BTC USD 28,210.3 Gold USD 1,940.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem laluan sehala di pusat Bandaraya PJ mengelirukan, membebankan - Pengguna.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
PETALING JAYA: Kalangan pengguna jalan raya menyifatkan pengenalan sistem laluan sehala di pusat bandar raya ini sejak Ahad lalu amat mengelirukan, membebankan dan menyukarkan urusan harian mereka.

Malah, beberapa pengguna melahirkan rasa tidak puas hati dengan sistem yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana terpaksa menempuh jarak yang lebih jauh serta menimbulkan kesesakan trafik terutama waktu puncak.

Pemandu teksi, Mohd Zubir Harun, 60, berkata beliau terpaksa menggunakan laluan yang jauh untuk kembali ke stesen Taman Jaya biarpun hanya menghantar penumpang di Hotel Hilton.

"Jika dulu nak ke PJ Hilton kita ke kiri tapi sekarang ke kanan... lepas itu masa nak balik kena pusing satu pusat bandar, kita kena lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bintang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) barulah boleh sampai sini.

"Dulu kita pusing dekat saja... sekarang jauh. Kita turunkan orang di PJ Hilton dapat RM3 tapi bila nak balik semula ke sini dah jadi RM7," katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Zubir yang sudah lima tahun memandu teksi di sekitar Petaling Jaya dan bandar berkenaan berpendapat biarpun pengenalan laluan baharu itu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, namun sebaliknya berlaku apabila ia membebankan pengguna terutama pemandu teksi.

"Memanglah lancar sebab tak ada lampu isyarat, tapi masalahnya bila kita nak buat pusingan balik... terlalu jauh. MBPJ perlu kaji semula atau tukar seperti dulu," katanya.

Berlainan pula dengan pekerja swasta, Abdul Jalal Khalid yang berpendapat bahawa MBPJ perlu memberi penerangan secukupnya terlebih dulu kepada pengguna jalan raya sebelum memperkenalkan sistem laluan baharu itu.

"Mula-mula masa hari pertama, pening juga sebab setiap hari guna jalan lain... bila dah dilencongkan saya rasa agak keliru.

"Saya selalu ikut laluan dari PJ Hilton tapi sekarang perlu buat satu pusingan dari Hotel Armada terus ke Universiti Malaya dan selepas itu barulah ke AmCorp Mall. Saya harap MBPJ beri penerangan secukupnya untuk elak kekeliruan dan kaji semula laluan sehala ini," katanya.

Penyelia bas RapidKL, M Tangga Raju pula menganggap pelaksanaan laluan baharu itu tidak mendatangkan masalah besar kepada perkhidmatan bas di pusat bandar Petaling Jaya.

"Mengikut laluan bagi sektor Asia Jaya hanya empat laluan kena ubah... bila ada perubahan seperti ini pemandu perlu masuk ke Lebuhraya Persekutuan untuk membuat pusingan ke stesen Taman Jaya.

"Pada hari pertama dilaksanakan laluan di sini sesak kerana ramai yang kurang faham tapi pada hari kedua dan ketiga, pemandu sudah faham jadi tak ada masalah kepada laluan bas," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/11899


17ada.transformed.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register