dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120

Hubungan aktres Siti Fazurina Mohd Famir dan ibunya, Zubaidah Abu Bakar dikatakan telah renggang selepas perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Hykal Zulkifli tidak mendapat restu dan dia turut membelakangi keluarga ketika bernikah pada Disember 2012.
Kini lebih setahun berlalu, Fazurina atau mesra disapa dengan panggilan Nina masih enggan mengulas tentang hubungan mereka tetapi berharap ia akan menjadi lebih baik.
"Hubungan kami OK, insyaAllah. Nina tidak mahu bercakap panjang mengenai perkara ini kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Apa yang Nina boleh cakap, ia menuju ke arah yang baik.
"Apa yang terjadi sudah cukup menyedarkan Nina. Setiap orang ada melakukan kesilapan dan kesalahan. Nina tahu dan sedar sudah melakukan perkara yang salah, tetapi berkat kesabaran kekuatan yang Allah berikan, Nina mengharapkan hubungan baik dengan keluarga," ujarnya
Pada 20 Disember 2012, Nina dan Hykal telah melangsungkan majlis perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Bagaimanapun aktres berusia 32 tahun ini dipercayai memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali, sedangkan dia mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak menjadi walinya.
Pada 26 Mac tahun lalu, Zubaidah mengesahkan pasangan itu dinikahkan buat kali kedua berwalikan adik kandung Nina, Mohd Firdaus Mohd Famir selepas Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang mendapati perkahwinan pertama mereka tidak sah mengikut hukum syarak.
Dalam perkembangan lain, Nina menafikan sudah meninggalkan dunia lakonan sebaliknya memberitahu dia lebih selektif dalam menerima tawaran memandangkan dirinya kini sudah berhijab.
Selain daripada itu, dia turut berjinak-jinak dalam dunia perniagaan busana muslimah atas talian iaitu Nina Fazurina Collection sejak awal tahun lalu. Malah dia merancang untuk membuka butik di Busana Mall dalam masa terdekat.
http://www.cari.gold/2014/10/siti-fazurina-harap-hubungan-dengan.html