BTC USD 45,455.2 Gold USD 1,866.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siti Fairuz tuntut mutaah RM200,000

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
SHAH ALAM 26 Nov. – Penyanyi popular tahun 1980-an, Siti Fairuz yang terkenal dengan lagu ‘Bila Rindu Ku Sebut Namamu’ hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk menuntut mutaah (saguhati selepas perceraian) daripada bekas suaminya RM200,000.

Siti Fairuz atau nama sebenarnya Siti Fairus Sheikh Mohamed, 44, selaku plaintif menamakan Muhamad Zainuddin Kordi, 45, sebagai defendan turut memfailkan permohonan untuk menuntut harta sepencarian iaitu 10 harta alih dan tidak alih yang dibeli sepanjang tempoh perkahwinan.

Permohonan yang difailkan oleh peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan, pada pukul 3.30 petang di pejabat pendaftaran mahkamah tersebut. Menurut Fakhrul, kes akan disebut pada 16 Disember ini di bilik majlis sulh mahkamah tersebut.

Penyanyi itu berkahwin dengan Mohamad Zainuddin yang bertugas sebagai pembantu teknik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada tahun 1988 dan hasil perkongsian hidup selama kira-kira 20 tahun, mereka dikurniakan lima cahayamata.

Pada 14 Julai lalu, Siti Fairuz disahkan bercerai secara taklik dengan Muhamad Zainuddin pada Mac lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya mensabitkan taklik yang dilafazkan suaminya pada tahun 1993.

Lafaz yang berbunyi: ‘‘Kalau you nyanyi lagi, jatuh talak.’’ Mahkamah mendapati taklik kira-kira 15 tahun lalu dibuat dengan niat menceraikan Siti Fairuz.

Penyanyi itu dikatakan melanggar taklik tersebut apabila menyanyi di Pentas Lanai Seni di sini kira-kira pukul 8.30 malam, 30 Mac lalu.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan mengikut peruntukkan Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, Siti Fairuz menyatakan, sepanjang tempoh perkahwinan dia banyak berkorban untuk kebaikan defendan dan kebahagiaan rumahtangga.

Suri rumah sepenuh masa itu mendakwa, dia sanggup berkorban atas kehendak defendan supaya berhenti daripada dunia hiburan di saat popularitinya meningkat dan ketika itu dia meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan.

Bagi plaintif, pengorbanannya tidak dihargai apabila defendan menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan Indonesia yang berakhir dengan perkahwinan tanpa pengetahuannya.

Plaintif sehubungan itu memerlukan mutaah bagi membolehkan dia berdikari untuk menguruskan kehidupan bersama anak dengan baik dan sempurna.

Bagi tuntutan harta pula, plaintif memohon mahkamah mengisytiharkan 10 harta alih dan tidak alih sebagai harta sepencarian. Harta tersebut hendaklah dijual dan hasil jualan setelah ditolak hutang hendaklah dibahagikan sama rata antara plaintif dan defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif menuntut sebuah rumah teres di Damansara, Subang Indah dan sebidang tanah setiap satunya di Tiara Beach Resort di Negeri Sembilan, Bukit Merah Laketown di Perak serta Lot 57 di Damansara.

Beliau turut menuntut sebuah apartmen dan seunit pangsapuri di Bandar Sri Damansara, sebuah rumah di Mutiara Damansara, sebidang tanah di Sungai Buloh dan Damansara serta sebuah rumah lagi di Seksyen 24, Shah Alam.

Alamak bro Zainudin...lama dah kita tak lepak kat MC D Subnag tu...sian lak jadik macam nie...tak per...bini kat Indon ada lagi kan...
 
Sponsored Post

faisal05

Fun Poster
Joined
Mar 15, 2007
Messages
692
Reaction score
0
Points
10
1st time dengar berite nie aku cam x percaya je. tp itu lah jodoh
 

heaven

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,646
Reaction score
11
Points
25
Alamak bro Zainudin...lama dah kita tak lepak kat MC D Subnag tu...sian lak jadik macam nie...tak per...bini kat Indon ada lagi kan...

Uikss..Bro Eboss...Zainuddin tu kwn baik bro ker??

Bro rasa siapa yg salah?? Si lelaki atau si perempuan tu?:-?:-?
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Uikss..Bro Eboss...Zainuddin tu kwn baik bro ker??

Bro rasa siapa yg salah?? Si lelaki atau si perempuan tu?:-?:-?

kali terakhir aku jumpa dia..dia ada kata yang dia ada masalah ngan bini dia nie...dia tak kasi bini dia nyanyi semula tapi bini dia dok desak dia lak...rasanya bini dia dah bosan dok rumah kot...tu yang aktif nyanyi semula tapi zainudin nie loaded buat apa nak nyanyi...tiap kali aku jumpa dia memang riban2 dalam poket dia....memang low profile dan tak sombong zainudin nie...
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
mmm... Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan mengikut peruntukkan Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, Siti Fairuz menyatakan, sepanjang tempoh perkahwinan dia banyak berkorban untuk kebaikan defendan dan kebahagiaan rumahtangga.


dah namanyer isteri.. tanggungjwbnyer mmg la jaga rumahtangga.urus kehidupan suami.. pas tu mintak mutaah 200k.. try test cuba la tgk..dpt lagik x market price 10k.. klu siti nurlija tu ..cayer la.. mmg market tinggi..
neh isteri nusyuz nehh.. bkn suami suh gi clubbing.. suh berenti nyanyi jerk.. mende baik utk keluarga..~X(..mmg sengja cari pasal.. nk cerai..then minta duit:(scam:(scam
 

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
xmcm mcm ..apa nk jadi..dunia sudah berakhir...
 

khareen

Active Member
Joined
Mar 25, 2008
Messages
1,792
Reaction score
3
Points
25
cerai tuk dapat duit free....:(scam:(scam

belum duit bulan2 gik....sronok jd janda...takyah penat layan suami tapi leh dapat duit free tiap2 bulan...

orang nye(suami)taknak tapi duitnya nak....duniaaa...duniaaa....:(scam:(scam:(scam
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
mmm... Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan mengikut peruntukkan Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, Siti Fairuz menyatakan, sepanjang tempoh perkahwinan dia banyak berkorban untuk kebaikan defendan dan kebahagiaan rumahtangga.


dah namanyer isteri.. tanggungjwbnyer mmg la jaga rumahtangga.urus kehidupan suami.. pas tu mintak mutaah 200k.. try test cuba la tgk..dpt lagik x market price 10k.. klu siti nurlija tu ..cayer la.. mmg market tinggi..
neh isteri nusyuz nehh.. bkn suami suh gi clubbing.. suh berenti nyanyi jerk.. mende baik utk keluarga..~X(..mmg sengja cari pasal.. nk cerai..then minta duit:(scam:(scam

jangan kasi mutaah...kasi muntah dah...
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,048
Reaction score
96
Points
120
dah sampai situ jek jodohnya...
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Susah nak cakap jugaklah... mungkin jodoh diaorg sampai takat tu jer...
Tapi main kayu 3 sampai kahwin tu, bini dia tak mengamuk macam Abby ker?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register