BTC USD 56,849.1 Gold USD 1,786.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal 1MDB : Bicara SRC RM42 juta, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906

Aidil Khalid

· 11m ·

Orang yang yakin dengan hujahnya, tidak perlu mengulangi hujahnya itu berkali-kali, sampai orang yang mendengarnya pun letih nak mendengar. Berpusing-pusing pada perkara sama, tetapi tidak juga sampai kepada titik sebenar. Cukup sekadar nyatakan hujah sekali dengan padu, dan kemudian move-on kepada hujah seterusnya. Demikianlah yang sepatutnya.

Tapi kadang-kadang, kita sebagai manusia biasa — ya, termasuk peguam juga — memang akan melakukan kesilapan itu. Terlupa bahawa hujah yang sama telah dibangkitkan. Perkara ini terkadang berlaku, kerana kita tahu hujah kita itu tidak kukuh, maka kita terpaksa berpusing-pusing pada perkara sama, tanpa menyedarinya.

Biasanya Mahkamah jarang-jarang bagi peringatan seperti ini, (supaya jangan ulang hujah sama), sebab Mahkamah pun faham bahawa peguam adalah manusia. Melainkan jika pengulangan itu dah terlalu obvious dan mungkin berkali-kali, sehingga membuang masa semua pihak.

 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,423
Reaction score
2,345
Points
201

Aidil Khalid

· 11m ·

Orang yang yakin dengan hujahnya, tidak perlu mengulangi hujahnya itu berkali-kali, sampai orang yang mendengarnya pun letih nak mendengar. Berpusing-pusing pada perkara sama, tetapi tidak juga sampai kepada titik sebenar. Cukup sekadar nyatakan hujah sekali dengan padu, dan kemudian move-on kepada hujah seterusnya. Demikianlah yang sepatutnya.

Tapi kadang-kadang, kita sebagai manusia biasa — ya, termasuk peguam juga — memang akan melakukan kesilapan itu. Terlupa bahawa hujah yang sama telah dibangkitkan. Perkara ini terkadang berlaku, kerana kita tahu hujah kita itu tidak kukuh, maka kita terpaksa berpusing-pusing pada perkara sama, tanpa menyedarinya.

Biasanya Mahkamah jarang-jarang bagi peringatan seperti ini, (supaya jangan ulang hujah sama), sebab Mahkamah pun faham bahawa peguam adalah manusia. Melainkan jika pengulangan itu dah terlalu obvious dan mungkin berkali-kali, sehingga membuang masa semua pihak.

Bila boleh tahu verdict Mahkamah Rayuan CMM?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Bila boleh tahu verdict Mahkamah Rayuan CMM?
tn puyol. sekarang ni tgh bicara utk rayuan
kedua dua belah pihak buat hujahan

pastu Mahkamah Rayuan akan tetapkan tarikh utk keputusan
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906

Sejumlah besar RM4 bilion dana pencen dicuri, kata peguam​


April 8, 2021 7:30 PM

Najib-razak-april-2021-bernama.jpg


Peguam Harvinderjit Singh berkata Najib Razak bukan ejen atau diamanahkan dengan RM42 juta untuk mengalihkan wang itu, yang didakwa sebahagian pinjaman RM4 bilion KWAP. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Sejumlah besar pinjaman bernilai RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd daripada dana persaraan kerajaan mungkin dicuri, tetapi laporan polis tidak dibuat mengenainya, hujah peguam ketika prosiding melibatkan rayuan kes rasuah Najib Razak.

Peguambela Harvinderjit Singh berkata, kecurian itu mungkin berlaku “di luar struktur korporat SRC” yang pernah menjadi anak syarikat 1MDB dan kemudian diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

Peguam itu berhujah bahawa Najib yang ketika itu menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC, bukan ejen atau diamanahkan dengan RM42 juta untuk mengalihkan wang itu, yang dikatakan sebahagian daripada RM4 bilion terbabit.

Pada peringkat ini, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera yang menganggotai panel hakim bersidang bertanya: “Bagaimana Lembaga SRC membuat keputusan berhubung RM4 bilion itu?”


Harvinderjit: Lembaga SRC tahu bagaimana wang itu masuk tetapi tidak bagaimana ia dikeluarkan.

Berdasarkan dua surat jaminan kerajaan, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) meluluskan pinjaman kepada SRC pada 2011 dan 2012 untuk melaksanakan dan melabur dalam projek berkaitan sumber tenaga konvensyenal dan boleh diperbaharui, sumber asli dan mineral.
Pada Ogos 2011, pinjaman RM2 bilion dilepaskan oleh KWAP kepada SRC dalam empat bahagian berjumlah RM500,000.
Tujuh bulan kemudian, RM2 bilion lagi dilepaskan dalam satu bayaran, tetapi kali ini RM200 juta disimpan sebagai pelaburan modal.

Harvinderjit berkata, RM3.8 bilion ditinggalkan “di luar struktur korporat SRC dan tidak diketahui oleh pengarah syarikat.”
“Ia satu kecurian. Ketika pemeriksaan balas, Pengerusi SRC Ismee Ismail dan Pengarah Suboh Md Yassin tidak tahu apa yang berlaku dengan wang itu,” katanya.

Vazeer: Tetapi tiada laporan polis dibuat?

Harvinder: Tidak. Hanya Suboh boleh membuat laporan polis, tetapi beliau tidak tahu mengenai wang yang hilang itu. Ismee juga terkejut.
Suboh dan CEO SRC Nik Faisal Ariff Kamil adalah penandatangan SRC tetapi pembelaan mendakwa ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, pengurusan kanan SRC dan kakitangan Ambank bersubahat untuk mengeluarkan wang SRC itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penghakimannya turut berkata, sejumlah besar RM4 bilion itu dipindahkan ke akaun di luar negara hampir serta-merta selepas diterima.

Katanya, ia kini nampak seperti telah dibekukan pihak berkuasa berkaitan di Switzerland. Status terkininya tidak diketahui.
Harvinderjit memberitahu mahkamah hari ini, tiada sesiapa daripada kerajaan yang hadir ke mahkamah untuk mendedahkan status wang berkenaan.

Najib didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan untuk pinjaman SRC International berjumlah RM4 bilion daripada dana berkenaan.

Beliau turut menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta milik SRC International.

Julai tahun lalu, Nazlan memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah berkaitan RM42 juta milik SRC International.
Perbicaraan bersambung Isnin.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Ini kerana bekas perdana menteri itu, pada sepanjang masa, percaya bahawa wang dalam akaun AmBank beliau merupakan baki daripada sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Najib tidak tahu RM42 juta daripada SRC: Peguam
| | 12 April 2021


1618225303924.png

Najib Razak


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan pada Isnin diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu wang dalam akaun bank beliau dipindah masuk daripada SRC International Sdn Bhd.

Ini kerana bekas perdana menteri itu, pada sepanjang masa, percaya bahawa wang dalam akaun AmBank beliau merupakan baki daripada sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Peguam beliau Harvinderjit Singh berhujah demikian di hadapan Hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Hakim, Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

"Kira-kira RM164 juta dipindahkan ke dalam akaun baharu beliau selepas akaun lama yang digunakan untuk menerima sumbangan ditutup pada Ogos 2013. Najib percaya wang itu merupakan sumbangan daripada Raja Arab Saudi.

“Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kes itu berkata, Najib semestinya tahu wang RM42 juta yang didepositkan ke dalam akaun beliau datang daripada SRC. Ini satu kekhilafan,” katanya.

“Hakim perbicaraan terkhilaf ketika menyamakan ‘pengetahuan’ selepas wang dipindahkan dengan ‘ketidakjujuran’. Elemen mens rea ’ketidakjujuran’ bagi pecah amanah adalah berdasarkan ‘niat’, bukan ‘pengetahuan’,” katanya.

Harvinderjit berkata, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low adalah orang yang memindahkan wang daripada SRC ke dalam akaun Najib tanpa pengetahuan Najib.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Harvinderjit berkata, pendakwaan semasa menutup kes mereka hanya menunjukkan bahawa Jho Low mencampuri urusan akaun Najib.
Ketika ini Abdul Karim mencelah bertanya: Mengapa Jho Low yang tidak mempunyai sebarang kuasa, sibuk mengambil tahu (mengenai akaun Najib)?

Harvinderjit menjawab bahawa sejak 2011, wang diterima sebagai sumbangan derma daripada Arab, dan Jho Low, menerusi saluran bukan diplomatik, telah mengatur pertemuan di antara Raja Arab Saudi dan Najib pada 2010.

“Raja Arab Saudi menzahirkan sokongan agar Najib kekal berkuasa untuk memastikan Malaysia tidak jatuh ke tangan pihak ekstremis. Baginda memaklumkan akan menyokong Najib, walaupun baginda tidak nyatakan bahawa sokongan adalah dalam bentuk sumbangan derma,” kata peguam itu yang menambah beberapa bulan kemudian Jho Low yang memberitahu bahawa Raja Arab Saudi akan menyalurkan derma.

Harvinderjit berkata, Najib kemudian membuka akaun semasa dan akaun simpanan di AmBank kerana beliau menjangka menerima hingga AS$200 juta dalam bentuk derma daripada Arab Saudi.

Sebelum ini, Pengurus Cawangan AmBank Raja Chulan R. Uma Devi memberi keterangan bahawa berdasarkan rekod bank antara 2011 dan 2013, jutaan dolar Amerika Syarikat diremit ke dalam akaun Najib.

Turut didedahkan bahawa sejumlah RM304 juta didepositkan ke dalam akaun itu pada 2011, sebanyak RM756 juta pada 2012 dan RM1.9 bilion pada 2013.

Harvinderjit berkata, pada 23 Ogos 2014, Najib memulangkan sejumlah RM2.034 bilion (AS$620 juta) dan baki berjumlah RM164 juta dipindahkan ke akaun baharu beliau.

Pendengaran rayuan itu bersambung. - Bernama

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,561
Reaction score
666
Points
161
Saya tidak tahu... bleh terpakai ke alasan ni?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
SRC International: Kes rayuan masuk hari ke-6#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../src-international-kes.../

SRC International: Kes rayuan masuk hari ke-6​



13 April 2021

MGF07042021_NAJIB-RAYUAN05-1.jpg


Najib Razak hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya

PUTRAJAYA – Prosiding rayuan penyewelengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah masuk hari ke-6 hari ini.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan tiba sekitar 8.45 pagi dalam keadaan tenang sempat melambai, senyum sambil membalas balik ucapan ‘Selamat Berpuasa’ yang dilaung oleh segelintir jurugambar di lobi Istana Kehakiman di sini sebentar tadi.




Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah mendapati Najib bersalah.
Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang milik SRC.
Semalam, Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa Najib tidak tahu wang dalam akaun bank beliau dipindah masuk daripada SRC.



Ini kerana Najib itu percayawang dalam akaun AmBank beliau merupakan baki daripada sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.
Peguam beliau, Harvinderjit Singh berkata, kira-kira RM164 juta dipindahkan ke dalam akaun baharu Najib selepas akaun lama yang digunakan untuk menerima sumbangan ditutup pada Ogos 2013.
“Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kes itu berkata, Najib semestinya tahu wang RM42 juta yang didepositkan ke dalam akaun beliau datang daripada SRC. Ini satu kekhilafan.



“Hakim perbicaraan terkhilaf ketika menyamakan ‘pengetahuan’ selepas wang dipindahkan dengan ‘ketidakjujuran’. Elemen mens rea ’ketidakjujuran’ bagi pecah amanah adalah berdasarkan ‘niat’, bukan ‘pengetahuan’,” katanya semalam.

Harvinderjit berkata, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low adalah orang yang memindahkan wang daripada SRC ke dalam akaun Najib tanpa pengetahuannya.

Prosiding hari ini akan bersambung hadapan Hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Hakim, Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Hari ini juga hari terakhir untuk pihak perayu yang diketuai peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah sebelum pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam prosiding rayuan ini membuat hujahan balas selama empat hari.
Baki empat hari bermula esok pula untuk pihak perayu membalas hujahan pihak pendakwaan. -MalaysiaGazette

 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,561
Reaction score
666
Points
161
delete post...
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register