BTC USD 19,300.8 Gold USD 1,809.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siti Safiah ingin menebus dosa lalu

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,522
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,522
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pemain boling remaja negara, Siti Safiah Amirah Abdul Rahman menetapkan sasaran untuk berada di tempat ketiga pada Kejohanan Boling Dunia di Melaka yang akan bermula 14 Nov depan.

Siti Safiah, 18, berkata ketika mengambil bahagian pada kejohanan yang sama di Venezuela pada tahun lepas, beliau hanya mampu berada di tempat kesepuluh dan berharap mampu meningkatkan pencapaian di Melaka nanti.

"Saya harap penampilan kali kedua ini akan lebih mantap dan dapat menebus kekecewaan sebelum ini.

"Kali ini saya lebih bersedia dan akan memberi lebih tumpuan kepada perlawanan," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Pemain muda itu berkata beliau akan cuba bermain dengan baik dan akan cuba mengelak daripada melakukan kesilapan ketika beraksi.

"Untuk menjadi juara dunia adalah agak mustahil kerana ramai pemain yang lebih hebat terutamanya dari Singapura, England dan Australia akan mengambil bahagian pada kejohanan tersebut," katanya.

Beliau berkata naib juara edisi lepas, Ann Maree Putney dari Australia dijangka turut sama mengikuti kejohanan di Melaka nanti.

"Ianya merupakan satu cabaran hebat yang perlu saya atasi, apa pun saya akan cuba lakukan persembahan yang terbaik," katanya.

Selain daripada Siti Safiah seorang lagi pemain boling negara yang akan menyertai kejohanan itu ialah Zulmazran Zulkifli yang merupakan penyandang tempat ketiga bagi kategori lelaki Kejohanan Boling Dunia di Venezuela pada tahun lepas.

-- BERNAMA


semoga beliau dpt menebus dosanya :))
 
Sponsored Post

xzoss

Active Member
Messages
1,218
Joined
Aug 28, 2008
Messages
1,218
Reaction score
35
Points
30
menebus kekecewaan lah... dosa apanya pulak... nak kena rotan gamaknya tu
 

irsaffy

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,957
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
fuhhh..aku igtkan safiah pelajar genius tu...
 

kancil biru

Legendary Member
gem
Messages
11,641
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
aku punya la semagat nk tahu dosa lalu dia.....
 

gandaduit

Super Active Member
Messages
8,487
Joined
Mar 26, 2008
Messages
8,487
Reaction score
38
Points
80
cis dosa kalah rupanya...cis cis cis!
 
Sponsored Post

Top
Log in Register