BTC USD 54,171.1 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Siri OPPO Reno6 Mungkin Di Lancarkan Pada Bulan Ini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Antara Kamera Reno6Z Dan Reno6, Mana Lagi Power & Berbaloi?

Kamera Reno6Z vs Reno6

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah keupayaan kamera Reno6 dan Reno6Z sebenarnya adalah hampir sama. Kedua-duanya dilengkapi dengan ciri yang sama seperti Image Clear Engine, AI Palette, Portrait Beautification Videodan Focus Tracking. Begitu juga dengan spesifikasi kamera di mana kedua-dua model ini dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Apa yang membezakan adalah ciri Color Temperature Sensor dan keupayaan ciri Bokeh Flare Portrait pada kamera Reno6 yang memberikan sedikit kelebihan padanya. Tetapi itu tidak bermakna ia sesuai dan diperlukan pada kebanyakkan pengguna. Mungkin bagi mereka yang begitu mementingkan kualiti foto atau video dan mahukan lebih pilihan pada tetapan kamera peranti, OPPO Reno6 5G adalah sesuai untuk anda.

Tetapi bagi mereka yang mahukan sebuah peranti yang ditawarkan pada harga yang lebih nilai tetapi juga mementingkan aspek kualiti, kaya dengan pelbagai ciri menarik serta keupayaan yang hampir menyamai sebuah telefon pintar premium, OPPO Reno6Z adalah pilihan terbaik dan tepat untuk anda.

Memahami keterujaan para pelanggannya, OPPO menawarkan pra-tempahan awal terhadap model Reno6Z dan Reno6. OPPO Reno6Z dan Reno6 sudah boleh dipra tempah bermula dari 28 Julai hingga 4 Ogos 2021 ini melalui , OPPO Official Online Store, Shopee OM, dan OPPO Brand Stores.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Oppo Reno6 Pro Akan Di Lancarkan Di Malaysia Esok

Seperti yang diketahui umum, Oppo Malaysia dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah lagi model baharu di bawah siri Reno6 mereka – iaitu Oppo Reno6 Pro. Telefon pintar ini turut memfokuskan kepada pengalaman kamera yang baik. Di samping itu, ia juga akan dijana dengan cip Snapdragon 870, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan dua pilihan warna menarik seperti Arctic Blue atau Lunar Grey.

Untuk makluman semua, Oppo Reno6 Pro akan dilancarkan secara rasmi esok – iaitu 17 Ogos 2021. Acara pelancaran ini bakal berlangsung secara atas talian menerusi laman Facebook dan Youtube rasmi Oppo Malaysia bermula jam 6.30 petang. Bersama-sama denganya, Oppo turut menawarkan 2 unit Oppo Reno6 Pro dan 3 unit Oppo Enco Air yang diberikan secara percuma menerusi peraduan giveaway. Jadi seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut – termasuklah penawaran harga peranti.​

1629098241819.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Oppo Reno6 Pro Dengan Snapdragon 870 Berharga RM2999 Di Malaysia

Oppo Reno6 Pro
kini dilancarkan secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Sokongan kemampuan kamera bersama perisian yang baik masih menjadi fokus utama padanya dalam usaha memastikan pengguna dapat menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti.

Oppo-Reno6-Pro-Malaysia-E-950x510.jpg


Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi sentuhan kemasan luaran dengan motif yang sesuai dengan kelas premium. Di samping beberapa lagi ciri menarik lain seperti dijana oleh cip Snapdragon 870 yang turut dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Oppo-Reno6-Pro-Malaysia-B-1-950x535.jpg


Bagi yang berminat, Oppo Reno6 Pro dijual pada harga RM2,999 untuk seunit. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Arctic Blue dan Lunar Grey. Sesi pra-tempahan dibuka bermula hari ini sehingga 23 Ogos 2021 dan pelbagai hadiah menarik bernilai mencecah RM1,099 turut menanti pengguna. Ianya terdiri dengan seunit Oppo Enco Air, beg galas eksklusif, 1TB Hey Tap Cloud Storage, jaminan pelindungan skrin selama satu tahun dan banyak lagi.

Oppo-Reno6-Pro-Malaysia-b-2-950x942.jpg


Untuk makluman, pra-tempahan ini boleh dibuat menerusi kedai atas talian rasmi Oppo di Lazada atau mana-mana pengedar sah mereka di seluruh Malaysia. Seperkara lagi, mana-mana pembelian yang dibuat menerusi Lazada turut melayakkan anda untuk membeli Oppo Enco Buds pada harga RM1 dan Oppo Enco Air pula pada RM29 sahaja. Selain itu, pengguna kad kredit Standard Chartered turut berpeluang mendapatkan potongan menarik sehingga RM100!

Oppo-Reno6-Pro-001-2-950x886.jpg


Untuk spesifikasi khusus, Oppo Reno6 Pro dilengkapi skrin melengkung 3D dengan panel AMOLED berukuran 6.5-inci bersama resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya menggunakan cip Snapdragon 870, memori 12GB RAM (tambahan 7GB RAM secara maya), storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Kamera utama terdiri dengan tetapan 50-Megapixel (utama) (Sony IMX766) + 16-Megapixel (Ultra-lebar) + 13-Megapixel (Telefoto) + 2-Megapixel (makro). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – rangkaian 5G terbina, pengimbas cap jari pada skrin, menjalankan antaramuka ColorOS 11.3 banyak lagi.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Oppo Reno6 Pro - Dua Kali Ganda Lebih Hebat Dari Model Lalu

Awal tahun ini Oppo telah melancarkan siri Oppo Reno5. Belum cukup usian setahun, penggantinya Oppo Reno6 telah dilancarkan. Oppo Malaysia menawarkan ketiga-tiga variasi iaitu Oppo Reno6 Z, Oppo Reno6 dan juga Oppo Reno6 Pro. Apakah beza antara Reno5 Pro dengan yang baru? Adakah berbaloi untuk naik taraf? Ini adalah ulasan kami selepas hampir dua minggu menggunakannya.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-02-950x534.jpg.webp

Spesifikasi Dan Rekaan​

Oppo Reno6 Pro​
Skrin​
6.5″ AMOLED, FHD+, 90Hz, HDR10+
Corning Gorilla Glass 5​
Pemproses​
Snapdragon 870 (7nm)​
Cip​
1 x 3.2 GHz Kryo 585
3 x 2.42 GHz Kryo 585
4 x 1.80 GHz Kryo 585​
Cip Grafik​
Adreno 650​
RAM​
12GB + 7GB Maya​
Muatan Dalaman​
256GB UFS 3.1​
Kamera Utama​
50MP (utama) f/1.8
16MP (ultra sudut lebar) f/2.2, sudut pandangan 119°
13MP (telefoto) f/2.4
2MP (makro0 f/2.4
Bokeh Flare Portrait Video
AI Highlight Video​
Kamera Swafoto​
32MP, f/2.4​
Bateri​
4,500mAh
Dwi-Sel, Berwayar
SuperVOOC 2.0 65W​
SIM/Telefoni/NFC​
Dwi SIM nano / 5G / Ya​
Pembesar Suara​
Stereo​
Bicu Audio​
Ya​
Kalis Air​
Tiada​
Sistem Imbasan​
Pengimbas jari bawah skrin​
Harga Jualan​
RM2,999​

Sekilas pandang, rekaan Oppo Reno6 Pro ini seakan tiada beza dengan Oppo Reno5 Pro. Hanya jika anda lihat dengan teliti pada bahagian kamera saiz pada Reno6 Pro adalah lebih besar, lampu LED flash juga berbeza dan akhir sekali kemasan pada panel belakang. Walaupun begitu, peranti ini masih dipadatkan dengan spesifikasi berkuasa dan boleh dikatakan satu naik taraf yang gila jauh berbanding Reno5 Pro.

Oppo-Reno6-Pro-vs-Oppo-Reno5-Pro-950x534.jpg.webp


Skrin masih sama dan tiada beza, iaitu 6.5-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ melengkung. Ia turut masih menyokong kadar segar semula 90Hz, tetapi kini mempunyai sokongan paparan HDR10 – HEVC pada Netflix. Walaupun Dimensity 1000+ pada Reno5 Pro dengan Snapdragon 870 pada Reno6 Pro lebih kurang sama berasaskan 7nm, rekaan cip Snapdragon adalah lebih efisien serta SD870 ini adalah satu iterasi cip SD865+ yang diperbaharui. Spesifikasi Snapdragon 870 ini adalah 1 x 3.2 GHz Kryo 585 + 3 x 2.42 GHz Kryo 585 + 4 x 1.80 GHz Kryo 585 berserta GPU Adreno 650.

Tidak berhenti di situ, menjadikan peranti baharu ini lebih berkuasa adalah memori 12GB RAM serta tambahan 7GB RAM maya melalui Color OS 11.3 baharu, menjadikan jumlah RAM adalah 19GB. Storan dalaman adalah berasaskan UFS 3.1 bersaiz 256GB.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-03-950x534.jpg.webp


Konfigurasi kamera peranti ini adalah 50+16+13+2 Megapixel daripada sensor sudut lebar biasa untuk utama, sensor sudut ultra lebar, sensor telefoto 2x zum optikal dan sensor makro. Kamera swafoto pula adalah 32 Megapixel.

Secara keseluruhan, rekaan peranti masih sama. Tidak ada kejutan rekaan yang memberikan perasaan WOW!. Warna Arctic Blue yang saya terima ini terlampau ceria dan bukan kesukaan saya. Walaupun begitu kemasan kusamnya memberikan genggaman yang baik di tangan serta apabila peranti memanas, ia tidak begitu panas dengan panel kaca yang berkilat.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-04-950x534.jpg.webp


Di atas yang hampir rata ini hanya terdapat lubang mikrofon, di bawah pula lebih melengkung dengan kekisi pembesar suara di belah kanan dan lubang USB-C dan mikrofon serta slot kad SIM. Di kanan peranti adalah butang aras suara dan di kiri adalah butang kuasa. Skrin hadapan melengkung, saya kurang gemar kerana mengganggu pengalaman menonton. Di atas skrin bahagian bezel ada kekisi ganggang telefon yang juga merupakan pemebsar suara. Keseluruhan skrin peranti cukup seksi dengan bezel yang giula nipis seakan nirbingkai, cuma spoil lubang kamera pada skrin yang masih ada.

Penggunaan Dan Perisian​

Kualiti skrin peranti ini cukup baik, boleh dikatakan hampir setaraf dengan Oppo Find X3 Pro. Cuma warnanya yang sedikit kurang cerah dan mod kecerdasan buatan yang menentukan kecerahan skrin secara automatik tidak begitu konsisten. Lain-lain ia boleh dikatakan cukup memadai dan berkualiti tinggi.

Kadar segar semula 90Hz ternyata juga sudah memadai. Saya tidak rasa rindu pada 120Hz selepas menguji pelbagai peranti 60Hz dan 90Hz sejak kebelakangan ini. Peranti Oppo cukup lancar dan pantas, pada setiap tatalan dengan pera,ihan animasi yang cantik daripada Color OS 11.3. Skrin AMOLED peranti ini juga masih mampu memberikan warna yang hidup, kualiti HDR10 yang cukup untuk skrin FHD+.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-05-950x534.jpg.webp


Bermain permua pada peranti ini memberikan satu pengalaman yang gila hebat. RAM 12GB berserta 7GB tambahan yang diambil daripada storan dalaman digandingkan pula dengan cip pemprosesan Snapdragon 870 daripada Qualcomm yang terbukti berkali-kali dalam ujian cukup berkuasa! Bayangkan kalau 8GB RAM dengan cip ini sudah memuaskan, apatah lagi yang menghampiri 20GB? Apex Legend dan Asphalt 9 berserta berkali-kali menguji skor penanda aras peranti tidak memanas dan selepas selesai kembakli ke skrin utama atau tukar ke aplikasi media sosial masih beroperasi dengan baik dan menakjubkan.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-14-950x702.jpg.webp


Color OS 11 adalah antara yang terbaik. Dengan kombinasi ciri dan fungsi menarik Oppo bersama-sama dengan Android asli, ia adalah antara sistem operasi kegemaran saya. Pengalaman penggunaan menghampiri Android asli yang ditawarkan juga masih mencukupi dan pada hemat saya satu cubaan yang baik.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-15-950x702.jpg.webp


Pada Reno6 Pro ini ia menjalankan versi lebih baharu, iaitu Color OS 11.3. Selain mampu menambah 7GB lagi RAM, kali ini ia lebih ceria dan menarik memberikan satu pengalaman yang lebih tenang. Pilihan gambar yang menarik, fungsi tangkapan layar yang lebih mudah dan mengurangkan beban dan juga mod AOD yang dipinjam daripada Oxygen OS 11.
Oppo-Reno6-Pro-Motor-Linear-Paksi-X-Enjin-Haptik.gif

Membuatkan saya menggemari peranti ini adalah enjin getarannya yang lebih baik. Oppo menggunakan motor linear paksi-X dengan sistem haptik yang sangat baik. Sungguh selesa dan realistik. Menaip pada Gboard, menatal pada pelancar, dan menerima notifikasi adalah amat memuaskan. Ia menghampiri iPhone, sayang sekali integrasinya tidak begitu menyeluruh. Apa pun, saya boleh menaip artikel pada peranti ini dengan selesa tanpa rasa bosan atau jari penat.

Prestasi Dan Skor Penanda Aras​

Untuk membuktikan yang 7GB RAM maya ini bukanlah satu gimik, saya menguji beberapa kali dengan ujian pertama 12GB RAM sahaja pada AnTuTu dan Geekbench. Kemudian ujian kedua dengan tambahan RAM maya. Memandangkan sesi permua saya pada Apex Legend dan Asphalt 9 dengan tetapan tinggi tiada sebarang masalah, skor yang diperolehi ini pada saya adalah skor yang benar.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-06-950x534.jpg.webp


Di AnTuTu dengan 12GB RAM skornya adalah 631,974, manakala dengan 19GB RAM skornya adalah 666,803. Geekbench 5 dengan 12GB menerima skor 938/2980 untuk satu teras dan multi-teras, manakala 19GB RAM menerima 1010/3100. Untuk AnTuTu hanya sekitar 5%-6% peningkatan, dengan Geekbench memperlihatkan 17%-18% peningkatan satu teras dan sekitar 4% sahaja peningkatan untuk multi-teras.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-07-950x534.jpg.webp

Semasa pelancaran, Oppo mendakwa permua Genshin Impact boleh dimuatkan dua kali ganda lebih pantas. Dalam ujian yang saya lakukan, di dalam mod permua dan RAM tambahan, beza masa memuat antara 12GB RAM (1 minit 17 saat) dan 19GB RAM (56 saat) adalah sekitar 21 saat. iPhone 11 Pro Max mampu memuat pada 36 saat, Asus ROG Phone 5 pula 42 saat.

Telefoni Dan GPS​

Sepanjang tahun ini, pengalaman telefoni terbaik saya untuk kedua-dua penggunaan data mudah alih dan juga panggilan telefon adalah Asus Zenfone 8 Flip. VoLTE pada Maxis juga disokong. Peranti lain yang boleh diterima adalah Mi 11, tetapi data tidak begitu baik, iPhone 12 Mini saya dengan iOS 15 beta ada masalah rangkaian, Poco F3 tersenyum sahajalah, tetapi Oppo Reno6 Pro ini sedikit berbeza.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-08-950x534.jpg.webp

Ia menyokong VoLTE tetapi amat tidak stabil. Tangan bergegar sedikit (perumpamaan yang dramatik) terus kembali 4G biasa. Penggunaan 4G peranti ini cukup baik dan memuaskan. Muat turun stabil dan penstriman juga tiada masalah pada resolusi tinggi. Panggilan telefon juga cukup jelas.

Penggunaan GPS pada peranti baik sahaja. Boleh dikatakan setaraf peranti mercu seperti Mi 11.

Kamera​

Oppo setiap tahun tidak berhenti terus membangunkan teknologi kamera tersendiri. Walaupun mereka yang pertama mengumumkan teknologi kamera di bawah skrin, tetapi mereka masih tidak menawarkan peranti dengan teknologi itu. Oppo juga semakin hebat dalam perisian dengan mengikut jejak langkah Google untuk menggunakan kecerdasan buatan pada aplikasi kamera.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-10-1-867x1280.jpg.webp


Aplikasi kamera Oppo yang ringkas dan mudah digunakan ini adalah untuk mengawal sensor-sensor 50MP (utama) dengan bukaan f/1.8, sensor sudut ultra lebar 16MP dengan bukaan f/2.2 yang mempunyai sudut pandangan 119° darjah, sensor telefoto 2x zum optikal 13MP dengan bukaan f/2.4 dan akhir sekali di belakang adalah sensor makro 2MP jenis mono dengan bukaan f/2.4. Kamera swafoto pula adalah 32MP dengan bukaan f/2.5. Daripada 64MP turun menjadi 50MP, tetapi kini ada sensor tambahan yang lebih berguna. Oppo juga kali ini memfokuskan kepada dua ciri video baharu – Bokeh Flare Portrait Video dan AI Highlight Video.

Pertama sekali, hasil kamera swafoto peranti ini tidak begitu baik jika tidak menghidupkan AI atau mod kecantikan. Hasil imej akan menjadi sedikit pudar, malah apabila AI dihidupkan hasil majoriti juga adalah pudar dan tidak konsisten. Tetapi apabila swafoto dengan mod potret serta swavideo mod potret hasilnya jauh lebih baik dan menarik. Butiran dipelihara dengan bagus sekali, latar belakang kabur dengan baik serta mempunyai warna yang lebih hidup.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-07-1-950x1267.jpg.webp


Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-09-edited-scaled.jpg.webp


Kamera utama Oppo Reno6 Pro ini hebat. Tetapi entah kenapa saya rasakan pengalaman pada Oppo Reno5 Pro adalah lebih baik. Peranti yang lebih baru ini terasa mempunyai naik taraf yang terlampau kecil sahaja, sedangkan di atas kertas kamera yang baru patut lebih baik. Selepas saya rujuk ulasan lepas, saya putuskan AI pada Oppo Reno6 Pro ada masalah sama seperti AI pada MIUI 12 dengan hasil yang tidak menentu.

Apa saya buat adalah paksa hidup HDR dan mati/hidupkan AI barulah ia boleh mengambil gambar dengan kualiti yang lebih baik. Kamera utama 50MP mampu memberikan hasil yang cukup sedap mata memandang. Namun dari segi butiran dan bokeh semula jadi, 50MP pada Mi 11 Ultra jauh lebih baik.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-08-950x713.jpg.webp
Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-10-edited-scaled.jpg.webp


Hasil sudut lebar dengan mod membaiki kesan herotan dilihat mempunyai hasil yang lebih memuaskan. Dengan saiz sensor 16MP berbanding 8MP dapat memberikan hasil yang lebih cantik dengan warna juga lebih nyata. Mod zum 2x optikal masih boleh menjanjikan hasil yang baik, 5x hibrid juga dilihat masih elok lagi. Tetapi atas daripada itu ia sudah menjadi kabur.


Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-06-scaled.jpg.webp

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-07-scaled.jpg.webp


Mod potret pada kamera utama adalah memuaskan dan menakjubkan. AI Oppo sememangnya hebat sekali. Kesan kabur yang lebih kemas, pasca proses yang lebih pantas, penawaran penuras yang cukup kreatif. Cuma mod potret untuk video pada peranti ini terhad untuk seorang atau satu subjek sahaja untuk hasil yang memberangsangkan.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-02-950x534.jpg.webp



Sebelum saya teruskan lagi dalam video, saya akan sambung bahagian fotografi dengan mod malam. Sejak Oppo Reno5 Pro mod malam pada peranti Oppo dalam siri Reno yang lebih premium ini mempunyai hasil yang semakin baik. Ia bukan sekadar mencerahkan gambar dengan menambah penuras, tetapi benar-benar mengenalpasti situasi dan suasana untuk memberikan hasil yang lebih menawan. Ini adalah sampel menggunakan mod malam melalui kecerdasan buatan.


Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-04-scaled.jpg.webp

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-05-scaled.jpg.webp


Akhir sekali, mod 50MP atau mod ekstra HD dilihat cuba memberikan hasil terbaik dengan butiran terbaik. 50MP dilihat cukup membantu, tetapi mod ekstra HD seakan gimik kerana hampir tiada beza.


Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-04-1.jpg.webp

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-Sampel-Gambar-05-1.jpg.webp

Untuk hasil rakaman video, sedikit sukar untuk dapatkan hasil yang menarik kerana pergerakan yang terhad. Tetapi hasil video Oppo Reno6 Pro ini dilihat masih ada banyak peluang untuk menjadi lebih baik. Ia tidak sehebat pada Find X3 Pro, tetapi untuk siri Reno ia selangkah bersaing sengit dengan Vivo. Oppo hanya perlu kerjasama dengan syarikat kamera untuk hadir dengan profil warna yang lebih baik. Vivo sudah buktikan ia strategi yang baik.

Audio​

Oppo menggunakan pembesar suara stereo jenis Ultra-Linear dan dengan rekaan skrin bezel nipis berserta skrin melengkung, audio yang dilontarkan merebak ke sekeliling peranti untuk memberikan satu pengalaman imersif. Kemudian pembesar suara peranti ini dioptimasikan oleh Dolby Atmos. Mendengar muzik pada Tidal HiFi dan Spotify tetapan tinggi adalah sangat enak dan memuaskan. Ia mempunyai dentuman bass yang baik, mids dan highs yang setanding peranti mercu serta mempunyai aras suara yang cukup kuat, konsisten dan mengasyikkan.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-12-950x534.jpg.webp


Sayang sekali aplikasi Apple Music pada peranti ini tidak dapat mengaktifkan ciri Dolby Atmos seperti yang boleh dilakukan pada peranti Poco X3 GT.

reno6-pro-5g-v1-pdp-immersivegaming-dolbyatmos-xl-1728-950x550.webp


Walau bagaimanapun, kesan surround melalui mod kecerdasan buatan yang terbina dalam Color OS dapat diaktifkan jika menggunakan aksesori audio. Oppo cuba memberikan pengalaman Dolby Atmos pada mana-mana aksesori audio Bluetooth melalui Color OS mereka. Ia adalah seakan Huawei Histen yang cuba mimik pelbagai pengalaman pendengaran..

Bateri​

Walaupun bateri Reno6 Pro adalah 4500mAh dan Reno5 Pro adalah 4350, iaitu 150mAh lebih besar tiada beza pun dari segi ketahanan. Penggunaan ringan tidak menjadi masalah mencapai 7-9 jam SOT dengan ketahanan sekitar 5-6 jam penggunaan ekstrem. Kuasa pengecasan juga masih sama iaitu 65W dengan teknologi SuperVOOC 2.0.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-13-950x702.jpg.webp


Oppo menjanjikan 31 minit pengecasan penuh dan 5 minit pengecasan boleh menjamin video boleh dimainkan mencapai 4 jam. Tidak ada beza pun dengan yang lalu, mungkin kita perlu nantikan inovasi lain seperti MagVOOC seakan MagDart akan datang untuk lihat beza dan perkara lebih menarik.

Pesaing​

Oppo Reno6 Pro​
Vivo X60 Pro​
Poco F3​
6.5″ AMOLED, FHD+
90Hz, HDR10+
Corning Gorilla Glass 5​
6.56″ AMOLED, FHD+
120Hz, HDR10+
Corning Gorilla Glass 5​
6.67″ AMOLED, FHD+
120Hz, HDR10+
Corning Gorilla Glass 5​
Snapdragon 870 (7nm)
1 x 3.2 GHz Kryo 585
3 x 2.42 GHz Kryo 585
4 x 1.80 GHz Kryo 585​
Snapdragon 870 (7nm)
1 x 3.2 GHz Kryo 585
3 x 2.42 GHz Kryo 585
4 x 1.80 GHz Kryo 585​
Snapdragon 870 (7nm)
1 x 3.2 GHz Kryo 585
3 x 2.42 GHz Kryo 585
4 x 1.80 GHz Kryo 585​
Adreno 650​
Adreno 650​
Adreno 650​
12GB RAM + 7GB Maya​
12GB RAM + 3GB Maya​
8GB​
256GB UFS 3.1​
256GB UFS 3.1​
256GB UFS 3.1​
Kamera Utama
50+16+13+2 Megapixel,
(f/1.8+f/2.2+f/2.4+f/2.4)​
Kamera Utama
48+13+13 Megapixel
(f/1.79+f/2.2+f/2.46)​
Kamera Utama
48+8+5 Megapixel,
(f/1.8+f/2.2+f/2.4)​
Kamera Hadapan
32-Megapixel,
(f/2.4)​
Kamera Hadapan
32 Megapixel,
(f/2.5)​
Kamera Hadapan
20 Megapixel,
(f/2.5)​
Tiada Kemampuan Kalis Air​
Tiada Kemampuan Kalis Air​
Tiada Kemampuan Kalis Air​
Tiada Bicu audio 3.5mm​
Tiada bicu audio 3.5mm​
Tiada bicu audio 3.5mm​
Tiada Pemancar infra merah​
Tiada pemancar infra merah​
Ada Pemancar infra merah​
4500 mAh (Berwayar 65W)​
4300 mAh (Berwayar 33W)​
4520 mAh (Berwayar 33W)​
RM2,999
RM3,299
RM1,699

Kesimpulan​

Dari segi rekaan memang seakan tiada beza, tetapi perubahan spesifikasi dalaman ini sangat memainkan peranan. Ia mengubah pengalaman penggunaan secara drastik. Skrin juga mungkin tiada beza seperti rekaan, saiz peranti, rekaan melengkung, sokongan 90Hz dan lain-lain lagi. Tetapi Color OS 11.3 memberikan satu boost untuk pengalaman penggunaan yang sedikit lebih baik.

Ulasan-Oppo-Reno6-Pro-11-950x534.jpg.webp


Prestasi juga berbanding Reno5 Pro lebih 2x ganda lebih pantas. Penambahan RAM maya walaupun sedikit peratusan dalam perubahan, yang penting penggunaan di masa nyata adalah baik dan tidak bermasalah. Audio pada peranti ini juga sungguh mengasyikkan dan kualiti kamera yang sedikit lebih baik. Harapnya masalah AI ini dapat diperbaiki dalam Color OS 12 atau kemaskini akan datang. Motor getaran perandi yang berada di next level ini juga cukup membuatkan saya hampir jatuh cinta kepada peranti ini.

Harga jualan RM2,999 pada hemat saya agak mahal. Satu usaha yang baik dalam cuba memberikan pengalaman mengampiri sebuah peranti mercu lebih RM3 ribu. Untuk prestasi dan tiada isu panas ketika fotografi dan permua mungkin berbaloi kerana 19GB RAM dan SD870 yang membantu. Tetapi untuk penggunaan seimbang saya rasakan Mi 11 masih lagi antara yang terbaik walaupun hanya 8GB RAM.

Pro​

  • Prestasi yang gila pantas dan lancar​
  • Kemampuan kamera yang semakin hebat​
  • Sistem audio dengan kualiti yang mengasyikkan​
  • Motor getaran yang gila hebat dan cool

Kontra​

  • Bateri yang biasa-biasa sahaja​
  • Rekaan yang bosan dan tiada faktor WOW​
  • Color OS 11.3 dengan kecerdasan buatan yang tidak konsisten​
  • Harga jualan yang agak mahal​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
OPPO Reno6 Z - Alternatif Telefon Pintar 5G Gaming Yang Baik Bawah RM2000

Jika anda penggemar telefon pintar gaming, tentunya anda tahu bahawa telefon pintar ini kebiasaannya dipasarkan pada harga yang agak mahal disebabkan spesifikasinya yang tinggi. Ada juga telefon pintar yang dipasarkan pada harga mampu milik namun tentu ada juga di antara kita yang sedikit skeptikal terhadapnya kerana memikirkan bahawa telefon mampu milik ini kebiasaannya akan ada spesifikasi yang akan dikorbankan.

Apa Yang OPPO Reno6 Z Tawarkan Untuk Keseronokan Gaming?

Tetapi bagi OPPO Reno6 Z, anda tidak perlu risau kerana ia hadir dengan spesifikasi baik untuk bermain permua dan dalam masa yang sama dipasarkan pada harga yang lebih mampu milik berbanding telefon gaming biasa.

OPPOReno6Z_01-950x713.jpg.webp

Mengoptimasikan CPU Dan GPU Untuk Pengalaman Gaming Yang Lebih Menyeronokkan

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U 5G yang mana ia dikatakan mampu untuk beroperasi sepantas 2.4GHz. Jika dirujuk ke laman rasmi MediaTek, cip pemprosesan ini mampu untuk melancarkan permua di telefon pintar sepantas 1.4 saat lebih laju daripada siri Dimensity 700 sebelumnya, 11% lebih pantas untuk operasi CPU dan prestasi GPU-nya pula adalah 28% lebih baik.

Rangkaian 5G Untuk Sambungan Internet Yang Lebih Laju

Sokongan rangkaian 5G pada telefon pintar ini juga akan membantu prestasi permainan anda. Mengapa saya berkata begitu adalah kerana apabila rangkaian 5G sudah mula disokong, ia mampu untuk menawarkan rangkaian internet yang lebih laju sekaligus membolehkan anda untuk bermain permua dengan lebih lancar dan mengurangkan masalah lengah masa ketika permainan.

Hyper Boost 4.0 Dan Multiple Cooling Mechanism Untuk Permainan Yang Lebih Lancar

Prestasi permainan anda juga akan menjadi lebih baik melalui fungsi Hyper Boost 4.0. Fungsi ini beroperasi untuk mengoptimasikan penggunaan CPU dan GPU ketika permainan berlangsung. Ini sekaligus mengurangkan penggunaan kuasa OPPO Reno6 Z ini sehingga 10%. Proses pemanasan juga lambat berlaku kerana dibantu oleh ciri Multiple Cooling Mechanism yang ada pada telefon pintar ini dimana ia berfungsi untuk mengurangkan pemanasan peranti sehingga 30%. Jadi telefon anda lambat panas jika bermain permua dalam tempoh masa yang lama.

Mod-Mod Permainan Boleh Diaktifkan Apabila Anda Tidak Ingin Diganggu Ketika Permainan

Pernahkah anda mengalami situasi ini? Permainan anda sudah sampai di penghujung dan bersedia untuk menang. Tetapi disebabkan oleh notifikasi yang sentiasa masuk menyebabkan permainan anda terganggu dan akhirnya anda kalah. Jika anda hendak mengekalkan prestasi permainan anda, OPPO Reno6 Z ini dilengkapi dengan fungsi Game Focus Mode dimana telefon pintar ini tidak akan menerima notifikasi apabila ia diaktifkan, sekaligus tidak mengganggu fokus anda ketika permainan berlangsung.

OPPO-Reno6-Z-Game-Space.jpg.webp
OPPOReno6Z_Game_01-950x428.jpg.webp

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan fungsi Bullet Notifications sekiranya masih ingin menerima notifikasi. Notifikasi akan muncul pada bahagian atas skrin dan boleh dihilangkan apabila anda menatalnya ke kiri. Anda juga boleh tetapkan kelajuan notifikasi hilang dan muncul di skrin dan juga boleh mengurangkan kegelapan talam notifikasi supaya menjadi sedikit lutsinar dan tidak mengganggu ruang permainan anda.

Ketahanan Bateri Yang Lama Dan Turut Dibantu Oleh Pengecasan Pantas

Untuk satu pusingan permainan kadang kala juga memakan masa yang lama. Oleh sebab itu, anda perlukan kapasiti bateri yang besar dan juga sistem pengecasan yang pantas. Jika anda memiliki OPPO Reno6 Z ini, ia tidak menjadi masalah untuk anda bermain dalam tempoh masa yang lama kerana ia hadir dengan kapasiti bateri sebesar 4310mAh yang boleh dicas menggunakan 30W VOOC Flash Charge 4.0. Menurut OPPO, telefon pintar ini mampu mengecas penuh dalam masa 52 minit.

Saiz Memori Dan Storan Yang Boleh Diperluaskan Menjadi Lebih Besar

Kita semua tahu bahawa saiz memori dan storan juga memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lancar. Jadi, OPPO meletakkan saiz memori 8GB RAM bersama 128GB ROM pada telefon pintar ini. Malah saiz RAM pada telefon pintar ini juga boleh dikembangkan sehingga 5GB tambahan dan storannya pula boleh dikembangkan menggunakan mikro SD bagi menyimpan lagi banyak fail seperti permua, gambar dan juga video.

Apakah Ciri Menarik Lain Yang Ada Pada OPPO Reno6 Z?

Keupayaan Kamera Yang Mampu Menghasilkan Rakaman Yang Baik

Apabila sebut sahaja OPPO, kita semua tahu bahawa jenama ini adalah antara jenama telefon pintar yang sering memfokuskan kepada keupayaan kamera. OPPO Reno6 Z ini dilengkapi dengan kamera utama 64MP, 8MP untuk kamera sudut lebar dan juga 2MP untuk kamera makro. Manakala kamera swafotonya pula dilengkapi dengan sensor 32MP. Antara fungsi-fungsi rakaman gambar dan video yang disokong adalah seperti Bokeh Flare Portrait untuk kamera depan dan belakang, Ultra-Clear 108MP Image, AI Palette, Flash Snapshot, Focus Tracking Video dan banyak lagi fungsi rakaman menarik.

Fungsi Kawalan Skrin Tanpa Sentuhan

Selain daripada itu, terdapat juga ciri Air Gestures yang membolehkan anda untuk mengawal telefon dengan hanya menggunakan gerakkan tangan tanpa perlu menyentuh skrin 6.4 inci AMOLED telefon ini. Terdapat dua fungsi dibawah ciri ini. Pertamanya adalah Air Answer dimana anda boleh menjawab panggilan telefon dengan hanya menggerakkan tangan anda ke atas. Keduanya adalah Air Scroll yang membolehkan anda menatal skrin tanpa menyentuhnya dengan jarak 20-40 sentimeter daripada skrin.

Harganya Yang Berbaloi Untuk Sebuah Telefon Pintar Yang Memfokuskan Kamera Dan Gaming

Ciri menariknya yang lain tentulah harga pasarannya. Telefon pintar ini boleh didapati pada harga RM1699 sahaja dengan dua pilihan warna iaitu Stellar Black dan juga Aurora. Untuk sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan kamera dan mempunyai spesifikasi gaming yang baik, harga sebegini tentunya menjadikan ia berbaloi untuk dimiliki. Sekiranya anda gemar bermain permua yang tidak terlalu berat, OPPO Reno6 Z adalah model yang sesuai untuk anda. Jadi, kalau anda berminat dengan telefon pintar ini, boleh memilikinya melalui pengedar-pengedar rasmi OPPO di seluruh Malaysia.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register