BTC USD 48,351.5 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal 1MDB : Bicara SRC RM42 juta, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
baca depan kata 72 tahun msuk penjara...baca blkg jd 12 tahun plak... mana satu btl daaa...

gni tn Huskar, pakJib ni bersalah dengan semua 7 pertuduhan
-tiga pertuduhan pecah amanah,
dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah

-tiga pertuduhan pengubahan wang haram
dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

dan
-satu pertuduhan salah guna kuasa
dipenjara 12 tahun

Walaupun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, namun hakim bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

tu yg jadi pakJib dipenjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melakukan pecah amanah terhadap dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.
http://www.utusan.com.my/.../pendakwaan-gagal-buktikan.../

SRC International: Pendakwaan gagal buktikan Najib pecah amanah​

UTU_NAJIB-mahkamah-re.jpg

NAJIB Razak tiba di pekarangan mahkamah bagi mendengar rayuan sabitan dan hukuman penjara terhadap beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini. - FOTO/FAISOL MUSTAFA

  • 6 April 2021, 7:11 pm

PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melakukan pecah amanah terhadap dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Menurut peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pihak pendakwaan juga gagal menunjukkan bahawa wang RM42 juta yang didepositkan ke dalam akaun Ahli Parlimen Pekan itu adalah wang daripada syarikat terbabit.

“Menurut pertuduhan pecah amanah, Najib sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Penasihat Emeritus SRC International telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM42 juta.

“Bagaimanapun, pihak pendakwaan gagal menunjukkan penguasaan penuh Najib terhadap wang tersebut. Tiada saksi hadir memberi keterangan dari mana wang RM42 juta itu datang. Oleh kerana pendakwaan gagal menunjukkan penguasaan Najib terhadap wang tersebut, siapa yang memberikan arahan untuk mengeluarkan wang, kes pihak pendakwaan telah hancur,” katanya.

Selain itu, Muhammad Shafee mengumpamakan kes terhadap anak guamnya adalah kes ‘marahkan nyamuk bakar kelambu’.

“Anak guam saya didakwa telah mengambil RM42 juta daripada RM4 bilion dana Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang dimasukkan ke dalam SRC International. Ahli Lembaga Pengarah SRC International sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku dengan wang sebanyak RM4 bilion yang diperolehi daripada KWAP, jadi bagaimana anak guam saya yang merupakan Penasihat Emeritus perlu tahu mengenai wang tersebut,” hujah peguam itu.

Peguam terbabit berhujah demikian pada hari kedua rayuan Najib terhadap sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu ialah tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu. SRC International merupakan syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berhujah lebih lanjut, Muhammad Shafee menyatakan, saksi pendakwaan ke-42, bekas Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md. Yasin telah memberikan keterangan yang bercanggah pada perbicaraan kes itu.

Ujarnya, Suboh telah memberikan lima keterangan bercanggah kepada SPRM yang mana keterangan lelaki terbabit berhubung sama ada beliau ada menandatangai sebarang surat transaksi sering berbolak balik.

“Suboh dalam keterangannya menyatakan sebarang arahan yang diterima daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil adalah arahan daripada Najib. Keterangan itu tidak boleh diterima pakai. Suboh tidak pernah menyatakan perkara itu sewaktu memberi keterangan kepada SPRM.

“Sekiranya, mahkamah mengambil kira keterangan Suboh maka kita boleh percaya lembu boleh melompat melepasi bulan,” katanya.

Rayuan yang didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Karim yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersambung esok. – UTUSAN ONLINE

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Peguam berhujah, bukti telah menunjukkan Datuk Suboh sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai. #AWANInews #AWANI745

Rayuan Najib: Hakim Nazlan bertindak macam pendakwa raya kedua - Shafee​

April 6, 2021 19:51 MYT
Rayuan Najib: Hakim Nazlan bertindak macam pendakwa raya kedua - Shafee

Shafee berkata, jika Mohd Nazlan menggugurkan Suboh daripada senarai saksi, keseluruhan kes itu akan terbatal, dan Najib boleh dibebaskan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Tindakan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum ini yang menerima keterangan saksi pendakwaan ke 42, Datuk Suboh Md Yasin, seolah-olah meletakkan dirinya sebagai ‘pendakwa raya’ kedua, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.
Pada hari kedua prosiding rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah berhujah, bukti telah menunjukkan Suboh, sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai, kerana berulang kali memberi kenyataan yang bercanggah.

Katanya lagi, Mohd Nazlan sepatutnya mengambil kira beberapa bukti bahawa daripada lima keterangan Suboh, tiga daripadanya bercanggah dengan dua keterangan awal.

“Sewaktu saya memeriksa balas Suboh, dia mengaku tidak pernah menandatangani (enam surat kebenaran transaksi dana SRC International) secara fizikal.

“Dia juga mengaku kenyataan awalnya yang menandatangani surat berkenaan selepas Nik Faisal Nik Ahmad Kamil juga tidak benar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding hari kedua itu.

Muhammad Shafee berkata, perkara itu telah pun dibangkitkan di peringkat Mahkamah Tinggi, namun Mohd Nazlan berkata Suboh mungkin terlupa.

Tegasnya lagi, jika Mohd Nazlan terus menggugurkan Suboh daripada senarai saksi, keseluruhan kes itu akan terbatal, dan Najib boleh dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Sewaktu prosiding rayuan, Muhammad Shafee memberitahu panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa dana RM42 juta itu datang daripada RM4 bilion yang dipinjamkan daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Selain itu, Mahkamah Rayuan juga diberitahu, pihak pendakwaan gagal membuktikan Najib menyalahguna kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Ketika itu dalam dua mesyuarat Kabinet bagi meluluskan pinjaman tersebut.

Hujah Muhammad Shafee lagi, ia juga tidak masuk akal jika Najib sanggup menunggu selama tiga tahun setengah semata-mata untuk mendapatkan imbuhan RM42 juta seperti dalam pertuduhan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat.
Perbicaraan bersambung esok.

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,221
Reaction score
1,699
Points
201

dasat punye ayat cover line... suci betul la yer
 
huskar

Fun Poster
Joined
Dec 15, 2012
Messages
279
Reaction score
9
Points
25
gni tn Huskar, pakJib ni bersalah dengan semua 7 pertuduhan
-tiga pertuduhan pecah amanah,
dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah

-tiga pertuduhan pengubahan wang haram
dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

dan
-satu pertuduhan salah guna kuasa
dipenjara 12 tahun

Walaupun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, namun hakim bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

tu yg jadi pakJib dipenjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
oh itu mcm kaa.. jd amik yg hukuman plg lama la ye.. paham2..
 
mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,048
Reaction score
710
Points
171
Jho Low ada atau takde Pok Jib tetap dipandang tinggi & mulia oleh geng2 UMNO umpama adiwira Robin Hood mencuri duit demi kemaslahatan ummah 😂. Yg paling kesian ialah TSMY & geng yg kena pecat drpd UMNO & jawatan kerajaan sbb sekadar tegur Pok Jib menyeleweng.
geng umno atau rakyat? cuba selidik dahulu.. umno xsokong pun dia
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,920
Reaction score
4,449
Points
601
najibsrcpeguam6_1617718055.jpg

Tiada bukti kaitkan dana SRC dengan Najib - Peguam​

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini dimaklumkan bahawa tidak ada bukti kukuh bagi mengaitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata tidak ada sebarang bukti yang boleh mengaitkan pemindahan wang itu daripada SRC International dengan apa-apa tindakan atau arahan anak guamnya.

"Dalam isu ini, tidak ada bukti yang boleh dipercayai dikemukakan bagi menunjukkan bagaimana dana RM42 juta itu dipindahkan daripada SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) pada 24 Disember 2014 serta 5 dan 6 Februari 2015.

"Pendakwaan juga tidak mengemukakan bukti mengenai individu yang menyebabkan dana SRC International itu dipindahkan. Itu adalah perkara paling kritikal," katanya.

Muhammad Shafee berkata demikian ketika berhujah di hadapan panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya bagi pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Peguam itu berkata kes pendakwaan ialah dana sebanyak RM42 juta telah dipindahkan daripada SRC International melalui surat arahan yang ditandatangani bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas Pengarahnya, Datuk Suboh Md Yassin.

"Keterangan SP42 (saksi pendakwaan ke-42 iaitu Suboh) berhubung sebarang representasi yang didakwa diberikan Nik Faisal atas permintaan atau arahan 'pihak atas' merujuk kepada Najib sebagai Penasihat Emeritus tidak boleh dipercayai. SP42 tidak menyatakan perkara sama di dalam lima kenyataan yang diberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Muhammad Shafee berkata, Suboh tidak konsisten dalam kenyataannya kepada SPRM berhubung isu sama ada beliau menandatangani sebarang surat transaksi.

Beliau berkata, ketika perbicaraan kes itu, pendakwaan mencadangkan kepada Suboh bahawa tandatangan Nik Faisal di surat itu boleh dipalsukan menerusi kaedah 'potong dan tampal'.

"Mereka gagal menunjukkan bahawa beliau (Najib) mempunyai kawalan dan ini adalah satu perkara yang memusnahkan kes pendakwaan," katanya.

"Pendakwaan juga gagal membuktikan bahawa RM42 juta itu adalah sebahagian daripada RM4 bilion yang dipinjamkan daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC atau daripada dana milik SRC," katanya sambil menambah dapatan hakim perbicaraan bahawa apa sahaja dana yang dikreditkan ke dalam akaun SRC adalah milik SRC hanyalah tekaan semata-mata.

Muhammad Shafee berhujah tidak ada saksi yang memberi keterangan mengenai asal-usul RM42 juta itu.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap pertuduhan CBT serta pengubahan wang haram dan 12 tahun serta denda RM210 juta bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Pendengaran rayuan itu bersambung esok.– BERNAMA
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Prosiding rayuan SRC secara langsung tergendala kerana gangguan internet di Putrajaya.
#malaysiagazette #mgnews

Prosiding rayuan SRC secara langsung tergendala kerana gangguan internet di Putrajaya​

By
Kasthuri Jeevendran
-
7 April 2021

C6932794-8505-41AD-971D-512BF7FFD20A.jpeg

PUTRAJAYA – Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menyatakan terdapat gangguan internet di Istana Kehakiman serta agensi kerajaan lain semalam.
Ia menyebabkan siaran langsung video prosiding rayuan SRC International Sdn Bhd (SRC) yang diikuti petugas media terganggu untuk seketika.

“Pejabat ini merujuk kepada artikel Free Malaysia Today pada 6 April 2021 bertajuk “Shafee goes ‘silent’ for over an hour during SRC appeal”.
“Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan internet PCN (Putrajaya Campus Network) di Bangunan Istana Kehakiman dan beberapa agensi kerajaan lain di sekitar Putrajaya bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
“Gangguan ini menyebabkan tayangan langsung prosiding Rayuan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman untuk pengamal media tidak dapat ditayangkan.

“Walau bagaimanapun, gangguan tersebut tidak menjejaskan rakaman prosiding rayuan di Mahkamah Terbuka, yang mana semua Peguam dan Pendakwa Raya masih dibekalkan dengan salinan (soft copy) rakaman prosiding selepas prosiding berakhir,” kata dalam satu kenyataan hari ini.
C4DBA1E5-3F95-41FD-A454-C44078774AC9.jpeg

Berikutan insiden ini, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai barisan pembelaan Najib melahirkan rasa kurang senang kepada panel hakim prosiding rayuan ini.
Malah beliau turut mencadangkan supaya beberapa petugas media tempatan diberikan peluang untuk mengikuti prosiding itu bilik mahkamah supaya laporan yang dihasilkan tepat dan komprehensif.

Sebelum ini, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa turut meluahkan perasaan berhubung gangguan perkhidmatan internet yang menyebabkan beberapa pendedahan penting berkaitan kes itu tidak dapat dilakukan.
“Kena tunggu sidang media Tan Sri Shafee dan skuad Bossku untuk buat laporan secara live di media sosial. Kerana itulah dari awal lagi sudah kami gesa supaya prosiding mahkamah berkaitan 1MDB ini dibuat secara live untuk umum tetapi ditolak. Kononnya telus,” tulis dalam Instagramnya.

2C7E84FF-6E90-45E1-8BD1-A1C633EE2324.jpeg
-MalaysiaGazette

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register