BTC USD 17,313.5 Gold USD 1,798.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal 1MDB : Bicara SRC RM42 juta, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,216
Joined
Jul 1, 2008
Messages
41,216
Reaction score
4,290
Points
261
Awards
1
#kualalumpur Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, kembali mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam permohonan semakan keputusan kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta, bulan depan.
https://www.hmetro.com.my/.../peguam-muhammad-shafee...

Peguam, Muhammad Shafee kembali wakili Najib​



Muhammad Shafee kembali mewakili Najib Razak. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
Muhammad Shafee kembali mewakili Najib Razak. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Kuala Lumpur: Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, kembali mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam permohonan semakan keputusan kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta, bulan depan.

Pengesahan itu dibuat Muhammad Shafee, ketika sebutan kes pengubahan wang haram RM27 juta dalam tiga akaun AmPrivate Banking milik bekas Perdana Menteri itu, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan hari ini.

"Saya kembali mewakili Najib, meskipun berlaku sedikit 'kekecohan' ketika pendengaran rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, bulan lalu," kata peguam berkenaan.



Mohamed Zaini kemudian secara berseloroh berkata, peguam itu sepatutnya mewakili Ahli Parlimen Pekan terbabit daripada awal.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata, pengurusan kes kali pertama bagi permohonan semakan itu ditetapkan di Mahkamah Persekutuan, pada 21 Oktober depan.

Beliau juga memohon tarikh sebutan baharu bagi kes pengubahan wang haram sementara menunggu pelupusan permohonan berkenaan.
Susulan itu, Muhammad Shafee berkata, tarikh pendengaran semakan belum ditetapkan, namun pihaknya memfailkan notis perakuan supaya tarikh pendengaran kes pengubahan wang haram dapat ditetapkan lebih awal.

"Permohonan notis itu difailkan pada 6 September lalu, ia membabitkan isu asas yang perlu diputuskan segera. Saya jangka permohonan akan didengar pada November ini," katanya.

Justeru, hakim menetapkan 29 November ini bagi satu lagi tarikh sebutan untuk mengetahui perkembangan permohonan semakan Najib.
Pada 25 Julai lalu, Najib menghentikan perkhidmatan Muhammad Shafee dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co, dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Najib kemudian melantik peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama dan Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguamcara baharu.

Bagaimanapun, ketika pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 18 Ogos, Hisyam memohon untuk menarik diri selepas panel lima hakim tidak membenarkan prosiding itu ditangguhkan.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mengendalikan rayuan berkenaan.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim berkata, mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk menolak permohonan itu dan tindakan penarikan diri itu boleh mengganggu kecekapan serta fungsi mahkamah.

Najib sedang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta, atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 6 September lalu, Najib memfailkan semakan terhadap keputusan kes itu.

Pada 8 Februari 2019, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen, atas tiga tuduhan pengubahan wang haram, tetapi kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, Najib didakwa terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhannya RM27 juta, iaitu hasil aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Najib dituduh melakukan semua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan di sini, pada 8 Julai 2014.


Disiarkan pada: September 28, 2022 @ 1:58pm

alasan lowyer kene pecat alasan semata3.. hahahahah
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,309
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,309
Reaction score
20,251
Points
2,866
Awards
1

Aidil Khalid

· 2j ·

Nampak sangat yang Najib hari tu tamatkan perkhidmatan Shafee sebagai peguam untuk kes SRC, cuma sekejap sahaja. Sekadar nak dapatkan penangguhan.

Bila taktik gagal, dan Hakim-Hakim tak layan, dan sekarang dah ke dalam, maka Najib lantik semula Shafee untuk kes sama, kali ini untuk peringkat Semakan (Review) semula kes di Mahkamah Persekutuan tempoh hari.

1f644.png


091599C3-1123-465C-9BDF-FE304C8614BE.jpeg
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,216
Joined
Jul 1, 2008
Messages
41,216
Reaction score
4,290
Points
261
Awards
1

Aidil Khalid

· 2j ·

Nampak sangat yang Najib hari tu tamatkan perkhidmatan Shafee sebagai peguam untuk kes SRC, cuma sekejap sahaja. Sekadar nak dapatkan penangguhan.

Bila taktik gagal, dan Hakim-Hakim tak layan, dan sekarang dah ke dalam, maka Najib lantik semula Shafee untuk kes sama, kali ini untuk peringkat Semakan (Review) semula kes di Mahkamah Persekutuan tempoh hari.

1f644.png


091599C3-1123-465C-9BDF-FE304C8614BE.jpeg

pencen je la ajdi lowyer.. pi join politaik.. kot2 melayu ramai undi leh jadi yb
 

hero_99

Fun Poster
Messages
200
Joined
Jun 28, 2011
Messages
200
Reaction score
92
Points
30
tak sabar nak tgk macai penjilat najib komen apa pasal ni. huhu
 
Sponsored Post

Top
Log in Register