Skandal 1MDB : Bicara SRC RM42 juta, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

CG Sponsors

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,283
Reaction score
4,263
Points
201
Penyelewengan SRC kes rasuah paling teruk - Hakim

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyifatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak adalah kesalahan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang paling teruk.

Mohd Nazlan yang mensabitkan Najib terhadap kesemua tujuh tuduhan dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun, dan didenda RM210 juta, berkata ia bukan sahaja disebabkan oleh alasan bagaimana jenayah itu dilakukan, malah kes berprofil tinggi berkenaan turut membabitkan sejumlah wang yang sangat besar.

Melalui alasan penghakiman penuh setebal 801 muka surat itu, Mohd Nazlan, berkata kes terbabit mempunyai elemen yang memberikan kesan ke atas kepentingan awam kerana dana RM42 juta itu adalah milik Kementerian Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berkemungkinan berasal daripada dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM4 bilion.

"Dan yang paling penting ia membabitkan individu yang pada ketika itu berada dalam pada tertinggi dalam kerajaan," katanya.

Pada 28 Julai lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC.

Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

Sementara itu, Mohd Nazlan berkata, Najib selaku tertuduh tidak menunjukkan penyesalan, malah mempertahankan pembelaan beliau tidak mengetahui mengenai wang RM42 juta milik SRC itu dalam rayuannya bagi diringankan hukuman.

"Tetapi saya tidak boleh menafikan beliau adalah Perdana Menteri negara ini dan tidak boleh mempersoalkan sumbangannya untuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat dalam pelbagai cara kerana beliau adalah Perdana Menteri selama sembilan tahun.

"Sejarah politik akan terus diperdebatkan sama ada dari segi keseimbangan, beliau melakukan lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

"Walau apa pun, ia adalah tidak selari dengan idea sesebuah pentadbiran negara yang bersih daripada rasuah yang tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang penyalahgunaan kuasa," katanya.

Mahkamah Rayuan menetapkan pada 15 Oktober ini bagi pengurusan kes rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya.
 
Sponsored Post

aeolian

Active+ Member
Joined
Jul 30, 2010
Messages
3,345
Reaction score
161
Points
48

dengan kes telowong mana lagi teruk? kui3
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,731
Reaction score
1,192
Points
201
Kita sudah mula pikul beban SRC

A KADIR JASIN | | 13 September 2020
A
A
DUIT SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara salah itu boleh menampung subsidi seramai 3,250 orang jemaah haji atau cukup untuk bayar Bantuan Prihatin Nasional kepada 26,250 isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM4,000.

Namun, yang kita dengar semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, duit itu Najib belanja untuk bermewah-mewah dan berfoya-foya di merata dunia dengan anak isteri dan kawan-kawan beliau. Berpuluh-puluh orang saksi memberi keterangan bersumpah kepada mahkamah bahawa Najib tahu duit itu masuk ke dalam akan peribadinya dan secara sedar belanja duit tersebut.

Tapi sampai akhir, apabila kedudukannya ibarat telur di hujung tanduk, Najib tetap kata beliau tidak tahu. Macam kata hakim perbicaraan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Najib tidak sikit pun tunjuk rasa bersalah atau menyesal.

Tidak hairanlah jika Mohd Nazlan menyifatkan kes Najib sebagai kes penyalahgunaan kedudukan dan pengkhianatan amanah yang sangat buruk.

Buktinya terlalu jelas sehingga barisan pembelaan yang cukup hebat itu pun gagal menimbulkan keraguan yang berpatutan. Kesudahannya, pada 28 Julai lalu, Najib didapati bersalah atas semua tujuh tuduhan ke atasnya.

Dalam sistem kehakiman, beban pembuktian adalah lebih ringan ke atas orang kena tuduh, manakala pendakwa raya wajib membuktikan di luar sebarang keraguan (beyond reasonable doubt) bahawa Najib bersalah. Pihak pembela hanya perlu membuktikan keraguan yang berpatutan.

Itu pun mereka tidak berdaya. Bukti kesalahan terhadap Najib terlalu kuat, jelas dan di luar sebarang keraguan.

Kita kena ingat, Najib bukanlah ibu tunggal atau bapa menganggur yang dituduh mencuri roti kerana anak di rumah kelaparan.

Serba kesenangan

Najib dilahirkan dalam serba kesenangan, anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang sangat dimuliakan, belajar lama di England, menang pilihan raya kecil tanpa bertanding pada usia 22 tahun, Orang Besar Empat Pahang, bekas Menteri Besar termuda dan bekas Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.

Beliau tidak menghadapi hakim berseorangan. Beliau diwakili pasukan pembelaan yang diketuai peguam tersohor, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Tetapi oleh sebab bukti terhadap Najib terlalu banyak dan kuat, maka peguam sehebat Muhammad Shafee pun gagal menimbulkan keraguan berpatutan bagi membebaskannya.

Di sini, bukan pencurian RM42 juta duit SRC itu sahaja yang perlu diperhitungkan. Tidak kurang pentingnya adalah kesan perbuatan itu terhadap akhlak, ketamadunan dan kewangan negara.

Ia juga mendedahkan sikap tidak peduli Najib dan pastinya bukan contoh serta teladan yang hendak kita tunjukkan kepada anak cucu, apatah pada saat-saat pemimpin Melayu begitu ghairah bercakap tentang maruah, pemerintahan Melayu-Islam dan melaungkan slogan demi agama, bangsa serta negara.

Setelah meminjam sebanyak RM4 bilion daripada tabung pencen kakitangan awam, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), SRC International tidak dapat membuktikan apa-apa projek.

Cuma, kita dimaklumkan ketika perbicaraan Najib bahawa 90 peratus jumlah itu digunakan untuk membeli saham di luar negara, RM250 juta untuk kegiatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Masalahnya, sama ada untung atau rugi, hutang RM4 bilion itu kena dibayar balik kerana itu adalah duit pencen kakitangan awam. Jumlah pinjaman RM4 bilion itu akan menjadi RM9.2 bilion apabila matang. Siapa yang hendak bayar hutang itu? Jawabnya kerajaan, tetapi daripada mana kerajaan hendak dapat duit? Jawabnya daripada rakyat jelata yang bayar macam-macam jenis cukai, yuran, fi dan duti kepada kerajaan.

Kesimpulannya, sama ada Najib akhirnya masuk penjara atau tidak kerana beliau sedang merayu hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya, rakyat jelata sudah pun mula menanggung beban yang ditinggalkan. Inilah musibah mempunyai pemimpin yang tidak amanah. Wallahuaklam.

*Datuk A Kadir Jasin ialah Tokoh Wartawan Negar
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/100854/KOLUMNIS/Kita-sudah-mula-pikul-beban-SRC
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,891
Reaction score
1,688
Points
151
Bossku kelihatan tidak menyesal mungkin sbb da jd habit nya atau kesilapan drp dap

tp tuan hakim patut lebih terperanjat melihat Lobai2 yg beragama islam turut menyokong kelakuan bosku :ROFLMAO:
 
stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,623
Reaction score
185
Points
43
dengan kes telowong mana lagi teruk? kui3
adui hg ni.tak payah la nak lari tajuk... kalau penyokong najib sekali pun, kena la terima kenyataan siapa salah,siapa betul.. bab terowong tu, bia mahkamah tentukan..kita ni tengok sambil makan super ring.tak payah nk melenting bagai..tak dak pekdah pun..unless memag ada kepentingan la....huhuhuhu
 
stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,623
Reaction score
185
Points
43
Bossku kelihatan tidak menyesal mungkin sbb da jd habit nya atau kesilapan drp dap

tp tuan hakim patut lebih terperanjat melihat Lobai2 yg beragama islam turut menyokong kelakuan bosku :ROFLMAO:
hahahahh.ah.h.h.h.hahahahahha.. pulak dah.... tak harian la zaman sekarang ni..macam bosku cakap la, cash is king....
 
aeolian

Active+ Member
Joined
Jul 30, 2010
Messages
3,345
Reaction score
161
Points
48
adui hg ni.tak payah la nak lari tajuk... kalau penyokong najib sekali pun, kena la terima kenyataan siapa salah,siapa betul.. bab terowong tu, bia mahkamah tentukan..kita ni tengok sambil makan super ring.tak payah nk melenting bagai..tak dak pekdah pun..unless memag ada kepentingan la....huhuhuhu
ayat nak menganjing geng penjilat najib je tu. perangai diorang mcmtu la, org duk sibuk kes yang dah terbukti bersalah, tapi diorang akan upkan kes lge yang belum tentu betul, pastu kalo lge confirm tak bersalah pasni semua lari masuk gua.
 
stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,623
Reaction score
185
Points
43
ayat nak menganjing geng penjilat najib je tu. perangai diorang mcmtu la, org duk sibuk kes yang dah terbukti bersalah, tapi diorang akan upkan kes lge yang belum tentu betul, pastu kalo lge confirm tak bersalah pasni semua lari masuk gua.
ooooo...hikhikhik....ya ya.....
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,891
Reaction score
1,688
Points
151
ULASAN | Surat terbuka buat bekas rakan-rakan dalam PAS
Salam dan sejahtera buat bekas rakan-rakan dalam PAS sekalian! Meskipun genap lima tahun kita berada dalam wadah perjuangan yang berbeza, pada hakikatnya, kita masih lagi bersahabat. Jiwa-jiwa kita bertaut dalam memperjuangkan lslam yang indah dan adil.

Rasulullah (SAW) berpesan (maksudnya): “Agama itu nasihat.” Dalam rangka anjuran itu, saya bagi mewakili rakan-rakan menulis surat terbuka (ST) ini, buat renungan dan tindakan sahabat-sahabat dalam PAS.

Sekian lama berhajat menasihati kalian. Amat rumit untuk ditulis. Jutaan maaf, namun atas pesanan lisan Nabi Junjungan di atas, saya teruskan.

Andainya tuan-tuan setuju dengan syor saya, maka tuan-tuan wajar segera menasihatkan pimpinan tertinggi PAS.

Andainya mereka enggan mengambil tindakan atas syor-syor tuan-tuan, maka tuan-tuan punya pilihan untuk tindakan susulan.

Untuk pendekkan ST ini, saya akan hanya fokus satu isu sahaja. Kalau dizinkan Allah, saya akan tulis ST ini bersiri.

Tentunya pimpinan PAS boleh berhujah 'merasional' pelbagai tindakan mereka, khasnya Tuan Guru Presiden (TGP). Biar wujud satu wacana, baik sekali.

ST pertama ini merungkaikan mengapa PAS mengekalkan sikap menyokong pimpinan Tertinggi Umno, sekali gus Umno itu sendiri (sehingga tertubuhnya gabungan Muafakat Nasional).

Saya mengajak ahli-ahli dan ulama PAS di peringkat akar-umbi, untuk memikirkan tentang pendirian TGP dan timbalan presiden PAS (TPP), terhadap Najib Razak (NR) serta Zahid Hamidi (ZH), mantan dan presiden Umno, sekali gus Umno itu sendiri.

Sangat 'menakjubkan' tindakan TGP, TPP serta pimpinan yang lain (seperti dalam gambar), yang masih menyokong NR setelah jelas hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohammad merakamkan “tiada sebarang merit meragui apa yang dilakukan tertuduh”, lantas mensabitkan kesalahan tujuh pertuduhan - pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram - melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

NR dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta. Dalam penghakiman penuh setebal 801 muka surat, yang diterbitkan beberapa hari lalu, hakim merakamkan jenayah-jenayah ini sebagai “yang paling teruk” melibatkan individu tertinggi dalam kerajaan.

Sementara menyebutkan bahawa NR tidak menunjukkan penyesalan terhadap pertuduhan, hakim juga merakamkan “sesungguhnya adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan”!

Apabila pimpinan bersahaja...

Untuk rekod, NR masih berdepan dengan pertuduhan melibatkan 42 lagi pelbagai jenayah kewangan lain.

Apabila TGP, TPP dan pimpinan PAS amat bersahaja, setelah keputusan disabitkan, apakah ahli dan ulama PAS di peringkat akar-umbi, hanya mampu berdiam diri?

Mereka boleh tidak menegur pimpinan di peringkat awal, berdasarkan kaedah qawaid fiqqiyah “tidak bersalah kecuali disabit kesalahan”, atas apa jua sebab atau kepentingan.

Namun, setelah dijatuhkan hukuman ke atas NR, maka tidak layak lagi sesiapa pun untuk berbaik sangka dan meneruskan sikap lama, seperti yang ditunjukkan pimpinan tertinggi PAS. Lalu ahli dan pimpinan ulama akar-umbi perlu menasihatkan pimpinan PAS dengan surah Al- Maidah, ayat 2: “Janganlah kamu tolong menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

Paling tidaknya, TGP dan TP PAS, wajar menasihatkan NR untuk insaf dan menyatakan penyesalan atas kesalahan-jenayah yang telah dilakukannya, sebagai jalan pengislahan yang paling murni untuk dirinya dan pendirian ini mestilah diumumkan sebagai pendirian rasmi sebuah parti Islam.

Sebaliknya, apakah tajuk perbualan yang boleh dibayangkan antara NR dan pimpinan PAS dalam pertemuan (gambar) selepas hukuman diputuskan? Adakah pertikaian pensabitan dan rayuan? Wallahualam.

Apakah TGP atau TPP telah nyatakan pendirian secara jujur dan berani kepada NR seterusnya kepada umum dalam berdepan isu yang menuntut kejelasan serta ketegasan prinsip dan keutuhan moral sebuah parti Islam? Dan selepas itu, rencana politik kepartian antara PAS dan Umno, mungkin sahaja boleh diteruskan.

Amat wajar ahli dan ulama PAS akar-umbi mengingatkan pimpinan PAS supaya tidak terjerumus dalam implikasi hadith Rasulullah (SAW) yang masyhur ini.

Ketika ditanya “Apakah asobiyah itu?” Rasulullah langsung menjawab bahawa “Asobiyah itu adalah 'Kamu membantu kaummu dalam berbuat Kezaliman'.”

Persis sekali!

Nah, antara kezaliman, kemaksiatan dan jenayah terbesar, di akhir zaman ini, adalah wujudnya “pemimpin-pemimpin negara yang merompak dan mencuri wang serta khazanah kekayaan negara”. Hari ini jenayah ini disebut dengan istilah modennya, 'kleptokrasi'.

Demi 'kesatuan Melayu-Islam'

PAS, sebagai parti lslam, semestinya mengambil peranan utama dalam memerangi jenayah atau jarimah yang menjejaskan kesejahteraan rakyat dan merosak kemakmuran negara. Anehnya PAS senang dengan parti yang sarat dengan amalan kleptokrasi. Amat ironis sekali.

Pendirian TGP, TPP terhadap NR, dan secara lanjutannya, juga terhadap ZH, memberi erti PAS seolah-olah “bertoleransi bahkan selesa” akan perilaku dan perbuatan jenayah, justeru kerana kesamaan bangsa dan kesatuan agama.

Apakah demi mencapai 'kesatuan Melayu-Islam', PAS jelasnya telah membelakangkan peringatan keras hadith ini.

Apakah doktrin asobiyah secara jahiliah moden ini menjadi amalan ‘real politik' PAS, yang juga semakin hilang perhitungan kompas moral dan nilai akhlak lslamnya? Ahli dan ulama akar-umbi mesti berani mengangkat kritikan ini kepada TGP dan TPP!

Doktrin ini telah melahirkan mutakhir ini, fahaman kepentingan Melayu-lslam sebagai teras kepimpinan negara, walaupun mereka itu jelasnya dari golongan kleptokrat atau perompak-penyamun dan kini pengkhianat. Malang sekali!

Demi kuasa, apakah ini yang didakwa sesetengah PAS telah menganut fahaman al-lbahiyah (fahaman boleh belaka) tanpa sedar, sehingga segalanya boleh ditangguh atau ditunda, demi menjaga kuasa? Kuasa pula tidak dikira dari mana datangnya, sama ada melalui tebuk atap atau pintu belakang - pengkhianatan.

Aduh! Amat jauh sudah inhiraf (penyimpangan) PAS!

Ataukah PAS bermudah bersandarkan akan mana-mana qawaid fiqqiyah mengikut selera politik, seperti akhaafud dhararain (mengambil mudarat yang lebih ringan), kononnya, DAP adalah kemudaratan yang lebih besar, yang perlu dibenteras dan dinyahkan dahulu.

Ahli dan ulama PAS akar-umbi wajib menegur pimpinan tertinggi khasnya TGP, TPP dan Majlis Syura Ulama!

Andainya pimpinan enggan akui, lantas tidak mahu diperbetulkan, maka menjadi kewajipan ahli dan ulama akar-umbi parti, untuk mencari wadah perjuangan yang lebih konsisten dan iltizam.

Semoga ST pertama ini, ditatapi dan direnungi oleh ahli-ahli serta ulama akar-umbi PAS, yang merupakan sahabat-sahabat yang kami kasihi dan kami doakan, agar sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah Azzawajalla.

Akhukum fillah.

DR DZULKEFLY AHMAD ialah pengarah strategi Amanah yang juga mantan pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,731
Reaction score
1,192
Points
201
824655.jpg

1MDB: Jho Low orang kanan Najib, atur keputusan
| | 14 September 2020

Jho Low
A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ialah orang kanan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mencaturkan hal ehwal urusan syarikat 1MDB yang membawa mandat perdana menteri.

Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, saksi pendakwaan ke-10 menyatakan enam alasan mengapa beliau berpendapat sedemikian.

–– ADVERTISEMENT ––

Pertama, katanya pengenalannya dengan Jho Low adalah melalui Datuk Azlin Alias iaitu Ketua Setiausaha Sulit Najib ketika itu jelas menunjukkan bahawa Jho Low ialah orang yang mempunyai akses kepada pasukan kerja di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan membawa mandat perdana menteri.

Kedua katanya, akses Jho Low terus dengan Najib yang beliau pernah nampak beberapa kali ketika beliau mempunyai pertemuan dan perbincangan dengan Najib berhubung 1MDB, Jho Low akan turut sama hadir.

“Saya sahkan kehadiran Jho Low bersama Datuk Seri Najib di beberapa tempat luar negara seperti di New York pada tahun 2013 dan di Abu Dhabi sekitar tahun 2013 dan 2014 apabila saya menghadiri majlis menandatangani (perjanjian) atau bermesyuarat dengan pihak pelabur luar,” katanya dalam penyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Ketiga Mohd Hazem berkata, dalam beberapa mesyuarat tentang 1MDB dengan Najib di rumah bekas perdana menteri itu, beliau melihat Najib berbincang dengan Jho Low terlebih dahulu barulah Najib akan berjumpa dengannya.

“Setelah itu kami bertiga akan bermesyuarat tentang isu 1MDB yang Jho Low memainkan peranan aktif dalam perbincangan tersebut,” katanya.

Keempat, katanya pertemuannya dengan Jho Low adalah melalui Azlin yang diakui sendiri oleh Azlin bahawa Jho Low mewakili perdana menteri dalam 1MDB.

Kelima, katanya Jho Low telah menyusun orang-orang beliau (proksi) dalam 1MDB antaranya ialah Jasmine Loo dan Terence Geh iaitu untuk melantik pengurusan kanan perlulah diluluskan dan diperkenankan oleh Najib terlebih dahulu.

Sebab terakhir katanya Jho Low juga menyusun ahli lembaga pengarah (BOD) yang dipengerusi oleh Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, supaya kesemua aktiviti dalam 1MDB akan mudah diberi persetujuan oleh pihak BOD.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...1MDB-Jho-Low-orang-kanan-Najib-atur-keputusan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register