BTC USD 54,322.4 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem pantau kehadiran ahli Parlimen BN diwujud

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR: Satu sistem penyelarasan perlu diwujudkan untuk memantau jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ketika Dewan Rakyat bersidang agar insiden kemenangan majoriti tipis ketika meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu tidak berulang.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) boleh memainkan peranan mereka dalam sistem penyelarasan itu dengan memastikan bilangan ahli Parlimen BN sentiasa mencukupi berbanding ahli Parlimen pembangkang pada sebelah pagi, tengah hari dan petang.

"Ahli Parlimen BN perlu memberi perhatian serius terhadap kehadiran mereka dalam Dewan Rakyat kerana pada bila-bila masa mungkin akan timbul usul tergempar yang tidak dapat ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) anjuran Biro Pembangunan PKS dan Biro Sumber Manusia dan Latihan Parti Gerakan Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Koh berkata, sekiranya sistem penyelarasan itu diwujudkan, maka ahli Parlimen BN dapat memberitahu kepada anggota BNBBC, seterusnya BNBBC akan melakukan pengiraan dan memastikan jumlah anggota BN melebihi anggota Parlimen pembangkang.

Sementara itu, Koh berkata, Gerakan tidak menghalang tindakan Naib Presidennya, Huan Cheng Guan keluar parti pada 16 Disember lalu kerana tidak sehaluan dengan dasar parti dan bakal menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketika ditanya sama ada Gerakan akan menggantikan Huan yang mengosongkan jawatan Naib Presiden itu dengan orang lain, Koh berkata, ia bukanlah satu perkara yang diutamakan sekarang.

Mengenai komen dan cadangan yang diterima daripada orang ramai pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway, Petaling Jaya baru-baru ini, Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata ia akan diambil perhatian serius.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register