BTC USD 58,651.6 Gold USD 2,583.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siti Di Kecam Kumpulan Anti-Israel

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,101
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,101
Reaction score
6,772
Points
916
Awards
1
16.06.2024 - Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin menerima kecaman aktivis anti-Israel apabila dia dijadual berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif `Hitman Returns – David Foster and Friends’ di Jakarta, Indonesia, malam ini. Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia) dalam satu kenyataan berkata penyertaan Siti Nurhaliza itu jelas sangat mengecewakan di saat ribuan rakyat Palestin dibunuh tentera rejim Zionis Israel.

“Persembahan ini dianjurkan oleh pengubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada. Beliau juga adalah seorang yang sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel. Beliau sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh `Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF). Dalam keadaan sekarang di mana lebih daripada 36,000 rakyat Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Zionis Israel semenjak 7 Okt 2023 dan masih terus melakukan pembunuhan kejam di Gaza dan Tebing Barat, keputusan Datuk Seri Nurhaliza untuk menyertai persembahan yang dianjurkan oleh David Foster adalah sangat mengecewakan," tegas kumpulan pendesak itu.
1718522806859.png

Untuk makluman ini bukan penyertaan kali pertama penyanyi nombor satu negara itu berkongsi pentas dengan David Foster. Siti pernah bergandingan dengan David Foster pada Ogos tahun lalu menerusi Konsert Eksklusif 'Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023' di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di Kuala Lumpur. Justeru, BDS Malaysia menggesa semua pihak termasuk artis tempatan menunjukkan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.

"Tindakan paling minima yang boleh dilakukan ialah memboikot rejim Zionis Israel serta organisasi dan individu yang terlibat secara langsung dengan kezaliman yang sedang berlaku di Palestin," kata BDS Malaysia.

Malaysiakini telah menghubungi pihak Siti untuk mendapatkan komen penyanyi tersebut mengenai perkara itu. Menurut poster di laman Instagram penyanyi itu, Siti dijadualkan membuat persembahan dalam konsert yang akan diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE) di BSD City, Jakarta. Konsert itu turut menampilkan Brian McKnight, Jessie J, dan penyanyi pop dan R&B Indonesia Afgan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/hiburan/708850Siti dikecam kumpulan anti-Israel​
 
Sponsored Post

Peminat Indonesia Menangis Tonton Persembahan Siti Nurhaliza

18.06.2024 - Peminat penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menitiskan air mata apabila berpeluang menonton persembahan idolanya itu di indonesia. Menerusi video tular, peminat berkenaan berasa terharu hingga menangis kerana sudah lama mengimpikan untuk menonton persembahan diva terkenal itu. Katanya, kemunculan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu dianggap sebagai hadiah terindah selain kagum dengan kelunakan suaranya yang luar biasa.

“Saya sangat meminati Siti Nurhaliza. Tidak sangka ini impian saya selama ini menjadi kenyataan. Hebat betul persembahannya dan saya tidak sangka berpeluang untuk melihatnya sendiri di depan mata,” kata peminat berkenaan.

Berdepan dengan kritikan ramai kerana menerima jemputan David Foster yang merupakan didakwa penyokong Israel, kehebatan persembahan Siti bersama maestro hebat dunia itu bagaimanapun memang tidak dapat dinafikan. Biarpun tidak mempunyai banyak masa untuk membuat latihan, kemunculan Siti menyanyikan lagu I Will Always Love You yang dipopularkan mendiang Whitney Houston berjaya memukau ribuan penonton. Kemunculan Siti juga berjaya menyelamatkan maruah penganjur konsert Hitman Returns-David Foster dan Friends dengan menggantikan posisi penyanyi Jessie J yang menarik diri pada saat akhir.

Terdahulu, timbul kontroversi apabila gerakan Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) meluahkan rasa kesal apabila Siti muncul dalam persembahan itu. Difahamkan David merupakan antara selebriti yang aktif menyumbang dana kepada tentera Israel termasuk acara yang dianjurkan oleh Friends of Israel Defence Forces (FIDF). Susulan itu ramai yang menganggap Siti tidak sensitif selain dikatakan menjalin kerjasama dengan individu yang menyokong Israel. Namun, peminat setia Siti tampil mempertahankan tindakan Siti yang dianggap mempunyai alasan tersendiri ketika menerima tawaran nyanyian itu.​

1718707204889.png
 
Kena kat orang lain, sanggup ke trngok saudara kena bunuh..kena kat dia, ade alasan sendiri..kah..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register