BTC USD 35,035.6 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal 1MDB : Bicara SRC RM42 juta, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,554
Points
721

Pesuruhjaya Kehakiman tarik diri kes saman 1MDB​


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Kehakiman Adlin Abdul Majid menarik diri daripada mendengar kes saman 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terhadap 15 individu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Perkara itu disahkan peguam Siva Kumar Kanagasabai dari Tetuan Skrine & Co yang mewakili 1MDB ketika dihubungi media, hari ini.


Katanya, Adlin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan plaintif supaya beliau menarik diri daripada mendengar dan memutuskan prosiding berkenaan.


"Peguam Datuk DP Naban dan Rosli Dahlan adalah rakan kongsi Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill (LHAG) dari Januari 2005 hingga Februari 2020 manakala Adlin juga adalah ahli LHAG.

"Pada masa material, Naban, Rosli dan Adlin menerima arahan untuk bertindak bagi plaintif, walaupun Yang Arif tidak terbabit secara peribadi.

"Saya, DP Naban dan Rosli serta beberapa peguam lain daripada Skrine akan mengendalikan kes itu bersama.
"Sehubungan itu, kes ini akan dipindahkan ke hakim lain," katanya.

Di Mahkamah Tinggi lain, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol menetapkan 1 Julai ini untuk pengurusan kes saman SRC International Sdn Bhd di bawah pengurusan baharunya terhadap Najib dan enam lain.

Pada 10 Mei lalu, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC memfailkan 22 saman sivil bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

SRC, anak syarikat 1MDB, memfailkan writ saman pada 7 Mei lalu menerusi sistem e-filing dengan menamakan Najib serta enam bekas Pengarah SRC iaitu Datuk Suboh Md Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che [email protected] Che Omar sebagai defendan.

Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

SRC yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), mendakwa semua defendan berkomplot dan melakukan pecah amanah.

Bekas perdana menteri itu juga didakwa menyalahguna kuasa dan mendapat manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.

Oleh itu, plaintif menuntut deklarasi supaya semua defendan bertanggungjawab membayar kerugian dana pelaburan akibat penggunaan jumlah pinjaman berkenaan, selain ganti rugi am, teladan, tambahan dan faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berita Berkaitan
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,437
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,437
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Najib, UMNO dapat semula aset disita bernilai RM114 juta

KUALA LUMPUR: Sejumlah aset bernilai RM114 juta, yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018, telah dipulangkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Timbalan Pendakwaraya Faten Hadni Khairuddin memberitahu Astro AWANI, berdasarkan semakan dengan pegawai penyiasat, aset terbabit telah diserahkan pada 17 Jun lepas.

Tambahnya lagi, pemulangan itu dilakukan kerana pihak pendakwaan tidak memohon untuk memfailkan rayuan, selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman pada 20 Mei lepas, menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak aset terbabit.

“(Aset) telah diserahkan kepada DSN melalui wakil kerana pihak pemohon (pendakwaan) tidak memfailkan rayuan,” katanya lagi.

Pada Mei, Muhammad Jamil menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences yang terletak di ibu negara pada 17 Mei 2018.

Ketika menyampaikan keputusannya, Muhammad Jamil berkata, pendakwa raya gagal membuktikan wang RM114,164,393.44 yang disita itu terbabit dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, hakim juga memutuskan pendakwa raya gagal membuktikan wang berkenaan wujud hasil aktiviti pengubahan wang haram.

Untuk rekod, pendakwaan pada 2019 telah memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap OBYU Holdings untuk melucut hak barangan.

Ia merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1

JUMPAKATMAHKAMAH.com

· 40m ·

Satu lagi bukti bahawa institusi kehakiman kita benar-benar bebas. Tiada ‘arahan’ seperti yang didakwa sesetengah pihak. Jangan bila kita didapati bersalah, kita kata mahkamah ‘dikawal’ namun apabila keputusan memihak kita, kita kata mahkamah bebas..

 

apoeki

Super Active Member
gem
Messages
7,841
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,841
Reaction score
859
Points
121
Blhla duit tu buat kempen pru15.hahaha. patutla umno berani keluar PN.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,191
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,191
Reaction score
3,196
Points
261
Awards
1
*DATO SERI NAJIB RAZAK MENANG LAGI KES MAHKAMAH.. TERBUKTI PH (BERSATU, DAP, PKR, PAN) MEMFITNAH DS NAJIB* .

Syukur Alhamdulillah

Kami menang lagi pagi tadi.

Entah dah berapa kali dah, kerajaan kalah kes berhubung lucut hak kononnya barang atau duit 1MDB dari zaman PH lagi.

Terbukti sekali lagi bahawa propaganda pihak sebelah sana bahawa Najib penyamun yang samun duit untuk beli cincin, barang mewah dan sebagainya adalah fitnah.

Kan dah dibuktikan bahawa kebanyakan wang yang saya terima dari Arab Saudi sudah diberi untuk tujuan CSR atau sedekah. Bukan untuk beli barang atau untuk saya simpan untuk kegunaan peribadi.

Dan barang-barang yang disita adalah kebanyakannya hadiah yang diterima dari kawan-kawan dalam dan luar negara sejak berpuluh tahun lalu oleh saya dan keluarga saya.

Dan terbukti beberapa kali di mahkamah juga bahawa akaun atas nama saya pernah terima sekurang-kurangnya saya terima sekurang-kurangnya RM642 juta yang dipindah terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi manakala wang yang disebut RM2.6 bilion itu sudah dikembalikan kepada penghantar empat bulan selepas diterima.

Paling pelik ialah setelah pihak kerajaan siasat semasa mereka sita barangan tersebut dari rumah saya selepas PRU14, pihak pendakawaan serta polis telah mengaku bahawa barang-barang tersebut adalah hadiah.

Tapi tidak dikembalikan pula supaya pihak sana boleh teruskan propaganda fitnah mereka terhadap saya.

Hakim pun sebut perkara ini pagi tadi.
---
Dalam penghakiman, Zaini juga berkata pihak pendakwaan tidak menunjukkan barangan mewah terbabit dibeli menggunakan wang dalam akaun bank Najib.

“Malah pemohon (kerajaan) mengakui beberapa barang yang disita adalah berbentuk hadiah.

“Mereka hanya menyenaraikan barangan yang disita dan nilainya, dan sebaliknya, membuat kesimpulan bahawa responden (Najib, Rosmah, dan anak-anak) tidak ada kemampuan untuk memiliki barang mewah tersebut berdasarkan pendapatan mereka.

----
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Beliau memohon untuk menangguhkannya ke tarikh selepas 13 Disember kerana bekas perdana menteri itu perlu menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari Singapura.


Najib-Suara-Rakyat.jpg


KUALA LUMPUR – Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan tarikh keputusan bagi rayuan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya membabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ditolak Mahkamah Rayuan, hari ini.

Keputusan itu dijadualkan pada 8 Disemberi ini.

Penolakan rayuan itu dimaklumkan melalui surat yang ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mohd Khairi Haron kepada Najib, firma guaman Tetuan Shafee & Co dan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara.

Memetik BH Melalui surat berkenaan, menyatakan permohonan menangguhkan tarikh keputusan adalah tidak dibenarkan dan semua pihak dikehendaki hadir pada tarikh keputusan rayuan yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Media semalam, melaporkan bahawa Najib memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuan berkenaan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya.

Beliau memohon untuk menangguhkannya ke tarikh selepas 13 Disember kerana bekas perdana menteri itu perlu menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari Singapura.

Melalui surat kepada Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Najib memohon supaya tarikh 8 Disember dilapangkan dan tarikh keputusan ditetapkan pada minggu seterusnya iaitu minggu 13 Disember hingga 17 Disember ini (atau mana-mana tarikh lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Permohonan itu dibuat kerana Najib selaku perayu akan berada di Singapura untuk melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang melahirkan anak kedua sehingga 5 Disember ini dan sejurus pulang, beliau diwajibkan untuk kuarantin kendiri selama tujuh hari.

Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC.

SRC ialah subsidiari kepada syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram (masing-masing tiga tuduhan) serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Rayuan Najib akan diputuskan paneltiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.



 

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
kalau najib dgn zahid berundur pun, umno ada tok mat dgn kj.. but pls stay with mn

prk selama ni pun tok mat yg jadi org kuat dia, senyap2 dia buat keja

org ada corporate background ni berisi juga cakap dia, crisis management dia pun bagus

takde dah party yg betul solid perfect dkt msia ni, tak wujud pun dlm dunia ni, ambik jelah mana nanti yg paling kurang beri kerugian pada rakyat nanti
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register