BTC USD 117,793 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem Ramalan Cekap Kunci Kurangkan Risiko Bencana - Ahmad Zahid

Md Hanif

Active+ Member
Messages
4,516
Joined
Jun 13, 2023
Messages
4,516
Reaction score
217
Points
38
3f14e85158c5ae8b83c3962832e49ee467df9429ac9dc


Kepentingan sistem ramalan yang cekap dan respons pantas terhadap perubahan cuaca adalah kunci untuk mengurangkan risiko bencana.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berterima kasih kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kerana tidak pernah jemu menyampaikan maklumat cuaca dengan tepat dan pantas demi keselamatan rakyat.

“Anda ‘barisan hadapan cuaca’, dalam memastikan negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Semoga usaha ini terus dihargai dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan maklumat cuaca dalam kehidupan seharian. Teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi, para pahlawan cuaca,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut mengucapkan selamat menyambut Hari Meteorologi Sedunia 2025 yang diraikan hari ini.

“Tema tahun ini, “Bersama Rapatkan Jurang Amaran Awal”, mengingatkan kita bahawa setiap saat dalam menyampaikan amaran awal boleh menyelamatkan nyawa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register