BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siti Khadijah dan Otto Pilih Zoo Negara Rai Hari Bahagia

Md Hanif

Fun Poster
Messages
195
Joined
Jun 13, 2023
Messages
195
Reaction score
11
Points
15
05d9029088fc05692b78059b865dbb9a66a4db366a938


79abe52d06c9cd82dfdb492236476f5766a4db5a6b324

bfc1565433cdabba2619baaefacc391e66a4dafaa7f5d


Tidak ubah seperti di set filem, apabila ketibaan pasangan mempelai di sebuah majlis perkahwinan di sini didahului oleh sekawan burung botak sebagai “flower girls”.

Demikianlah antara keunikan majlis walimatulurus personaliti televisyen Siti Khadijah Jaafar dan juruhebah Traxxfm Otto Md Tahir @ Othman yang berlangsung buat julung kali di Zoo Negara hari ini.

Bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, tetamu tidak hanya datang meraikan pasangan pengantin tetapi juga berpeluang “beramah mesra” dengan bermacam haiwan jinak, antaranya ular sawa albino serta pelbagai spesies burung dan arnab yang ditempatkan di ruang zoo mini, bersempena dengan majlis itu.

Siti Khadijah yang lebih mesra disapa Khaty, menyifatkan majlis perkahwinannya hari ini sebagai kenangan yang akan segar di ingatan pada sepanjang hayatnya dan suami.

“Kami berdua pencinta haiwan, jadi, apabila Zoo Negara menawarkan peluang untuk kami mengadakan majlis perkahwinan di sini, kami tidak teragak-agak untuk bersetuju,” katanya kepada Bernama.

Khaty dan Otto juga teruja apabila berkesempatan beramah mesra dengan pengunjung zoo hari ini dalam persalinan pengantin berwarna keemasan selepas tamat acara potong kek, selain berpeluang memberi makanan kepada haiwan di zoo, termasuk “Oyen” - kucing berbulu jingga yang kini menjadi bintang utama di kepungan capybara.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register