Skandal 1MDB : Bicara SRC RM42 juta, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

CG Sponsors

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,066
Reaction score
1,381
Points
151
Pentaksub bang non ke hehe
Spe2 je pegang sme je
Yg ad sijil yg xde sijil ke semua sme
Sbb bila dh dpt kuasa
Semua nk jge periuk nasi sndri
Kalo x xde nye skrg berebut nk jwtn
Baek PN atau PH
Ak lg la xyakin kt bang non
Ckp bley la tp bwt nye blom tentu
Nk uruskn parti sndri pn kelam kabut
sy melihat begini bang
Melalui ibrah nabi yusuf
Beliau di buang, di penjara etc

tp akhirnya dpt jawatan tertinggi semula akibat kesabaranya

mana2 pemimpin pun
Najib ke anwar ke
Secara umumnya di putuskan bersalah
Hakikatnya tuhan mengetahui dia tidak bersalah..tidak mustahil yg haq akan di tegakkan semula, tidak mustahil bosku atau anwar mendpt kedudukan yg lebih baik dr hari2 di penjara

sy bukan samakan mereka dgn nabi yusuf ye..cuma ambil contol pengajaran pd org yg tertindas, kalau bersabar tuhan akan belas mereka semula dgn kehidupan yg lebih baik
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,066
Reaction score
1,381
Points
151
Kes 1mdb lg
Ingat melayu
Ingat apa bosku? :D

Najib kembali ke mahkamah untuk perbicaraan kes 1MDB
SELEPAS dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd minggu lalu, Datuk Seri Najib Razak kembali ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan RM2.3 bilion.

Bekas perdana menteri ketujuh itu, yang dibebaskan dengan jaminan RM2 juta dan penyokongnya dilihat memakai pelitup muka sepanjang perbicaraan.

Prosiding hari ini bermula dengan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed meneruskan soal balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 50, yang memberikan keterangan sejak 23 September tahun lalu.

Selepas diajukan beberapa soalan berkaitan pengambilalihan sebuah syarikat tenaga iaitu Mastika Lagenda Sdn Bhd oleh 1MDB, Shahrol Azral bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa urus niaga itu hanyalah satu wayang bagi menipu lembaga pengarah.

"Pada masa itu (2012), saya tidak tahu tetapi kini berdasarkan pengalaman, ya," kata saksi itu.

Mastika Lagenda memiliki 75 peratus saham dalam syarikat Genting Sanyen Power Sdn Bhd (GSP), yang sebelum ini dilaporkan diambil alih oleh 1MDB selepas mendapat persetujuan menyeluruh daripada Najib.

Wan Aizuddin berkata, berdasarkan fakta, tidak ada persetujuan bertulis daripada lembaga pengarah dan Najib, yang ketika itu mewakili Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) untuk meneruskan pengambilalihan Mastika Lagenda.

Beliau berkata, perkara yang sama berlaku bagi tawaran opsyen untuk pengambilan 49 peratus saham ekuiti dalam 1MDB Energy Holdings Ltd, anak syarikat 1MDB.

Shahrol Azral bagaimanapun tetap mengatakan bahawa beliau mendapat persetujuan menyeluruh untuk meneruskannya.

Meskipun beliau diasak berkali-kali mengenai dakwaan bersubahat dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan tokoh lain yang terbabit dalam skandal 1MDB untuk menggelapkan berjuta-juta ringgit daripada syarikat itu, Shahrol Azral tetap mengatakan bahawa beliau tidak terbabit langsung dengan mereka.

Terdahulu, Hakim Collin Lawrence Sequerah bertanya berapa lama lagi pembelaan akan menyoal balas saksi itu dan Wan Aizuddin menjawab dua minggu.

Wan Aizuddin memaklumkan mahkamah bahawa peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan soalan balas terhadap saksi itu esok.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan bersambung esok.
 
mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,404
Reaction score
3,178
Points
201
1MDB: SPRM cuba sekat firma guaman serah RM1.44 bilion

LONDON: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan tuntutan mahkamah di United Kingdom (UK) bagi menghalang sebuah firma guaman di sini melepaskan wang berjumlah AS$40 juta (RM1.44 bilion) dikaitkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Akhbar The Guardian melaporkan, penyiasat British yang terbabit dalam kes rasuah 1MDB mendakwa wang berkenaan berada dalam simpanan firma guaman itu bagi pihak ahli perniagaan, Arab Saudi, Tarek Obaid.

Tarek didakwa turut terbabit dalam skandal 1MDB tetapi dia menafikan semua tuduhan terhadapnya selama ini.

Obaid sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram dan terbabit dalam konspirasi jenayah bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung kes 1MDB

Bulan lalu, SPRM memperoleh perintah interim daripada Mahkamah Tinggi bagi melarang sebarang pergerakan wang RM1.44 bilion itu, yang disimpan firma guaman Clyde & Co LLP (Clyde) di UK, bagi pihak ketiga.

Menurut SPRM, firma guaman terbabit baru-baru ini memohon kebenaran Agensi Jenayah Kebangsaan UK untuk menyerahkan sebahagian wang berkenaan kepada Tarek.

Difahamkan, permohonan itu difailkan bagi membolehkan bayaran dibuat kepada Obaid atau syarikat minyak miliknya.

Minggu lalu, SPRM dan penyiasat di UK yang memfailkan tuntutan mahkamah itu secara bersama, berkata adalah amat penting supaya dana berkenaan dibekukan.

Menurut laporan The Guardian, firma guaman itu enggan menjawab apabila ditanya sama ada wang berkenaan sudah dikeluarkan atau tidak. - AGENSI
 
art_director

Banned
Joined
Jan 20, 2008
Messages
3,606
Reaction score
181
Points
43
member aku yg ulang alik JB-Singapore nak sangat bang non jadi PM..dah x larat pukul 4 pagi lagi kena gerak...saudara aku plak duduk dlm SG lagi teruk..sewa hdb, makan minum, erp lagi..dorang kalau ekonomi Malaysia bagus..xdelah sanggup kerja di SG..
so apa salahnya kalau bang non jadi PM..dia pun ada pengalaman jadi menteri kewangan...bang non selagi x jadi PM dia x boleh buat...Wak Yiddin aku rasa dia pun terlibat dgn rasuah..
Itu kene tanya kepada semua pemimpin tertinggi dikalangan Pakatan harapan kenapa mereka tamau angkat nuar jadi PM
 
mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,335
Reaction score
577
Points
171
maknanya menteri luar arab saudi dan raja arab saudi mmg tidak dipercayai di malaysia...
 
mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,404
Reaction score
3,178
Points
201
Kes IPIC: Tiada tindakan henti prosiding

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan yang diambil buat masa ini bagi menghentikan prosiding mahkamah di London terhadap International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk membatalkan Perjanjian Penyelesaian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan IPIC pada 2017.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata kerajaan sentiasa bersifat terbuka untuk menimbang sebarang penyelesaian jika terdapat tawaran yang sejajar dengan prinsip dan tanggungjawab kerajaan Malaysia, iaitu untuk memastikan aset negara dipulangkan dan pada masa yang sama, keadilan ditegakkan.

"Justeru, perbincangan sentiasa dilakukan antara kedua-dua kerajaan (Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu), termasuk sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan juga kerajaan ketika ini.

"Perbincangan ini hanya membabitkan pegawai kerajaan Malaysia dan UAE tanpa pembabitan mana-mana pihak lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Mei tahun lalu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, memaklumkan Malaysia menerusi 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memfailkan permohonan mendapatkan izin bagi merayu keputusan Mahkamah Dagang London, United Kingdom ke Mahkamah Rayuan.

Katanya, ia susulan keputusan Mahkamah London membenarkan permohonan mendapatkan semula AS$3.5 bilion (RM14.69 bilion) daripada IPIC diputuskan terlebih dahulu menerusi prosiding timbang tara yang tertutup.

1MDB dan MKD pada Oktober 2018 memfailkan permohonan di Mahkamah Dagang bagi mencabar Award Persetujuan yang direkodkan dua pihak dari Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada Mei 2017 dengan IPIC Aabar.

Di bawah Award Persetujuan, Malaysia dikehendaki membayar AS$5.78 bilion (RM24.16 bilion) kepada IPIC dan Pemegang Amanah Bon untuk tempoh lebih lima tahun, disebabkan Malaysia dikehendaki, antara lainnya, mengambil tanggungjawab penuh untuk semua bayaran faedah dan jumlah pokok di bawah dua bon dikeluarkan oleh 1MDB pada 2012 yang dijamin bersama oleh IPIC.
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671

Duit SRC dibelanja untuk anak yatim dan Umno

Kira-kira seminggu selepas didapati bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd (SRC), Najib Razak tampil menegaskan bahawa RM42 juta wang itu digunakan bukanlah untuk tujuan peribadi.

Bekas perdana menteri itu - yang berikrar untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini - menyifatkan ia sebagai “amat tidak adil”.

Dalam video tujuh minit yang dimuat naik lewat malam tadi, Najib mendakwa duit SRC digunakan untuk program kebajikan Umno dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk anak-anak yatim, bukan untuk dirinya sendiri.

“Saya diarahkan untuk membayar denda RM210 juta ke atas RM42 juta yang diterima di mana 99 peratus dibelanjakan untuk tujuan CSR, iaitu RM5 (denda) untuk setiap RM1 yang dibelanja. Dan hakikatnya ianya bukan perbelanjaan peribadi.

“Mahkamah sendiri telah mengesahkan 99 peratus bukan untuk perbelanjaan peribadi.

“Misalnya saksi yang terlibat dalam kes SRC (memberitahu) sumbangan saya sebanyak RM400,000 kepada Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di Pekan untuk kegunaan harian menjaga anak-anak yatim dan kos persekolahan mereka. Dan sebab sumbangan itu saya dihukum denda RM2 juta [...]

“Saya dihukum kerana membuat kebajikan, menjaga anak yatim dan persekolahan mereka,” dakwa Najib.

Perbelanjaan percutian peribadi

Najib turut meluahkan rasa kesal apabila didenda kerana memberikan wang kepada Umno.

“Saya juga dikenakan denda RM3.25 juta kerana pernah menghulurkan sumbangan RM650,000 kepada Umno Johor, Pulau Pinang dan Kedah bagi melaksanakan program kebajikan mereka.

“Banyak lagi contoh perbelanjaaan seperti ini yang bukannya untuk kepentingan peribadi ataupun untuk keselesaan hidup saya, tetapi untuk tujuan rakyat dan untuk parti,” katanya lagi.

Berdasarkan keterangan saksi, sebanyak RM300,000 disalurkan dari akaun Najib ke Umno Johor Bahru, RM1 juta ke Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan RM50,000 kepada ketua Umno Padang Serai Asmade Abu Talib pada 2015.

Semasa perbicaraan, Najib memberitahu mahkamah bahawa caj RM543,530 ke atas kad kreditnya adalah perbelanjaan di sebuah butik mewah di AS, yang dibayar menggunakan dana SRC di dalam akaun banknya.

Dia turut memberi keterangan bahawa caj berjumlah RM127, 017.46 pada kad kreditnya adalah untuk penginapan di sebuah hotel mewah di Bangkok yang menjadi sebahagian daripada “percutian peribadi” pada 2015.

Kata Najib dia bercuti di Thailand selepas memendekkan percutian asal di AS kerana masalah banjir besar yang melanda Malaysia ketika itu.

"Perbelanjaan RM120,000 di Hotel Shangri-La di Bangkok termasuk penginapan untuk saya serta kakitangan sokongan yang menemami saya dalam perjalanan itu, serta perbelanjaan dari poket sendiri," katanya.

Najib kemudian mempertikai kenyataan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak percaya wujudnya derma daripada keluarga diraja Arab Saudi kepadanya, sedangkan - dakwa ahli parlimen Pekan itu - kenyataan-kenyataan saksi menyatakan sebaliknya.

Semasa perbicaraan, pasukan pembelaan Najib berulang kali berhujah bahawa Najib percaya bahawa wang RM42 juta yang diterima dalam akaun banknya antara Dis 2014 hingga Feb 2015 merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pasukan pendakwaan pula berhujah bahawa wang itu berasal daripada pinjaman dana milik Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Tak pernah minta atau tawar rasuah

Dalam penghujahannya, Mohd Nazlan berkata tiada bukti Najib dimaklumkan secara peribadi tentang derma berkenaan, dan dia pun tidak cuba untuk mengesahkan sumber dana yang diterima pada ketika itu.

Hakim itu turut berpandangan wang berkenaan tidak mungkin suatu derma memandangkan ia “muncul tiba-tiba” dalam akaun bank peribadi Najib, betul-betul ketika keadaan memerlukan, selalunya apabila baki akaunnya menjadi sangat sedikit.

Dia berpendapat bahawa pembelaan Najib bahawa dia percaya wang itu adalah derma, tidak lebih sekadar “rekaan yang tak masuk akal” (nothing but an implausible concoction).

Dalam video berkenaan, bekas presiden Umno itu berikrar untuk mencabar keputusan yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya di Mahkamah Rayuan selepas ini.

“Berdasarkan sokongan dan dukungan padu kepada saya serta berdiri teguh atas kebenaran, saya berikrar akan terus berjuang menentang keputusan yang amat tidak adil ini. Saya akan memanfaat sepenuhnya proses rayuan ini dengan penuh keazaman dan saya akan terus berlawan dan berjuang demi rakyat

“Yang pokoknya, saya tak pernah minta mahu pun ditawar RM42 juta sebagai rasuah. Pihak pendakwa raya tak mengemukakan sekelumit bukti pun untuk mengesahkan perkara ini berlaku,” katanya.

Peguam Najib mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi pada 30 Julai lalu.

Mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan, dan memerintahkannya membayar ikat jamin tambahan RM1 juta dengan dua penjamin.

Untuk rekod semasa menjadi perdana menteri, Najib juga bertindak sebagai menteri kewangan dan penasihat emeritus untuk SRC sekali gus merupakan pengerusi ahli Lembaga Penasihat 1MDB.

Pada asalnya, SRC merupakan anak syarikat 1MDB tetapi kemudian dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

4d778a81f417925f287b84015c04ce34.jpg
 
silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,310
Reaction score
901
Points
71

View attachment 267024
Pandai najib spin. hehehe.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register