BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,665.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siti Nurhaliza dinasihatkan mufti tunda konsert, hormati Ramadan

Dunia Akhir Zaman
=====
1. Laman The Reporter melaporkan kenyataan Mufti Pulau Pinang yang memohon maaf kerana memberikan teguran tulus berkaitan konsert yang bakal diadakan hampir dengan waktu ketibaan bulan Ramadan.
2. Melihatkan poster berikut, teringat kita pada sabda Rasulullah yang berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa, mereka yang berpegang teguh dengan agama ini berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api. Sabda Rasulullah:
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ
“Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.” (HR al-Tirmizi)
3. Bahkan di dalam hadis yang sahih, Islam akan dilihat asing, mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam semakin sedikit dan dilihat aneh. Sabda Rasulullah:
بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيباً، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً، فَطُوبى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (HR Muslim)
4. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam al-Nawawi menggambarkan bahawa mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam akan dilihat asing dan semakin sedikit seperti permulaannnya dahulu. Bahkan mereka dianggap aneh dan pelik, tidak selari dengan perkembangan semasa, malah dilihat kolot atau ekstremis.
5. Dalam lafaz al-Imam al-Tabrani, para sahabat bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan asing tersebut? Lalu Rasulullah menjawab:
الذين يصلحون حين فساد الناس
(Yang dilihat asing tersebut adalah) mereka yang cuba melakukan Islah (penambahbaikan) ketikamana rosaknya manusia.
6. Hari ini kerosakan dalam urusan agama banyak yang berlaku. Sebahagian Muslim melihat tidak mengapa dengan hiburan yang melalaikan, norma-norma LGBT serta pemikiran Liberal yang menyesatkan.
7. Anehnya mereka yang berpegang erat pada panji al-Quran dan Sunnah pula dilihat tidak kena. Begitulah sunnah para pejuang agama dalam menyampaikan dakwah.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
 
Sponsored Post

aduhai, sampai tahap gini Mufti minta maaf atas nasihat yg dia berikan
tak sanggup saya kalau gini jadinya Mufti minta maaf, profusely
sungguh sungguh tu mufti minta maaf
tak sanggup saya tengok mufti gi minta maaf dengan penyanyi pulak tu
tolonglah

mufti bagi saya mempunyai kedudukan terhormat
dah la dia pakar dlm bidang dia
dengan tingkah laku dan adab pun sudah tentu lagi tinggi dari orang biasa
pastu pemerhatian dia dlm bidang agama melangkaui pemerhatian kita orang biasa


kenapa sampai jadi begini caranya
 

Kin Sulong

·

Rasanya tak patut ni.
Teguran Mufti tu, dah cantik dah.
Dengarlah nasihat Mufti. Beliau bercakap atas dasar ilmu dan cakna.
Jangan pulak ada yang kata, konsert Coldplay takpe pulak.
Kalau gitu, sampai bila-bila teguran takleh dibuat sebab benda pincang ni takkan habis.
Kesian agamawan zaman sekarang. Nak bercakap pun, kena pilih sapa nak ditegur. Silap tegur, inilah jadinya. Auto tak minat CT dah. Sorry
1f614.png
1f614.png
1f614.png

#Membebelsayang

1705973250748.png
 

'Tak salah mufti minta maaf kepada artis' - Wan Salim​

2509873.jpg

Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor



GEORGE TOWN - "Tak salah pun mufti minta maaf kepada artis atau sesiapa sahaja."

Demikian ulasan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung tegurannya terhadap penganjuran 'Konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza' yang dirancang akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada Mac depan.

Wan Salim berkata, banyak pihak yang memberi pandangan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas membuat teguran secara terbuka sebelum ini.

"Ramai komen menyatakan saya tak perlu mohon maaf kepada Siti Nurhaliza kerana menegur beliau secara terbuka berhubung konsert beliau yang akan berlangsung pada tarikh yang amat hampir dengan bulan Ramadan.

"Bagi mereka, apa yang saya tegur itu betul maka tidak perlu meminta maaf. Bagi saya, tidak salah pun mufti minta maaf kepada artis atau sesiapa saja kerana kita manusia biasa tidak maksum.

"Kita tak boleh yakin bahawa apa yang kita kata itu betul di sisi ALLAH SWT. Hanya kita fikir betul, tetapi hanya berdasarkan pertimbangan ijtihad kita saja yang boleh betul dan boleh salah," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah beliau, walaupun teguran dibuat oleh seorang mufti, ia tidak semestinya menunjukkan bahawa seseorang mufti itu lebih baik daripada artis.
2509872.jpg


Wan Salim sebelum ini memberitahu beliau menegur secara ikhlas demi kebaikan umat Islam, bukan untuk mencari populariti atau apa-apa kepentingan diri.

"Pada pandangan manusia, mufti lebih baik daripada artis. Tapi manalah kita tahu, entah-entah di sisi ALLAH jadi sebaliknya. Jadi tak salah minta maaf.

"Saya harap warganet tak payah panjang-panjangkan isu ni. Hentikan polemik. Berbaik sangka sesama hamba ALLAH SWT. Tak ada manusia yang sempurna selain rasul," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Siti Nurhaliza dinasihatkan agar menunda ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini kepada satu tarikh lain.

Dalam satu saranan, Wan Salim berkata, mengadakan aktiviti hiburan menjelang bulan Ramadan seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati ALLAH.

Bagaimanapun, Wan Salim akui bahawa beliau tidak mendapat informasi penuh berkenaan konsert penyanyi nombor satu negara itu.


 
mestilah mufti kata takde masalah dan takde salah pun mufti minta maaf dengan artis

tapi cubalah kita orang biasa ni tengok
sapa lah yg lebih tinggi kedudukan dari segi agama, mufti ke atau artis

mufti tu pun kalau dia bagi nasihat pun adalah menurut kepakaran dia dlm agama
takkan lah mufti nak bagi pandangan dalam bidang nyanyian dan hiburan pulak

alahai
nak lagi tekan mufti biar dia kata takde masalah mufti merendah diri dengan artis dan minta maaf ke
aduhai

yelah, berbanding dengan artis tersohor, siti nurhaliza, apalah sangat kedudukan mufti kan
dibuatnya agar mufti rasa terpanggil kena minta maaf dengan artis

ni zaman kebebasan agaknya
mufti pun mungkin takde nilai dah nasihatnya kalau vs artis tersohor
 
Last edited:
mestilah mufti kata takde masalah pun mufti minta maaf dengan artis

tapi cubalah kita orang biasa ni tengok
sapa lah yg lebih tinggi kedudukan dari segi agama, mufti ke atau artis

mufti tu pun kalau dia bagi nasihat pun adalah menurut kepakaran dia dlm agama
takkan lah mufti nak bagi pandangan dalam bidang nyanyian dan hiburan pulak

alahai
nak lagi tekan mufti biar dia kata takde masalah mufti merendah diri dengan artis minta maaf
aduhai

yelah, berbanding dengan artis tersohor, siti nurhaliza, apalah sangat kedudukan mufti kan
buatlah apa saja agar mufti rasa terpanggil kena minta maaf dengan artis

ni zaman kebebasan agaknya
mufti pun mungkin takde nilai dah nasihatnya kalau vs artis tersohor
Skrg nk komen lebih pun x blh, akhirnya kita jgk kena kecam blk dgn pentaksub artis ni...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register