BTC USD 55,488.2 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal 1MDB: Deloitte buat penyelesaian tuntutan RM324 juta berkaitan 1MDB, SRC-m/s2

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
entah la pakJib, awak bagitau part awak saman AmBank. tapi awak takde lak bagitau public yg Mahkamah batalkan saman awak

susah la kalau nak bagitau defence pada sesuatu kes yg mana kita part of it via FB ni, mestilah kita tulis ikut sedap hati kita dan tinggalkan part yg meletakkan kita dlm jeopardy
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Penyelesaian itu merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.
#malaysiagazette #1MDB #SRCinternational

Deloitte buat penyelesaian tuntutan RM324 juta berkaitan 1MDB, SRC


3 March 2021

1MDB.jpg

1MDB


KUALA LUMPUR – Firma audit, Deloitte PLT (Deloitte) telah bersetuju dengan suatu penyelesaian bernilai RM324 juta (AS$80 juta) untuk menyelesaikan semua tuntutan yang berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari mereka di dalam pengauditan akaun 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (“SRC ”) bagi tempoh 2011 hingga 2014.
Kementerian Kewangan berkata, penyelesaian itu merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.




“Kejayaan penyelesaian luar mahkamah dengan Deloitte akan mempercepatkan pembayaran wang penyelesaian tersebut untuk memenuhi kewajiban tertunggak 1MDB dan SRC, tanpa proses mahkamah yang mungkin berpanjangan dan mahal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 26 Februari lalu, Kerajaan berjaya mencapai penyelesaian global bernilai RM2.83 bilion berkaitan dengan penglibatan sebuah kumpulan perbankan di dalam isu 1MDB.
Pada Julai 2020, Kerajaan berjaya dalam rundingan dengan Goldman Sachs untuk mencapai penyelesaian bernilai RM15.8 bilion (USD3.9 bilion).



Katanya, kesemua penyelesaian itu tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan tuntutan Malaysia terhadap individu seperti Jho Low dan pihak lain yang berkaitan dengannya, dan yang masih giat dicari berhubung dengan skandal

Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz berkata, ia merupakan satu lagi kejayaan dalam usaha pemulihan berterusan Kerajaan Malaysia terhadap pihak yang terlibat dalam 1MDB, SRC dan entiti yang berkaitan dengannya.

“Kerajaan Malaysia bertekad untuk memastikan bahawa tindakan sewajarnya diambil terhadap semua individu atau entiti yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, di dalam skim global 1MDB,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Nampak nye semua terlibat pulang balik duit kan @cek mek molek

tn GamezStar, kerajaan tgh berusaha mendapatkan balik duit tu. selepas penyelesaian dengan Goldman Sach, kemudian Ambank dan sekarang Deloitte. tak tahu pasni sapa pulak..
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,411
Reaction score
1,342
Points
201
Tu la sapa suruh curi harta Ahmad albab lg kan dh kena ngn jin tu hahaha
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Penyelesaian dengan Deloitte baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha tuntutan kerajaan yang berterusan terhadap semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dengan 1MDB dan entiti yang berkaitan dengannya. - Tengku Zafrul
http://bit.ly/38bJYx4

Tiada kompromi bawa yang terlibat 1MDB ke pengadilan
| | 04 Mac 2021


1614848656629.png

Tengku Zafrul


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah berkompromi dalam menegakkan keadilan dan memastikan individu yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terus didakwa di mahkamah.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penyelesaian dengan Deloitte baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha tuntutan kerajaan yang berterusan terhadap semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dengan 1MDB dan entiti yang berkaitan dengannya.

Penyelesaian dengan Deloitte merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB yang terbesar oleh firma audit di Asia Tenggara yang mana Deloitte bersetuju dengan penyelesaian RM324 juta untuk menyelesaikan semua tuntutan yang berkaitan dengan kewajipan fidusiari mereka semasa mengaudit akaun 1MDB dan SRC International Sdn Bhd untuk tempoh 2011 hingga 2014.

“Penyelesaian terbaru ini bermanfaat bagi rakyat Malaysia. Penyelesaian perkara ini melalui sistem mahkamah akan melibatkan masa dan sumber kewangan yang banyak.
“Dengan penyelesaian ini, pembayaran jumlah tersebut akan dipercepatkan dan tidak akan tertangguh melalui sistem pengadilan mahkamah yang akan memakan masa,” kata Tengku Zafrul semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-43 hari ini.

Menteri Kewangan itu berkata, jumlah penyelesaian ini juga dapat digunakan untuk melangsaikan kewajipan tertunggak 1MDB.

Beliau berkata, penyelesaian global ini juga tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan tuntutan Malaysia terhadap individu seperti Jho Low, Jasmine Loo dan pihak-pihak lain yang berkaitan dan yang masih giat dicari berkaitan dengan skandal 1MDB. - Bernama

[/URL]
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register