BTC USD 35,426.9 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal 1MDB : Bicara SRC RM42 juta, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,950
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,950
Reaction score
2,737
Points
261
Awards
1
Kenape time mtk passport tak nyatakan sekali akan quarantine bagai?? Lupe ka tak tau??
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Sidang media Tan Sri Shafee Abdullah mengenai perkembangan kes mahkamah SRC

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Najib dalam afidavit sokongan berkata, bukti tersebut tidak ada ketika perbicaraan dan "relevan secara material" bagi kesnya.

1638432296436.png


Menjelang keputusan rayuan, Najib mohon kemuka bukti baru

Diterbitkan: Dec 2, 2021 3:48 PM

Dikemaskini: 3:55 PM


Beberapa hari sebelum Mahkamah Rayuan dijadual membuat keputusan terhadap rayuan Najib Razak terhadap sabitan terhadapnya dalam kes rasuah RM42 juta SRC International, bekas perdana menteri itu mengemukakan bukti baru untuk menyokong pembelaannya.

Menerusi Notis Usul yang difailkan di Mahkamah Rayuan, Najib memohon untuk mengemukakan keterangan viva voce Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussein dan beberapa lagi saksi lain.

Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember ini untuk menyampaikan keputusan terhadap rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan bersalah terhadapnya, serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan.

Menurut salinan afidavit sokongan Najib terhadap permohonan hari ini, dia menjelaskan langkah untuk mengemukakan bukti baru itu susulan pendedahan SPRM bahawa Singapura telah memulangkan sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman - suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.


Najib mendakwa bukti tersebut tidak ada ketika perbicaran dan ia "relevan secara material" bagi isu yang berkaitan dengan kes itu.
"Saya sesungguhnya percaya keterangan yang kini telah ditemui dan disahkan boleh dipercayai mendedahkan penglibatan Zeti dalam skim-skim Jho Low.

"Saya sesungguhnya percaya peranan Zeti dalam memudahkan Jho Low menyebabkan tiada tanda merah atau amaran penyelewengan dibangkitkan mengenai perkara yang berkaitan dengan urus niaga dalam akaun saya dari 2011 hingga 2015, walaupun perkara tersebut telah dilaporkan secara peribadi kepada Bank Negara dan Zeti telah menyediakan ruangan untuk Jho Low untuk menjalankan manipulasinya.

"Saya sesungguhnya percaya sekiranya keterangan sedemikian telah dikemukakan semasa perbicaraan, mahkamah akan mencapai pendapat berbeza yang memihak kepada saya dan mengakibatkan wujudnya keraguan munasabah telah ditimbulkan terhadap kes pendakwaan ke atas semua pertuduhan di mahkamah perbicaraan dan mahkamah yang mulia ini (Mahkamah Rayuan)," kata Najib.

Dalam afidavit itu, Najib juga memohon maaf ke atas Mahkamah Rayuan terhadap sebarang kesulitan berhubung waktu permohonan dibuat, dan menjelaskan ia dibuat tanpa berlengah, setelah dia mendapat tahu tentang bukti baru.

"Walaupun tarikh untuk keputusan rayuan telah ditetapkan, dengan mengambil kira perkara-perkara ini, saya dengan rendah hati menyatakan keterangan itu akan mempunyai kesan material ke atas subjek perkara rayuan ini, dan oleh itu perlu diterima dan dikemukakan dalam rayuan-rayuan untuk semua perkara penting tersebut di bawa ke mahkamah yang mulia ini bagi membolehkan keputusan yang adil dicapai.

"Oleh itu, saya dengan penuh rasa hormat menyatakan bahawa memandangkan kebebasan dan mata pencarian saya terancam, dengan mengambil kira perkara yang digariskan di sini, ia perlu untuk keterangan/bukti ini dibenarkan untuk diterima dan dikemukakan dalam rayuan demi kepentingan keadilan," katanya lagi.

Pada 27 November lalu, Najib membuat laporan polis dengan mendakwa ada pihak menyembunyikan bahan bukti membabitkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.

Dia berkata tidak dapat mendedahkan nama individu terbabit namun mendapat tahu mereka yang terlibat merupakan individu yang dilantik ke Jabatan Peguam Negara dan SPRM semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Dua hari sebelum itu, Tommy Thomas berkata siasatan SPRM terhadap Zeti dan suaminya tidak sempat diselesaikan sepanjang dia menjadi peguam negara, bermula Jun 2018 hingga Februari 2020.
[Baca berita asal]


 
Last edited:

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
Najib fail permohonan ‘bukti baru’ kes SRC

Shafee3_MNow_021221-1068x712.jpg
Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika sidang media hari ini.


Menjelang keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 Disember, bekas perdana menteri Najib Razak semalam memfailkan permohonan untuk mendapatkan “bukti baru” bagi kes SRC International yang membabitkan dana RM42 juta.
Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkembangan itu hari ini susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana RM65 juta yang diterima Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz.

“Ada penyorokan bukti dalam kes ini,” katanya pada sidang media hari ini.
Katanya, dana yang dikaitkan dengan 1MDB itu dipindah ke dalam akaun Iron Rhapsody Ltd dan Cutting Edge Industries Ltd yang berpengkalan di Singapura.

Kedua-dua syarikat itu dikawal Tawfiq dan rakan kongsinya, Samuel Goh.
Katanya selagi tiada keputusan mahkamah, kes masih lagi berjalan dan pihaknya boleh mengemukakan bukti baru.
“Saya menjangkakan mahkamah mendengar permohonan ini, sama ada boleh atau tidak (bukti baru dikemukan).
“Dalam situasi penemuan bukti baru, saya akan minta izin untuk mengemukakan afidavit, dan kemudian saya akan menyoal pegawai penyiasat SPRM,” katanya.

Kata Shafee, dengan penemuan bukti baru itu, pihak pembelaan dapat menyoal Zeti dan penglibatan keluarganya dengan Jho Low, figura penting dalam kes SRC dan 1MDB yang masih belum dijumpai.

Mahkamah Rayuan terdahulu menolak permohonan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuan.
Menerusi pendedahan itu, katanya siasatan 1MDB taskforce tidak lengkap atau sengaja diacukan kepada Najib.
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).


 

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40

Jangan sampai Najib didakwa sedangkan pelaku utama disembunyikan – Shafee Abdullah​


8AD95492-EB5D-4832-AE4B-A99EC3EAE929.jpeg


Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bercakap kepada media mengenai isu kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan kes pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di pejabatnya Messrs Shafee & Co, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 DECEMBER 2021.


KUALA LUMPUR – “Tindakan menyembunyikan bahan bukti dan kegagalan melengkapkan siasatan ke atas pelaku-pelaku utama dalam kes SRC International bermaksud Datuk Seri Najib Tun Razak telah dituduh, didakwa secara pra-matang dan haknya untuk perbicaraan adil dinafikan.”Itu antara inti pati sidang media Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam yang mengetuai pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Kata Muhammad Shafee, pihaknya telah memfailkan kepada Mahkamah Rayuan satu notis usul mengambil keterangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dalam kes penyewelengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Selain itu, notis itu juga mengemukakan nama lain termasuklah keterangan pegawai penyiasat SRC Rosli Hussein atau orang lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Tindakan mengemukakan notis pada saat akhir ketika Mahkamah Rayuan dijadualkan menyampaikan keputusannya pada Rabu depan mendapat kritikan segelintir pihak.

Namun kata Muhammad Shafee, pihaknya tidak sengaja memanjangkan mahupun main tarik tali dalam pendakwaan sebaliknya terdapat pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh pihak berkepentingan terhadap ‘pelaku-pelaku’ lain baru-baru ini.


MGF01122021_PC-PEGUAM-SHAFEE-4.jpg


Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bercakap kepada media mengenai isu kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan kes pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di pejabatnya Messrs Shafee & Co, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 DECEMBER 2021.

“Pada 19 November lepas, SPRM telah mengeluarkan kenyataan berkaitan pemulihan aset dana 1MDB antara lain dari Singapura.
“Kerajaan Singapura dikatakan telah memulangkan sejumlah US$15,400 juta (lebih RM64 juta) kepada Malaysia yang dikaitkan dengan akaun Cutting Edge Industries kepunyaan Tawfiq Ayman iaitu suami Tan Zeti Aziz Akthar yang juga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia.
“Lebih mengejutkan apabila SPRM mendedahkan syarikat Cutting Edge Industries adalah milik bersama Tawfiq dan Samuel Goh. Untuk makluman Samuel pernah memberi keterangan dia telah dibayar US$4 juta untuk membuka akaun bank palsu di luar negara yang mana 1MDB telah menghantar berbilion ringgit yang kemudian masuk ke akaun Jho Low.

“SPRM juga umum wang sebanyak US$864,813.27 telah dipulangkan kepada Malaysia dari Singapura milik bekas Ketua Pengarah Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil ketika keputusan di Mahkamah Tinggi sebelum ini telah menyebut Nik Faisal tidak mempunyai kepentingan.
“Pada 22 November tahun ini juga Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut mendedahkan bagaimana dana 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun keluarga bekas Gabenor ini sebenarnya sudah diketahui oleh PDRM sejak 2019 ketika perbicaraan sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi.


“Juga baru-baru ini, iaitu 24 November bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas juga mendedahkan beliau tahu tentang peranan Zeti dan suaminya dalam membantu urusan Jho Low malah ada kertas siasatan telah di buka SPRM.
“Semua maklumat ini adalah relevan dalam pembelaan anak guam kami dan kelihatan seolah-seolah semua ini telah sengaja telah di sembunyikan sekaligus prejudis serius ke atas pembelaan anak guam kami,” katanya dalam sidang media yang berlangsung di Bukit Tunku.

MGF30102019_PERASMIAN-PNB-CORPORATE-SUMMIT-2019_04.jpg


Zeti Akhtar Aziz

Dalam afidavit sokongan usul yang difailkan baru-baru ini, Najib berkata, ia dilakukan kerana semua isu yang dibangkitkan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan belum diteliti sepenuhnya malah ianya untuk kepentingan keadilan supaya beliau mendapat perbicaraan secara adil.

Awal tahun ini, Iron Rhapsody milik Tawfiq dan anak lelakinya dilaporkan telah menerima sejumlah RM66 juta daripada syarikat dan akaun bank yang mempunyai kaitan dengan Low Taek Jho (Jho Low), ahli perniagaan dalam buruan berhubung skandal 1MDB.
Polis Singapura juga dilaporkan telah memaklumkan kepada BNM pada 2015 dan 2016 mengenai transaksi meragukan membabitkan syarikat milik Tawfiq, dengan dana itu datang daripada akaun yang dikaitkan dengan Jho Low.

Dalam pada itu, kata Muhammad Shafee lagi, keterangan SPRM dan Tommy bagaimana Zeti telah membantu memudahkan urusan Jho Low adalah satu bukti material mengapa Najib tidak diberikan sebarang amaran ada ketidakaturan dalam akuannya.
”Ini juga jelas mengesahkan pembelaan anak guam bahawa terdapat kerjasama Jho Low dan konco-konco tertentu untuk pastikan anak guam saya bahawa beliau sentiasa dalam kegelapan dan tidak tahu tentang banyak perkara.

”Beliau (Najib) telah bergantung sepenuhnya kepada BNM dan Gabenor BNM untuk bangkitkan sebarang isu yang tidak teratur berlaku pada akaun-akaun beliau sebaliknya Zeti tidak pernah bangkitkan apa-apa jadi beliau percaya semua dana itu adalah sumbangan keluarga Diraja Arab Saudi,” tegasnya. -MalaysiaGazette

 

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40

MGNews: Hakim Nazlan Tidak Tahu Nik Faisal Terima Duit Yang Banyak Dari Jho Low – Shafee​





Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bercakap kepada media mengenai isu kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di pejabatnya Messrs Shafee & Co, Bukit Tungku, Kuala Lumpur
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,950
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,950
Reaction score
2,737
Points
261
Awards
1
Drama da bertukar . Dari tak tau tak kenal.. da beralih salahkan org lain plak
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
biasa klu kat Mahkamah Rayuan, mana boleh nak masukkan bukti baru
biasa stick dengan apa yg dibicarakan kat mahkamah tinggi

ni tengok lah mcmana, Mahkamah Rayuan nak allow ke permohonan nak masukkan bukti baru



keputusan Rayuan 8 Disember
 

g-man

Super Active Member
gem
Messages
6,710
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,710
Reaction score
1,073
Points
151
Kita pusing halimmmm

Fakta berpusing2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register