Sisa plastik haram UK ditemui dalam hutan Perak

CG Sponsors




Sponsored Post

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
21,782
Reaction score
218
Points
123
tanah melayu dah la ciput je

masuk sampah plak

sape la kepala malapetaka ni
 

SMI6

Active Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,223
Reaction score
401
Points
46
Ada la yg beli sampah tu konon2 nak recycle last2 dump mcm tu je.

byk dah kes, cuma public tak tahu je. Siap mintak bantuan kerajaan mintak lupus.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,033
Reaction score
334
Points
81
Kalau tak melibatkan rasuah, boleh lepas ke sampah tu ke sini..
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,324
Reaction score
2,228
Points
236
Apa Yang Akan Berlaku Jika Kita Hantar Semua Sampah Ke Angkasa Lepas?

Hari demi hari, jumlah sampah di Bumi semakin bertambah dan ia semakin memburuk.Jadi, idea untuk menghantar semua sampah-sampah ini ke angkasa kedengaran seperti jalan penyelesaian yang sangat mudah dan jelas. Lagipun, manusia telah pergi ke angkasa sejak tahun 1950-an lagi, sudah tentu hal ini amat mudah bagi kita. pastinya kini lebih mudah berbanding sebelum ini.

Sebenarnya, ia boleh dilakukan tetapi bukan sesuatu yang mudah. Operasi seperti ini sudah tentunya menelan kos yang tinggi dan memerlukan berjuta-juta roket dilancarkan setiap tahun. Ia bukan sahaja akan merosakkan persekitaran global tetapi juga boleh menghalang perjalanan ruang masa depan.

Ini jika kita ambil kira bahawa semuanya berjalan dengan lancar. Sejak permulaan umur angkasa lepas, sebanyak 5,038 roket telah dilancarkan ke angkasa lepas. Kita telah menghantar kapal angkasa sehingga ke Neptun dan pada tahun 2018, NASA menghantar penyelidikan ke atmosfera luar matahari. Oleh itu, secara teori, sistem suria sudah tersedia untuk kita melupuskan sampah-sarap yang ada di Bumi.

Sebagai contoh, jika kita menggunakan roket Ariane 5 yang mampu membawa muatan sehingga 7,000 kg ke titik stabil di orbit Bumi, ia menelan belanja kira-kira RM800 juta. Tetapi oleh kerana manusia menghasilkan 1.2 trilion kilogram sampah setiap tahun, maka kita perlu melancarkan kira-kira 168 juta roket Ariane 5 setiap tahun untuk memastikan dunia kita bebas sampah. Dan kos untuk merealisasikan impian kita ini adalah sebanyak RM138 quadrilion.

Dan disebabkan KDNK keseluruhan negara di dunia adalah RM322 trilion sahaja, maka kita tak mampu untuk menampung kos ini. Malah, kita bukan sahaja tak cukup dari segi kewangan tetapi juga dari segi sumber yang lain. Pada tahun 2017, sebanyak 91 buah roket orbit dilancarkan ke angkasa lepas tetapi jika dibandingkan dengan pelancaran sebanyak 168 juta kali, angka ini adalah tersangat sedikit dan tak mampu untuk dicapai.

Jadi, jika kita ingin menghantar semua sampah kita ke angkasa lepas, kita perlu membina lebih banyak kapal angkasa dan pad pelancaran. Dan semua ini perlu dilakukan dengan cepat. Tetapi jika kita mampu mencari cara untuk membina infrastruktur dan menampung kos yang diperlukan, ada beberapa perkara yang kita tak mampu kawal.

Sistem pelancaran angkasa Soyuz di Rusia adalah yang paling berjaya sepanjang masa dengan kadar kejayaan setinggi 97% yang bagi setiap 1,000 pelancaran. Kemudian, darabkan peratusan itu dengan 170 juta pelancaran, dengan setiap roket membawa lebih daripada 7,000 kilogram sampah. Dengan ini, kadar kegagalan sebanyak 3% itu kelihatan sebagai satu masalah yang besar. Kemalangan yang mungkin berlaku setiap tahun mampu menyebabkan kesan yang buruk kepada atmosfera, laut dan juga tanah di Bumi.

Itu belum lagi kita ambil kira tentang kematian dan kerosakan yang kita perlu hadapi apabila plastik dan logam (sampah-sarap) yang terbakar jatuh dari langit. Bagaimana jika kemalangan dan pelepasan dari program sisa buangan ini menjadikan dunia kita tidak dapat dihuni lagi?

Pada tahun 1978, saintis NASA Donald J. Kessler membuat teori bahawa pengumpulan serpihan angkasa lepas dari masa ke masa boleh menjadi sangat padat, sehingga kita tidak dapat lagi menggunakan satelit. Kita akan terperangkap dalam dunia toksik, dikelilingi oleh sampah kita sendiri dan kita akan mereput akhirnya.

Kalau boleh, kita tak mahu fikir ke mana semua sampah-sarap ini perlu pergi, kita hanya mahu ia hilang dari pandangan.

https://*************/img/upload/sampah-sarap-di-bumi-yang-semakin-membimbangkan.jpg

Rujukan http://www.planetsforkids.org/why-cant-we-launch-garbage-into-space.html
 

asx23

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,165
Reaction score
453
Points
41
apasal x hantar g padsng pasir? kn luas tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register