


Semua harta berkenaan membabitkan tujuh kereta mewah termasuk Porsche Cayenne, Nissan Skyline, Honda CRV dan Toyota Vellfire bernilai RM1.18 juta, 19 jam tangan mewah, selain mata wang Singapura, Hong Kong dan Kuwait bernilai RM406,000.

Hakim Kamarudin Kamsun ketika membacakan penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti semua eksibit dengan terperinci, selain mendengar hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Jadi, mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan dan memerintahkan semua harta disita perlu dikembalikan kepada pemilik berdaftar sebagaimana status quo, ” katanya.

Bagaimanapun, Kamarudin membenarkan penangguhan sementara keputusan berkenaan dilaksanakan berikutan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat membuat permohonan berkenaan mengikut Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah.

Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Mahadi ketika membuat permohonan berkenaan berkata, pihak pendakwaan mempunyai alasan kukuh bagi memohon perintah penggantungan pelaksanaan sementara supaya kes dirayu berkenaan masih mempunyai merit dan tidak menjadi akademik.

Kamarudin kemudian memerintahkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan dalam tempoh 14 hari dan jika gagal, hak harta berkenaan perlu dikembalikan semula kepada pemilik berdaftar.

“Jika responden mahu menggunakan harta berkenaan dalam tempoh terdekat, permohonan boleh dibuat kepada SPRM dan mereka berhak meletak syarat termasuk cagaran menerusi bon,” katanya.

Terdahulu, Abd Latif bersama anak, Ahmad Fauzan Hatim dan menantunya, Nur Shaliza Mohd Salleh, yang menjadi responden dalam kes berkenaan dilihat gembira dengan keputusan mahkamah.

Dua syarikat Ahmad Fauzan, Alaf Pentawaris Sdn Bhd dan Wash & Chill, turut dinamakan sebagai responden kes itu.

Sementara itu, Abd Latif yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, ketika ditemui selepas prosiding mahkamah, bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan.

Pada 21 April lalu, ahli politik itu dan anaknya serta seorang perunding hartanah dilepas dan dibebaskan daripada semua 37 pertuduhan rasuah.

Abd Latif, 53, dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim, 27, serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 46, berdepan tuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Pada 19 April 2017, Abd Latif yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, bersama-sama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan nilai suapan RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

SPRM turut merampas 21 kenderaan mewah termasuk Porsche Cayenne, Bentley, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai RM500,000 serta membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.


https://www.bharian.com.my/berita/k...arta-rm158-juta-dipulangkan-kepada-bekas-exco
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
Abdul Latif Bandi, anak lelakinya akan mengetahu nasib mereka bagi 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram lebih RM35 juta, empat tahun lalu.

1632150760028.png


7 Nov tarikh putuskan jika bekas exco Johor perlu bela diri

Diterbitkan: Sep 20, 2021 5:22 PM

Mahkamah Tinggi di Johor Bharu menetapkan 7 Nov depan untuk memutuskan sama ada bekas Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah, perlu membela diri atau tidak bagi 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram lebih RM35 juta, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan barisan pendakwaan, yang diketuai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Shaharuddin Wan Ladin dan pembelaan yang diketuai Peguam Datuk Salehuddin Saidin.

Pada 14 Jun 2017, Abdul Latif, 55, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 29, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 48, didakwa atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun pada 21 April 2019 membuat keputusan melepas dan membebaskan Abdul Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.





Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan membabitkan rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B).

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Prosiding selama dua hari bermula semalam, ditetapkan untuk rayuan kes di Mahkamah Tinggi susulan keputusan Mahkamah Sesyen itu.

Terdahulu, dalam prosiding hari ini, Wan Shaharuddin dalam hujahannya berkata Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam keputusannya pada dua tahun lepas yang melepas dan membebaskan ketiga-tiga tertuduh.

“Hakim (Mahkamah Sesyen) didapati telah tidak mempertimbangkan keterangan penting dalam alasan penghakimannya, termasuk keterangan pihak pembelaan yang mengakui responden kedua (Abdul Latif) ada menerima wang tersebut. Apa yang menjadi isu sama ada wang itu adalah suapan atau tidak, malah responden kedua tidak menafikan bahawa beliau ada menerima wang itu.

“Responden kedua menyatakan wang itu adalah pinjaman daripada responden pertama (Amir Shariffuddin), sedangkan wang itu berasal daripada pemaju perumahan negeri ini yang ingin mendapat pelepasan lot hartanah Bumiputera, dengan responden kedua sebagai Exco ketika itu yang ada peranannya untuk membuat pelepasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata jika diambil kira hal keadaan kes berkenaan Abdul Latif bersubahat dengan Amir Shariffuddin dan pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Abdul Latif ada menerima wang.

“Namun, apa yang perlu kami buktikan adanya pakatan jenayah di antara responden pertama dan ada pertolongan daripada responden kedua untuk responden pertama melakukan kesalahan tersebut,” tambahnya.

- Bernama


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register