Siti dapat beg LV RM40,000

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

SITI NURHALIZA memotong kek hari jadi ke-31 sambil ditemani oleh Khalid dan rakan baiknya, Kris Dayanti di Kuala Lumpur malam tadi.​

KUALA LUMPUR - Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat 'hadiah pendahuluan' apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.

Pada tahun 2008, Siti Nurhaliza mendapat hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 diikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.

"Hadiah itu cukup menggembirakan Siti kerana memang Siti berkenan dengan beg tangan edisi terhad itu.

"Namun apa yang lebih penting kepada rumah tangga kami adalah kasih sayang daripada suami,'' katanya pada majlis sambutan hari jadinya itu yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Album CTKD di Hotel JW Marriot di sini malam tadi.

Album CTKD adalah singkatan nama Siti Nurhaliza dan rakan baiknya yang merupakan penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti.

Datuk K ketika ditanya mengenai hadiah tersebut sekadar berkata:

"Banyak suami yang marahkan saya apabila hadiah yang diberikan kepada Siti diketahui umum kerana ia menyebabkan isteri-isteri di luar sana turut mahukan hadiah yang sama."

Hadiah perkara kedua bagi Siti Nurhaliza dan Datuk K kerana apa yang lebih penting ialah mereka terus bahagia dan ingin segera mendapat cahaya mata
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Wartawan yang terhegeh-hegeh ni....
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
ada nilai lagi ke 40k tu bila dah kaya?
 

gastacopz

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2008
Messages
11,331
Reaction score
19
Points
120
mak ai..beg ajer 40k..alangkah beknyer buat kerja amal len..ley r topap pahala ag..aduhai..ct2..
 

sureheboh.com

Passed Away
Platinum Member
Joined
Jan 17, 2007
Messages
18,961
Reaction score
308
Points
131
Salah tempat lahir tu.. bukan Lipis tapi Temerloh (Pekan Awah)
 

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
ala.tah2 beg LV first grade original imitation from Guangzhou... takda beza.. kalau bandung nampak tiruan
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,255
Reaction score
516
Points
176
mula2 hadiah 800 ribu...kemudian 200 ribu...skang 40 ribu...aku rasa nanti masa siti dah tua dpt hadiah nasi lemak sotong 5 ringgit je
 
Sponsored Post
Top
Log in Register