BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siti Nurhaliza dinasihatkan mufti tunda konsert, hormati Ramadan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
16,414
Joined
Dec 6, 2010
Messages
16,414
Reaction score
1,050
Points
201
7133.jpeg

BELUM reda kemurungan peminat yang terlepas tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, timbul pula saranan daripada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berhubung penganjuran acara mega bertarikh 9 Mac tersebut.

Dalam kenyataannya, Wan Salim berharap penghibur tersohor itu dapat menganjakkan konsert berkenaan ke tarikh lain iaitu bukan beberapa hari menjelang 1 Ramadan yang jatuh pada 12 Mac.
 
Sponsored Post

‘Saya ikhlas tegur, bukan cari populariti’​




lead-mugshot.jpg
Wan Salim

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor mengakui yang tegurannya berhubung ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’, baru-baru ini adalah ikhlas demi kebaikan umat Islam dan bukannya untuk mencari populariti atau kepentingan diri.

Menurutnya, beliau hanya memberi pandangan peribadi sahaja berdasarkan pertimbangan yang menyeluruh dan bukannya sekadar ingin mencapai kepentingan segera, mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani.

“⁠Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu Muslim atau bukan Muslim.

“Ini adalah kerana mufti bukanlah seorang yang maksum atau terpelihara daripada kesalahan. Pandangan mufti bukan seperti ayat al-Quran atau hadis sahih yang tidak boleh dibantah oleh mana-mana penganut agama Islam,” katanya.

Beliau berkata, terserah kepada pihak bersangkutan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberikan atau menolaknya berdasarkan pertimbangan masing-masing.

“Saya akui bahawa ia dianjurkan dengan niat yang murni dan ikhlas. Tetapi isu sebenarnya yang menjadi fokus saya terhadap konsert berkenaan ialah tarikhnya yang tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan bulan Ramadan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, beliau amat berterima kasih kepada Pihak Yayasan Nurjiwa kerana sudi memberi penjelasan yang terperinci tentang tujuan penganjuran konsert untuk mengutip dana bagi menampung beberapa kluster kerja kebajikan termasuk bantuan khas kepada rakyat Palestin.

“Pada pandangan saya, mengadakan konsert pada hari-hari menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpu perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

“Sepatutnya dalam waktu sedemikian umat Islam digalakkan untuk membuat persiapan rohani secukupnya bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia tersebut,” ujarnya.

Jelasnya lagi, beliau sememangnya amat berlapang dada tentang hiburan dan aktiviti seni umumnya.

“Bagi saya agama Islam sebagai cara hidup yang selari dan seraksi dengan keadaan semula jadi manusia (fitrah) tidak mungkin menentang hiburan dan kesenian yang bersih (al-funun al-bari’ah), asalkan ia tidak mendorong kepada maksiat dan tidak melalaikan daripada kewajipan kepada Allah dan kepada sesama manusia.

“Inilah pendirin saya yang konsisten walaupun saya tahu ada sebahagian ulamak yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram dan berdosa,” tambahnya.

Dalam pada itu, Wan Salim turut memohon maaf kepada Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran yang dibuat secara terbuka itu menimbulkan polemik yang tidak dijangka sama sekali. -KOSMO! ONLINE

 

Pandangan mufti tak mengikat umat Islam – Wan Salim​



IMG_7676-681x504.jpeg

GEORGE TOWN – “Saya tidak sama sekali mempertikaikan tentang niat atau tujuan di sebalik penganjuran konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza sebaliknya fokus saya hanya berkaitan tarikh konsert yang terlalu hampir dengan bulan Ramadan”.

Itu penjelasan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Menurut beliau, mengadakan konsert pada hari menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpukan perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

Beliau berkata, sepatutnya dalam waktu sedemikian, umat Islam digalakkan untuk membuat persiapan rohani secukupnya bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia.

“Bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi serta mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera.

“Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu muslim atau bukan muslim.

“Ini kerana mufti bukanlah seorang yang maksum atau terpelihara daripada kesalahan dan pandangan mufti bukan seperti ayat al-Quran atau hadis sahih yang tidak boleh dibantah oleh mana-mana penganut agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Salim, tegurannya secara ikhlas demi kebaikan umat Islam bukan untuk mencari populariti atas kepentingan diri.

“Terserahlah kepada pihak berkaitan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberikan atau menolaknya berdasarkan pertimbangan masing-masing.

“Cuma perlu diketahui, sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat.

“Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas sahaja tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat,” katanya.

Dalam masa sama, Wan Salim turut mengambil peluang untuk menerangkan bahawa beliau amat berlapang dada tentang hiburan dan aktiviti seni umumnya.

“Bagi saya, agama Islam sebagai cara hidup yang selari dan seraksi dengan keadaan semula jadi manusia (fitrah) tidak mungkin menentang hiburan dan kesenian yang bersih (al-funun al-bari’ah) asalkan ia tidak mendorong kepada maksiat dan tidak melalaikan daripada kewajipan kepada Allah dan kepada sesama manusia.

“Inilah pendirian saya yang konsisten walaupun saya tahu ada sebahagian ulama yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram serta berdosa.

“Akhir kalam, menyedari kekerdilan diri sebagai seorang hamba Allah saya dengan segala keinsafan memohon maaf kepada Datuk Seri Siti NurHaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran saya itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan polemik yang tidak dijangka,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan penyanyi terkemuka tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza nekad meneruskan penganjuran konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan.

Menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti iaitu Yayasan Nurjiwa, pihaknya menjelaskan tujuan utama konsert diadakan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan teguran Mufti Pulau Pinang agar Siti Nurhaliza menunda konsert solo yang dijadualkan pada 9 Mac depan sebagai menghormati ketibaan bulan Ramadan. – MalaysiaGazette


 

Konsert Siti Nurhaliza: 'Saya tegur ikhlas, terserah kepada penganjur' - Mufti​

2507737.jpg


GEORGE TOWN - "Saya menegur secara ikhlas demi kebaikan umat Islam, bukan untuk mencari populariti atau apa-apa kepentingan diri," kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata demikian susulan kenyataannya sebelum ini terhadap isu penganjuran konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza yang dirancang akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada Mac depan.

Menurutnya, beliau hanya memberi pandangan peribadi sahaja berdasarkan pertimbangan yang menyeluruh, bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera tetapi mengambil kira juga kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu Muslim atau bukan Muslim.

"Ini adalah kerana mufti bukanlah seorang yang maksum atau terpelihara daripada kesalahan. Pandangan mufti bukan seperti ayat al-Quran atau hadis sahih yang tidak boleh dibantah oleh mana-mana penganut agama Islam,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Wan Salim turut berterima kasih kepada Pihak Yayasan Nurjiwa kerana sudi memberi penjelasan yang terperinci tentang tujuan penganjuran konsert tersebut iaitu mengutip dana untuk menampung beberapa kluster kerja kebajikan termasuk bantuan khas kepada rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan hidup akibat serangan ganas penjajahan Israel.

"Saya akui bahawa ia dianjurkan dengan niat yang murni dan ikhlas. Tetapi isu sebenarnya yang menjadi fokus saya terhadap konsert berkenaan ialah tarikhnya yang tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan bulan Ramadan," katanya lagi.

Beliau berpandangan, mengadakan konsert pada hari-hari menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpu perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

Tegasnya, sepatutnya dalam waktu sedemikian umat Islam digalakkan untuk membuat persiapan rohani secukupnya bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia tersebut. ⁠

"Terserah kepada pihak bersangkutan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberikan atau menolaknya berdasarkan pertimbangan masing-masing.

"Saya menegur secara ikhlas demi kebaikan umat Islam, bukan untuk mencari populariti... Cuma perlu diketahui bahawa sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat.

"Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas sahaja tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat,"tambahnya.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang itu turut menerangkan pendiriannya yang amat berlapang dada tentang hiburan dan aktiviti seni umumnya.

"Bagi saya agama Islam sebagai cara hidup yang selari dan seraksi dengan keadaan semula jadi manusia (fitrah) tidak mungkin menentang hiburan dan kesenian yang bersih (al-funun al-bari’ah), asalkan ia tidak mendorong kepada maksiat dan tidak melalaikan daripada kewajipan kepada Allah dan kepada sesama manusia.

"Inilah pendirian saya yang konsisten walaupun saya tahu ada sebahagian ulama yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram serta berdosa," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dinasihatkan agar menunda ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini kepada satu tarikh lain.

Dalam satu saranan, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, mengadakan aktiviti hiburan menjelang bulan Ramadan seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati ALLAH.

Bagaimanapun, Wan Salim akui bahawa beliau tidak mendapat informasi penuh berkenaan konsert penyanyi nombor satu negara itu.

 
Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf Dekat Tok Ti – ‘Hanya Beri Pandangan Kerana Konsert Terlalu Hampir Dengan Ramadan’

Amirul Asraf


Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, beliau tidak sama sekali mempertikaikan mengenai niat atau tujuan di sebalik penganjuran konsert ‘Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’.





Mohon maaf



Menurut Dr Wan, beliau hanya fokus berkaitan tarikh konsert yang terlalu hampir dengan bulan Ramadan. Bagi beliau, mengadakan konsert pada hari menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpu perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

Sepatutnya dalam waktu sedemikian umat Islam digalak bagi membuat persiapan rohani secukupnya untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia itu.

Walau bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi serta mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani, bukan sekadar ingin mencapai kepentingan segera.

Berbicara lebih lanjut, Dr Wan memberitahu, beliau ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu Muslim atau bukan Muslim.

Ia berikutan mufti bukanlah seorang maksum atau terpelihara daripada kesalahan dan pandangan mufti bukan seperti ayat al-Quran atau hadis sahih yang tidak boleh dibantah mana-mana penganut agama Islam.


Katanya, teguran itu adalah secara ikhlas demi kebaikan umat Islam, bukan bagi mencari populariti atas kepentingan diri.

Jadi terserah kepada pihak berkaitan dan orang ramai sama ada mahu menerima pandangan yang diberi atau menolak berdasarkan pertimbangan masing-masing.

Cuma perlu diketahui, sesuatu amalan atau tindakan seseorang Muslim dinilai di sisi Allah SWT berdasarkan niat yang ikhlas daripada pelakunya dan betul pula caranya mengikut syariat.

Ini bermaksud tidak memadai melakukan sesuatu hanya dengan niat yang baik dan ikhlas saja, tetapi caranya juga mestilah sesuai dengan hukum syariat.

Dalam masa sama, Dr Wan turut mengambil peluang bagi menerangkan bahawa beliau amat berlapang dada mengenai hiburan dan aktiviti seni umumnya.

Inilah pendirian saya yang konsisten walaupun tahu ada sebahagian ulamak yang berpandangan bahawa hukum nyanyian dan muzik adalah haram dan berdosa.

Akhir kalam, menyedari kekerdilan diri sebagai seorang hamba Allah, saya dengan segala keinsafan memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan polemik yang tidak jangka.

Sebelum ini, penyanyi nombor satu negara itu nekad meneruskan penganjuran konsert berkenaan yang dijadualkan berlangsung tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan.

Menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti Nurhaliza iaitu Yayasan Nurjiwa, pihaknya menjelaskan tujuan utama konsert diadakan bagi mengumpul dana untuk disalur kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan teguran Wan Salim supaya Siti Nurhaliza menunda konsert solo yang dijadualkan pada 9 Mac depan sebagai menghormati ketibaan Ramadan.

Sumber: Harian Metro
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register