BTC USD 37,778.4 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal 1MDB : Bicara SRC RM42 juta, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Rayuan sabitan kes SRC.
#malaysia #mahkamah

Permohonan Najib kemuka bukti baharu didengar 7 Dis

-
3 December 2021

MGF180521_NAJIB-RAZAK-SRC_03.jpg


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya .Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MEI 2021.


KUALA LUMPUR – Permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC Internasional Sdn Bhd, akan didengar sehari sebelum Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya.

Semakan pada jadual kes mahkamah hari ini menunjukkan bahawa pendengaran itu ditetapkan pada 7 Dis.





Perkara itu turut disahkan peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaran ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difailkan pada 1 Dis, Najib memohon Mahkamah Rayuan membenarkan dan mengarahkan supaya keterangan viva voce (secara lisan) diambil daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussein, yang merupakan saksi pendakwaan ke-57 dalam kes berkaitan SRC itu serta keterangan mana-mana saksi lain berhubung kes itu.

Dalam afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonannya, Najib, 68, berkata permohonan itu dibuat olehnya tanpa berlengah-lengah sebaik sahaja dimaklumkan dan dapat mengumpul semua maklumat dan dokumen yang diperlukan.

Bekas perdana menteri itu mendakwa maklumat sedemikian tidak ada atau tidak diperoleh semasa perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi dan semasa Mahkamah Rayuan mendengar rayuan kes berkenaan, oleh itu beliau memohon Mahkamah Rayuan untuk memutuskan permohonan itu sebelum menyampaikan keputusannya.



Najib berkata beliau membuat permohonan itu berikutan kenyataan akhbar SPRM bertarikh 19 Nov lepas, mengenai usaha mendapatkan semula aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antaranya dari Singapura, yang menyatakan Kerajaan Singapura telah memulangkan sejumlah US$15.4 juta kepada Malaysia berkaitan akaun Cutting-Edge Industries Ltd (CEIL) yang dimiliki oleh Datuk Dr Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau menambah pada Oktober dan Disember 2020, artikel diterbitkan oleh portal berita dalam talian yang melaporkan Zeti dan keluarganya telah menerima berjuta-juta dolar daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low termasuk dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Najib mendakwa bahawa pada 20 Jan 2021, peguamnya telah menulis surat kepada Monetary Authority Singapore (MAS) dan CAD untuk mendapatkan pengesahan dan dokumentasi berkaitan akaun CEIL, Iron Rhapsdoy Ltd, Jho Low serta Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC) dan prosiding undang-undang yang diambil terhadap penyitaan harta kepunyaan mereka.



Najib berkata pada 24 Mac tahun ini, peguam beliau menerima e-mel daripada pegawai Jabatan Hal Ehwal Komersial yang menolak permohonan peguam Najib dan beliau gagal untuk mendapatkan bukti yang kini telah disahkan secara boleh dipercayai melalui kenyataan akhbar SPRM bertarikh 19 Nov tahun ini.


Pada 23 Nov, Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Dis untuk keputusan rayuan Najib dan pada hari yang sama beliau memohon untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya itu kerana beliau akan berada di Singapura sehingga 5 Dis.
Bagaimanapun, pada hari berikutnya, Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu.
— BERNAMA

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
1638600328705.png


Rayuan kes SRC Najib: Peguam senaraikan beberapa kemungkinan
Haniff Khatri
Diterbitkan: Dec 3, 2021 3:54 PM

Dikemaskini: 5:20 PM


ULASAN l Pada hari Rabu, 1 Disember lalu, Najib Razak telah dilaporkan oleh media, bahawa dia telah failkan satu Permohonan untuk kebenaran menampilkan dan menerima "keterangan baru" bagi tujuan diambilkira dalam rayuannya berhubung sabbitan dan hukuman semua tujuh pertuduhan jenayah SRC yang telah ditetapkan untuk keputusan di Maahkamah Rayuan 8 Disember ini.

Saya telah menulis berkaitan kemungkinan-kenungkinan yang akan berlaku akibat daripada perkembangan ini menurut prinsip Kedaulatan Undang-Undang.

Pada hari ini, Malaysiakini dengan tajuk "Kes SRC: Permohonan Najib kemuka bukti baru didengar 7 Disember" melaporkan:

"Permohonan Najib Razak untuk membenarkan bukti baru dikemukakan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC Internasional Sdn Bhd, akan didengar sehari sebelum Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya.




Semakan pada jadual kes mahkamah hari ini menunjukkan bahawa pendengaran itu ditetapkan pada 7 Disember ini.

Perkara itu turut disahkan peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaran."



0840b9d84b40b58b4526797202649b5f.jpg



Akibat daripada pengesahan bahawa permohonan itu telah ditetapkan untuk didengar pada 7 Disember, yakni satu hari sebelum tarikh keputusan berkaitan sabitan dan hukuman semua tujuh pertuduhan jenayah SRC itu maka ianya boleh dinyatakan bahawa kemungkinan yang boleh berlaku dari segi kedaulatan undang-undang adalah:

a. Jika mana-mana pihak memohon masa untuk failkan afidavit yang perlu untuk menampilkan fakta lanjutan berkaitan Permohonan itu, dan dapat meyakinkan Mahkamh Rayuan bahawa permohonan itu perlu ditangguhkan pendengarannya untuk tujuan itu, maka bicara permohonan itu masih boleh lagi ditangguh, dan oleh yang demikian tarikh keputusan rayuan juga akan secara susulan ditangguh sehingga selepas pendengaran permohonan itu, atau

b. Jika Mahkamah Rayuan teruskan dengan bicara permohonan pada 7 Disember ini, maka:

i. Selepas mendengar permohonan itu, dan jika Mahkamah Rayuan itu tidak berpuas hati bahawa Najib Razak telah berjaya memenuhi semua elemen wajib yang diperlukan di bawah prinsip undang-undang untuk membolehkan penganugerahan kebenaran bagi tujuan penampilan keterangan baru, maka permohanan itu boleh ditolak, dan keputusan rayuan diteruskan penganugerahan pada 8 Disember atau



8af4f6d064af32b3e0fd8db7de3a538c.jpg



ii. Selepas mendengar permohonan itu, dan jika Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa Najib Razak telah berjaya memenuhi kesemua elemen wajib yang diperlukan di bawah prinsip undang-undang untuk membolehkan penganugerahan kebenaran bagi tujuan penampilan keterangan baru, maka permohanan itu boleh dibenarkan dengan arahan lanjut berkaitan penerimaan dan pengambilan mana-mana keterangan baru oleh Mahkamah Rayuan yang berkemungkinan akan memerlukan penetapan tarikh pendengaran keterangan baru sebelum keputusan rayuan diberikan, dan oleh itu keputusan rayuan juga akan secara susulan ditangguh sehingga selepas proses penerimaan dan pengambilan keterangan baru itu.

Setiap kemungkinan ini adalah berpandukan prinsip Kedaulatan Undang-Undang yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada semua individu yang menghadapi proses perundangan jenayah di negara ini, dan akan dibincangkan dengan lanjut dalam program bual bicara pada jam 9 malam, esok.

Seyogia, rakyat Malaysia adalah disarankan memahami dan sabar menanti proses keadilan jenayah pada 7 Disember tanpa dengan tergesa-gesa menampilkan mana-mana persepsi negatif terhadap mana-mana pihak.




HANIFF KHATRI adalah seorang peguam.




https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/601666
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1


Tak adil selindung keterangan dalam perbicaraan Najib, kata Zaid​


December 3, 2021 8:45 AM

Zaid-Ibrahim-n-Najib-Razak-collage-031221-2.jpg


Zaid Ibrahim (kiri) berkata, sebarang penyembunyian atau penyekatan keterangan yang boleh membantu dalam pembelaan Najib Razak akan dianggap sebagai salah laku keadilan.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim memberi amaran mengenai salah laku keadilan dalam perbicaraan Najib Razak berhubung kes SRC International di Mahkamah Rayuan.

Bercakap kepada FMT beliau berkata, mahkamah harus membenarkan permohonan Najib untuk mengemukakan keterangan baharu.

Tambahnya, sebarang penyembunyian atau penyekatan keterangan yang boleh membantu dalam pembelaan bekas Perdana Menteri itu akan dianggap sebagai salah laku keadilan.




Semalam, media melaporkan peguam Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan keterangan baharu, beberapa hari sebelum Mahkamah Rayuan dijadualkan membuat keputusan berhubung kes terbabit.



Ia termasuk keterangan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dan keterangan lanjut daripada pegawai penyiasat SRC Rosli Hussein atau orang lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam afidavit sokongan usul itu, Najib berkata, ia dilakukan kerana semua isu yang dibangkitkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan belum diteliti sepenuhnya dan ia adalah untuk kepentingan keadilan supaya beliau mendapat perbicaraan secara adil dengan mengemukakan semua bukti.

Ia susulan pendedahan mengenai dana RM65 juta berkaitan 1MDB yang diperoleh semula daripada syarikat yang dikawal oleh suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz.
Najib berkata, keterangan tambahan perlu diambil daripada Azam dan Rosli kerana ia tidak disediakan ketika perbicaraan.

“Terdapat aspek dalam kes pendakwaan yang dilihat lemah,” kata Zaid.

“Keterangan penting berhubung pembayaran kepada suami Zeti tidak disediakan dalam pembelaan dan ia tidak selamat untuk mensabitkan Najib berdasarkan kes pendakwaan seperti yang dikemukakan.

“Dalam sistem keadilan jenayah kita, pihak pendakwaan tidak boleh sekali-kali menyekat atau menyembunyikan keterangan yang akan membantu pembelaan. Ia akan menjadi satu salah laku keadilan.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Pendakwaan berkata permohonan Najib untuk mengemukakan apa yang dikatakan sebagai bukti baru adalah untuk melambatkan keputusan mahkamah, yang dijadual dua hari lagi.


d180308b2a9221ce564e16738f965740.jpg


Kes SRC: Semua bukti relevan telah dikemuka di mahkamah - pendakwaan

Diterbitkan: Dec 6, 2021 6:20 PM


Pihak pendakwaan berhujah bahawa tiada bukti baru yang diperlukan dalam permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman terhadapnya, dalam kes rasuah RM42 juta SRC International.

Menerusi afidavit untuk membantah permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru, timbalan pendakwa raya Budiman Lutfi Mohamed mendakwa semua bukti yang ada telah pun dibawa ke Mahkamah Tinggi yang mendengar kes Najib, serta Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuannya.

Budiman mendakwa bukti baru yang ingin dikemukakan Najib tidak relevan dalam ke tersebut.

Dia juga menyangkal dakwaan pembelaan bahawa pendakwaan ada menyembunyikan sebarang bukti yang relevan dalam kes tersebut.

"Saya menyatakan bahawa semua keterangan yang ada telah dikemukakan untuk penentuan Mahkamah Perbicaraan dan Mahkamah Rayuan dan tidak ada keterangan baru diperlukan untuk penyelesaian kes ini secara adil.

"Saya seterusnya menyatakan bahawa permohonan ini gagal untuk menunjukkan wujudnya apa-apa hal keadaan yang luar biasa untuk membenarkan pengemukaan keterangan baru sebelum keputusan bagi rayuan jenayah tersebut pada 8 Disember ini.

"Pihak pendakwaan menyatakan bahawa rayuan ini bertujuan melambatkan keputusan bagi rayuan jenayah tersebut, dengan membuka semula keseluruhan kes dan perkara ini adalah nyaa daripada perintah yang dipohon dan kesan perintah tersebut," katanya.

"Saya menafikan pihak pendakwaan telah menyembunyikan fakta yang relevan kepada pertuduhan semasa pengendalian perbicaraan atau pendengaran rayuan di mahkamah yang mulia ini," katanya lagi.

Afidavit itu sebagai respons kepada permohonan Najib yang dibuat pada 2 Disember lalu.

Mahkamah Rayuan dijadual menyampaikan keputusannya berhubung permohonan Najib untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya, pada 8 Disember ini.

Mahkamah Rayuan juga telah menetapkan untuk mendengar permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru itu esok.

'Untuk melambatkan keputusan'

Dalam afidavitnya, Najib antara lain mendakwa bukti yang relevan untuk pembelaannya disembunyikan daripada pasukan peguamnya ketika perbicaraan.

Antara apa yang disifatkan bukti baru yang ingin dikemukakan Najib adalah yang berkaitan dengan perbankan Singapura dan maklumat kewangan keluarga bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz.

Najib juga memohon untuk mengemukakan keterangan viva voce Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussein dan beberapa lagi saksi lain.



72992101d9f7f21a223dc215a449dd06.jpg
Tawfiq Ayman dan Zeti Akhtar Aziz


Dia berkata ia susulan pendedahan SPRM bahawa Singapura telah memulangkan sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman - suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

Namun Budiman berkata yang permohonan itu adalah untuk melambatkan Mahkamah Rayuan daripada menyampaikan keputusan rayuan Najib, yang dijadual dibuat pada Rabu ini.

"Permohonan ini difailkan pada waktu yang disengajakan dan bukan disebabkan oleh pengungkaian kejadian berikutan.

"Zeti telah ditawarkan kepada pemohon (Najib) semasa akhir kes pendakwaan untuk dipanggil sebagai saksi pembelaan. Namun pemohon memilih untuk tidak memanggilnya untuk memberi keterangan atau untuk ditemu duga untuk tujuan dipanggil sebagai saksi untuk membuktikan kes pembelaan.

"Pemohon telah mengambil masa lebih kurang 11 bulan dan beberapa hari sebelum tarikh Mahkamah Rayuan dijadualkan untuk memberi keputusan...

"Kelewatan ini dan permohonan untuk mengemukakan keterangan yang tidak relevan tetapi dikatakan sebagai keterangan baru kepada pertuduhan menunjukkan permohonan ini mala fide (berniat buruk)," katanya lagi.

Pada 27 November lalu, Najib membuat laporan polis dengan mendakwa ada pihak menyembunyikan bahan bukti membabitkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.

Dia berkata tidak dapat mendedahkan nama individu terbabit namun mendapat tahu mereka yang terlibat merupakan individu yang dilantik ke Jabatan Peguam Negara dan SPRM semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Dua hari sebelum itu, Tommy Thomas berkata siasatan SPRM terhadap Zeti dan suaminya tidak sempat diselesaikan sepanjang dia menjadi peguam negara, bermula Jun 2018 hingga Februari 2020.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1

#BHkes
Pendakwaan mohon mahkamah tolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk memasukkan keterangan tambahan
https://bit.ly/31vuHXk

Dakwaan Najib berkaitan pembabitan Zeti hanya andaian - pendakwaan


Disember 6, 2021 @ 6:57pm

04nt10NAJIB_RAZAK_SRC_INTERNATIONAL_1638790019.jpg


KUALA LUMPUR: Pendakwaan menyifatkan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bekerjasama dengan Low Taek Jho atau Jho Low dalam rancangan jahat ahli perniagaan dalam buruan itu terhadapnya, hanyalah andaian.







Dalam afidavit balasan terhadap permohonan Najib bagi memasukkan bukti baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC Sdn Bhd, pendakwaan menyatakan permohonan itu bertujuan melambatkan keputusan rayuan dengan membuka semula keseluruhan kes.

Tegas pendakwaan, semua keterangan sudah dikemukakan bagi diputuskan oleh mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan, di mana sebarang keterangan baharu tidak diperlukan bagi mahkamah untuk membuat keputusan dengan adil.

Pendakwaan melalui afidavit jawapan yang diikrarkan Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed, berkata apabila dinilai secara kumulatif, Najib gagal menunjukkan secara pasti bahawa Zeti mempunyai 'a long-standing relationship' (hubungan sejak sekian lama) dengan Jho Low.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Budiman berkata, Najib juga tidak dapat membuktikan bahawa Zeti bekerjasama dengan Jho Low untuk memudahkan hal ehwal syarikat 1Malaysia Sdn Bhd (1MDB) dan SRC.

Katanya, semua itu hanya satu andaian Najib berasaskan maklumat dengar cakap (hearsay) yang diperoleh daripada penerbitan dalam talian.


"Berhubung wang yang berasal daripada syarikat 1MDB dan diterima oleh suami Zeti, Tawfiq Ayman serta anak-anaknya, Alif Ayman dan Abdul Aziz serta syarikat yang dikenal sebagai CEIL, ia membabitkan transaksi 1MDB yang tidak ada kaitan dengan kes SRC.

"Tan Sri Zeti ditawarkan kepada pemohon di akhir kes pendakwaan, tetapi pemohon memilih untuk tidak memanggil beliau untuk memberikan keterangan atau untuk ditemuduga sebagai saksi bagi membuktikan kesnya.

"Saya menyatakan permohonan ini bertujuan melambatkan keputusan bagi rayuan dengan membuka semula keseluruhan kes dan perkara ini adalah nyata daripada perintah yang dipohon dalam permohonan (notis usul) dan kesan daripada permohonan itu," katanya.

Budiman berkata, Najib gagal menunjukkan bahawa terdapat keadaan yang luar biasa bagi memasukkan keterangan baharu sebelum mahkamah rayuan membuat keputusan.

Beliau turut menafikan dakwaan Najib bahawa pendakwaan menyembunyikan fakta yang relevan ketika perbicaraan di mahkamah tinggi dan pendengaran rayuan di mahkamah rayuan.

"Afidavit (Najib) tidak menunjukkan Tan Sri Zeti bekerjasama dengan Jho Low dalam apa-apa rancangan jahat yang dirancang oleh Jho Low terhadap pemohon (Najib).

"Afidavit itu juga tidak menyokong dakwaan pemohon yang tidak berasas bahawa Tan Sri Zeti membantu atau memudahkan rancangan Jho Low dengan menyembunyikan perkara di luar aturan dalam akaunnya.

"Sama ada Tawfik Ayman, Alif Ayman dan Abdul Aziz menerima wang dari 1MDB, ia tidak mempunyai kaitan dengan tuduhan berkaitan wang milik SRC yang berada di dalam akaun peribadinya," katanya.

Budiman selanjutnya berkata, keterangan yang dikatakan sebagai baharu itu tidak relevan kepada kes rayuan dan naratif derma Arab adalah rekaan yang sengaja sepertimana dibuktikan dan diputuskan oleh mahkamah tinggi.

Beliau berkata, penjelasan Menteri Undang-Undang dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tidak menyokong dakwaan atau membuktikan bahawa pendakwaan secara aktif menyembunyikan perkara yang menyokong pembelaan, sebaliknya ia hanya menunjukkan siasatan berkenaan 1MDB yang tiada kaitan dengan tuduhan SRC.

"Oleh itu, permohonan ini adalah tidak bermerit dan gagal untuk menunjukkan justifikasi bagi membolehkan mahkamah menggunakan kuasa budi bicara untuk memasukkan keterangan tambahan.

"Saya dengan rendah diri memohon supaya permohonan di dalam notis usul ini ditolak, " katanya.

Bukti baharu yang dipohon oleh Najib untuk dimasukkan bagi tujuan rayuannya ialah keterangan viva voce (lisan) bekas Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussein dan keterangan saksi lain atau apa-apa keterangan tambahan lanjut yang berbangkit.

Pendengaran permohonan untuk memasukkan bukti berkenaan akan didengar mahkamah rayuan esok.

Najib merayu keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Beliau mengulas mengenai permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuannya berhubung kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. sebanyak RM42 juta.
https://www.utusan.com.my/.../terserah-pada-mahkamah.../

Terserah pada mahkamah nilai bukti baharu Najib​

WAN-JUNAIDI-TUANKU-JAAFAR-2-resize-1.jpg


WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

  • 6 Disember 2021, 8:05 pm


KUALA LUMPUR: Terserah kepada mahkamah untuk menilai bukti dan keterangan baharu dalam rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. sebanyak RM42 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan tidak masuk campur berhubung perkara itu kerana di luar bidang kuasa pihaknya.

“Sama ada diterima atau tidak, itu bergantung kepada penilaian mahkamah. Kita kerajaan tidak mempunyai kuasa dalam soal ini.
“Negara kita ada peraturan dan undang-undang, termasuk aspek pengasingan kuasa dalam badan kehakiman dan eksekutif,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Beliau mengulas mengenai permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuannya berhubung kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. sebanyak RM42 juta.

Najib sebelum ini melalui firma guaman yang mewakilinya, Tetuan Shafee & Co. memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu.

Antaranya membabitkan penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

Najib dalan afidavit sokongannya menyatakan, beliau memfailkan notis usul itu selepas mendapati keterangan-keterangan berkaitan penglibatan Zeti dan ahli keluarganya tidak dimaklumkan atau didedahkan kepada pasukan pembelaannya sebelum atau sepanjang perbicaraannya.

Jelasnya, beliau hanya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa Singapura telah memulangkan AS$15.4 juta yang berkaitan akaun Cutting-Edge Industries Ltd. yang mempunyai kaitan dengan suami Zeti, Tawfiq Ayman.

Najib turut memohon mahkamah mendapatkan keterangan lisan viva (viva voce) daripada bekas Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki; pegawai penyiasat SPRM, Rosli Hussein dan keterangan saksi lain atau apa-apa keterangan tambahan lanjut berkaitan dengan dakwaan penglibatan Zeti dan keluarganya.

Rosli merupakan saksi pendakwaan ke-57 dalam perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International itu manakala Azam tidak pernah dipanggil memberi keterangan sama ada sebagai saksi pendakwaan mahupun pembelaan.

Pada 23 November lalu, Najib memohon agar tarikh keputusan itu ditukar ke tarikh lain kerana Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani kuarantin kendiri selepas pulang dari Singapura.

Permohonan tersebut bagaimanapun ditolak oleh Mahkamah Rayuan keesokan harinya dan mahkamah terbabit telah mengarahkan agar pihak-pihak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register