Skandal 1MDB : Perbicaraan kes SRC Najib bermula 3 April

Recommended Brokers


Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 23 21.7%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 7.5%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 43 40.6%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 29 27.4%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 34 32.1%

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Kesilapan AGC punca bicara Najib tangguh

Peguam Haniff Khatri Abdulla mengkritik apa yang menurutnya langkah silap oleh pihak pendakwaan dari Pejabat Peguam Negara yang menyebabkan penangguhan perbicaraan kes rasuah bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan SRC International Sdn Bhd.


Beliau yang sebelum ini menjadi penasihat undang-undang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan langkah pihak pendakwaan sebagai "tahan jerat sorong kepala".

Katanya, jelas bahawa pasukan peguam Najib akan cuba menangguhkan perbicaraan dan beberapa langkah yang diambil pendakwa sebagai "aneh dan pelik".

Kesilapan pertama, katanya, adalah keputusan pendakwa untuk menambah tiga lagi pertuduhan berkaitan SRC International 15 hari sebelum perbicaraan.

"Kenapa perlu ditambah pertuduhan lanjutan berkaitan SRC, sedangkan apa yang penting dari segi keadilan adalah agar sekurang-kurangnya satu pertuduhan dapat dibicarakan mengiku jadual iaitu 12 Februari, seperti yang didahaga semua pihak yang sudah lama menantinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 28 Jan lalu, pihak pendakwaan mengenakan tiga lagi pertuduhan tambahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hanya untuk meminta Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberikan pembebasan tanpa dilepaskan pada 7 Februari.

Peguam Negara Tommy Thomas berkata ada hujah berhubung sama ada tiga tuduhan itu perlu bertindak sebagai pencantuman (joinder) dengan tujuh lagi kes.

Katanya lagi, tiga pertuduhan kemudian akan dikenakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen kemudian.

Najib kemudian didakwa semula di Mahkamah Sesyen pada 8 Februari. Pihak pendakwa juga memaklumkan mereka mahu memindahkan tiga pertuduhan itu ke mahkamah tinggi.

Satu lagi langkah silap menurut Hanif adalah keputusan pendakwa untuk menarik balik sijil pindah kes untuk tujuh pertuduhan SRC International yang menjadi asas perpindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Menurut Kanun Tatacara Jenayah, pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi boleh dibuat melalui sijil itu atau budi bicara hakim.

Ketika menarik balik sijil itu dan meminta budi bicara hakim untuk pemindahan kes, Thomas berkata ia bagi mengelakkan sebarang hujah bahawa pemindahan itu adalah satu pembatalan.

Haniff bagaimanapun berkata, tindakan menarik balik itu sendiri membuka ruang pertikaian, yang menjadi asass kepada permohonan penangguhan Najib yang dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan.

"Ia membuka ruang untuk pihak pembelaan menghujahkan tiada mana-mana prosiding yang wujud pada masa itu untuk Mahkamah Tinggi memindahkan tujuh pertuduhan, mengikut Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah, dan bahawa ia perlu disebut semula di Mahkamah Sesyen terlebih dulu," katanya lagi.

Haniff juga mempersoalkan mengapa pihak pendakwa mengambil masa enam bulan untuk mengubah kaedah kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, yang bermula pada 10 Ogos 2018.

Katanya, langkah untuk menarik balik sijil pindah kes pada 7 Februari dibuat hanya lima hari sebelum tarikh perbicaraan.

"Sejujurnya, rakyat Malaysia berhak menuntutk pihak pendakwa memberi penjelasan munasabah ke atas kealpaan dan kecuaian (mereka).

"Sudahlah pihak pembelaan pasti mencari jalan untuk melengahkan perbicaraan, tetapi amat sedih apabila pihak pendakwa yang diharapkan gagal bertindak profesional, dan menyumbang besar kepada penangguhan perbicaraan yang dinantikan ini," katanya.

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan Najib sementara mendengar dan memutuskan rayuannya berhubung tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindah kes berhubung kes berkenaan. - MK

 
Sponsored Post

azmann33

Super Active Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
9,828
Reaction score
626
Points
113
tangguh lg. x sakit ke telor pahlawan bugis tu duk kepit lama2 :))
Bakal PM8 dulu pun tangguh berpuluh2 kali masa perbicaraan kes dia..sakit ke tak anu and bontot dia masa tu???:D:)):))
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
21,438
Reaction score
2,254
Points
163
masa ag kapir ni dilantik, ada yang bekap kata dia bagus, biarpun duduk Malaysia tapi xreti bahasa melayu..

rupanya, xde laa bagus sgt..

dia sendiri yang punca drag case..

tak cukup 5tahun laa nampak gaya nak tgk najib masuk penjara..

nanti dah dekat2 pru, baru tunjuk buat kerja agaknya..
 

akecema

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
18,290
Reaction score
930
Points
118
Location
Diamond Bay
Ni kene panggil cik cmm ni untuk explain
Kalo idak geng dalam gua akan keluar meraikan
Sblm mereka ckp najib tangguh sbb bersalah
 

d_conan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,102
Reaction score
855
Points
113
Kesilapan AGC punca bicara Najib tangguh

Peguam Haniff Khatri Abdulla mengkritik apa yang menurutnya langkah silap oleh pihak pendakwaan dari Pejabat Peguam Negara yang menyebabkan penangguhan perbicaraan kes rasuah bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan SRC International Sdn Bhd.


Beliau yang sebelum ini menjadi penasihat undang-undang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan langkah pihak pendakwaan sebagai "tahan jerat sorong kepala".

Katanya, jelas bahawa pasukan peguam Najib akan cuba menangguhkan perbicaraan dan beberapa langkah yang diambil pendakwa sebagai "aneh dan pelik".

Kesilapan pertama, katanya, adalah keputusan pendakwa untuk menambah tiga lagi pertuduhan berkaitan SRC International 15 hari sebelum perbicaraan.

"Kenapa perlu ditambah pertuduhan lanjutan berkaitan SRC, sedangkan apa yang penting dari segi keadilan adalah agar sekurang-kurangnya satu pertuduhan dapat dibicarakan mengiku jadual iaitu 12 Februari, seperti yang didahaga semua pihak yang sudah lama menantinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 28 Jan lalu, pihak pendakwaan mengenakan tiga lagi pertuduhan tambahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hanya untuk meminta Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberikan pembebasan tanpa dilepaskan pada 7 Februari.

Peguam Negara Tommy Thomas berkata ada hujah berhubung sama ada tiga tuduhan itu perlu bertindak sebagai pencantuman (joinder) dengan tujuh lagi kes.

Katanya lagi, tiga pertuduhan kemudian akan dikenakan secara berasingan di Mahkamah Sesyen kemudian.

Najib kemudian didakwa semula di Mahkamah Sesyen pada 8 Februari. Pihak pendakwa juga memaklumkan mereka mahu memindahkan tiga pertuduhan itu ke mahkamah tinggi.

Satu lagi langkah silap menurut Hanif adalah keputusan pendakwa untuk menarik balik sijil pindah kes untuk tujuh pertuduhan SRC International yang menjadi asas perpindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Menurut Kanun Tatacara Jenayah, pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi boleh dibuat melalui sijil itu atau budi bicara hakim.

Ketika menarik balik sijil itu dan meminta budi bicara hakim untuk pemindahan kes, Thomas berkata ia bagi mengelakkan sebarang hujah bahawa pemindahan itu adalah satu pembatalan.

Haniff bagaimanapun berkata, tindakan menarik balik itu sendiri membuka ruang pertikaian, yang menjadi asass kepada permohonan penangguhan Najib yang dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan.

"Ia membuka ruang untuk pihak pembelaan menghujahkan tiada mana-mana prosiding yang wujud pada masa itu untuk Mahkamah Tinggi memindahkan tujuh pertuduhan, mengikut Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah, dan bahawa ia perlu disebut semula di Mahkamah Sesyen terlebih dulu," katanya lagi.

Haniff juga mempersoalkan mengapa pihak pendakwa mengambil masa enam bulan untuk mengubah kaedah kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, yang bermula pada 10 Ogos 2018.

Katanya, langkah untuk menarik balik sijil pindah kes pada 7 Februari dibuat hanya lima hari sebelum tarikh perbicaraan.

"Sejujurnya, rakyat Malaysia berhak menuntutk pihak pendakwa memberi penjelasan munasabah ke atas kealpaan dan kecuaian (mereka).

"Sudahlah pihak pembelaan pasti mencari jalan untuk melengahkan perbicaraan, tetapi amat sedih apabila pihak pendakwa yang diharapkan gagal bertindak profesional, dan menyumbang besar kepada penangguhan perbicaraan yang dinantikan ini," katanya.

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan Najib sementara mendengar dan memutuskan rayuannya berhubung tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindah kes berhubung kes berkenaan. - MK

tangguh lg. x sakit ke telor pahlawan bugis tu duk kepit lama2 :))
baca kat atas tu bang
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,535
Reaction score
373
Points
0
Location
malizia
kalau nasib ds najib baik pejabat peguam negara nanti arahkan buang kes.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Tangguh bicara, Jabatan Peguam Negara tulis surat ke Mahkamah Rayuan


Najib (tengah) keluar dari Mahkamah Tinggi hari ini selepas mendengar sebutan kes tujuh pertuduhan yang dihadapinya berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta. fOTO OLEH bERNAMA

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd. (SRC) akan menulis surat kepada Presiden Mahkamah Rayuan untuk mempercepatkan rayuan kes yang dikemukakan Najib.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pihak pendakwaan ketika sebutan semula kes tersebut di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Tommy dalam hujahannya semasa prosiding berkata, Jabatan Peguam Negara akan menulis surat kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop berhubung perkara itu bagi membolehkan perbicaraan kes jenayah itu boleh didengar selepas 22 Februari ini.

Sepatutnya hari ini adalah ditetapkan hari pertama perbicaraan namun Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan

"Kami memohon supaya perbicaraan yang sudah ditetapkan hari ini dilapangkan, tetapi tarikh pada 25 hingga 28 Februari dan 4 hingga 29 Mac di kekalkan. Ini kerana kami yakin bahawa rayuan oleh tertuduh di Mahkamah Rayuan boleh diputuskan sebelum tarikh itu (25 Februari), " kata Tommy.

Dalam prosiding itu, Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Februari ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Semalam, Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung dana RM42 juta SRC dihadapinya.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmadi Asmawi dalam keputusan sebulat suara membenarkan permohonan Najib yang diwakili peguam Muhammad Shafee untuk perbicaraan itu ditangguhkan sementara.


http://www.kosmo.com.my/terkini/tangguh-bicara-jabatan-peguam-negara-tulis-surat-ke-mahkamah-rayuan-1.839238
 

[email protected]

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 16, 2009
Messages
20,530
Reaction score
567
Points
0
Location
www.lelongbank.com
kalau tgk cara kerja TunM dulu2..mmg gitu gaya...nk PRU nntilah tiba2 Bonus penjawat awam berganda...tpi tu dululah..skg ni dibawah telunjuk DAP xtau mcmner cerita plak...:eek::eek::eek:

masa ag kapir ni dilantik, ada yang bekap kata dia bagus, biarpun duduk Malaysia tapi xreti bahasa melayu..

rupanya, xde laa bagus sgt..

dia sendiri yang punca drag case..

tak cukup 5tahun laa nampak gaya nak tgk najib masuk penjara..

nanti dah dekat2 pru, baru tunjuk buat kerja agaknya..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,660
Reaction score
20,602
Points
0
Location
cybertorium, level 3
Bossku tukar gambar profil Facebook, lengkap berjubah dan topi graduan

Gambar itu dimuatnaik tepat ketika negara dilanda kontroversi berhubung pemilikan ijazah palsu, tidak diakreditasi dan tidak mendapat pengiktirafan yang dipercayai dimiliki pemimpin Pakatan Harapan (PH).


Muatnaik tersebut segera mendapat perhatian orang ramai yang mula berkongsi dan bertukar komen selain meletakkan tanda suka.

Rata-rata menyifatkannya sebagai “troll” terbaik buat masa ini selain ramai yang dilihat menyukai sindiran berbentuk gambar tanpa sebarang komen atau kata-kata daripada beliau itu.

“Level baru troll ini Datuk Najib. Gambar sahaja tanpa sepatah haram ayat pun boleh dapat beribu ‘like’. Datuk pakai minyak pengasih ke,” tulis Nik Akhbar Hafidz

Najib belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Tamat pengajian, beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1974 dan memasuki dunia perniagaan, berkhidmat sementara di Bank Negara Malaysia dan kemudian dengan Petronas sebagai pengurus perhubungan awam.

Malah, pada 2016, gambar foto Najib dikatakan dikekalkan di dinding kampus King’s Meadow di “alma mater”, Universiti Nottingham, di United Kingdom (UK).

Pada 2008 ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri, beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Transformasi Sosial oleh LimKokWing University of Creative Technology sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlangnya dalam pembangunan luar bandar di negara ini.

Manakala pada 2010 Najib sekali lagi dianugerahi Ijazah Kehormat Kedoktoran oleh Universiti Meiji, salah sebuah universiti terkemuka di Jepun. - MK


Laman sosial Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik perhatian warganet apabila dilihat memuatnaik gambar profil “mugshot” menunjukkan dirinya dalam persalinan menerima ijazah doktor falsafah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register