BTC USD 56,457.6 Gold USD 1,764.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Siri Kad Grafik Intel Arc Alchemist - Suku Pertama 2022 Kelak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Sektor kad grafik kelas pengguna dilihat akan semakin rancak pada tahun hadapan apabila Intel melancarkan siri kad grafik mereka sendiri, yang dinamakan Intel Arc Alchemist. Beberapa hari lalu, Intel mengesahkan bahawa mereka mempunyai peta tentang siri kad grafik HPG Xe mereka, yang setakat ini terdiri daripada Alchemist, Battlemage, Celestial dan Druid, yang mana Alchemist ialah nama samaran untuk cip pemprosesan grafik Intel DG2 yang sudahpun diperlihatkan sebelum ini.

Intel baru-baru ini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri kad grafik Arc Alchemist ini pada suku pertama tahun hadapan, dan telah memperlihatkan beberapa butiran mengenai kad grafik tersebut yang akan membuatnya pesaing yang agak sengit menentang AMD dan juga NVIDIA. Kad grafik Arc Alchemist ini dibina dengan sokongan untuk API grafik seperti DirectX12 Ultimate dan kebolehan mengolah grafik pada tahap tinggi pada resolusi QHD dan 4K pada tetapan yang tinggi. Ujian cip grafik Intel DG2 (sebelum ia dikenali sebagai Arc Alchemist) menunjukkan bahawa kad grafik ini dengan spesifikasi penuhnya mampu bertanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070, yang boleh dikatakan satu kejayaan yang agak baik untuk sebuah syarikat yang membangunkan kad grafik pertama mereka.

Dari segi spesifikasi, apa yang diberitahu mengenai cip grafik ini ialah ia dilengkapi dengan cip grafik Intel Xe serba baru yang dilengkapi dengan 16 enjin vektor and 16 enjin matriks. Bukan itu sahaja, cip pemprosesan grafik ini akan hadir dengan sokongan untuk teknologi grafik Ray-tracing daripada DirectX dan Vulkan. Intel turut memperkenalkan teknologi Xe SS ataupun Xe Super Sampling yang membolehkan kad grafik ini menggerakkan permainan pada resolusi lebih tinggi menggunakan gabungan resolusi rendah, tetapan grafik tinggi dan juga kecerdasan buatan. Bukan itu sahaja, kad grafik ini juga akan menggunakan tenaga lebih rendah untuk menggerakkan permainan pada resolusi tersebut.

Intel juga mengatakan bahawa kit pembangunan perisian (SDK) Intel Xe SS akan tiba untuk pembangun permainan bermula bulan ini supaya sokongan untuknya pada permainan-permainan komputer moden akan tiba apabila siri kad grafik ini diperkenalkan pada tahun hadapan. Lebih menarik lagi, Intel turut mengesahkan bahawa cip pemprosesan grafik ini akan dibina oleh TSMC menggunakan nod 6nm oleh TSMC. Ini boleh dikatakan kali pertama Intel menggunakan khidmat syarikat luar untuk mengilangkan sebuah cip pemprosesan utama. Setakat ini ia tidak diketahui lagi berapa model kad grafik yang Intel akan lancarkan dibawah nama Arc Alchemist ini, tetapi seperti yang dikatakan sebelum ini, sektor kad grafik pengguna akan menjadi lebih rancak lagi apabila Intel mengumumkan penawaran mereka secara rasmi pada tahun hadapan.​

1629887374729.png

1629887381316.png

1629887389365.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Olahan Rekaan Penyejuk Kad Grafik Intel Arc Alchemist Di Perlihatkan

Intel dijangka akan memperlihatkan siri kad grafik desktop mereka pada tahun hadapan, tetapi dari segi pelancaran produk, oleh kerana kekurangan bahan mentah, ia dilhat bahawa siri kad grafik ini hanya akan mula dipasarkan sekitar suku kedua tahun 2022. Moore’s Law is Dead, laman YouTube yang sering memperlihatkan rekaan awal komponen-komponen komputer terbaru baru-baru ini telah memperlihatkan olahan reka bentuk rujukan yang akan digunakan oleh syarikat-syarikat pembuat kad grafik yang lain.

Menurut pemilik laman web tersebut, imej olahan yang diperlihatkan ini boleh dikatakan cukup tepat, berdasarkan memori beliau yang telah melihat sendiri rupa kad grafik tersebut, dan telah meminta seorang pengolah grafik 3D untuk mengolah rekaan kad grafik tersebut. Dari imej yang diperlihatkan, kad grafik ini mempunyai rekaan setebal dua slot pengembangan PCIe, menggunakan satu palam lapan pin dan satu palam enam pin kuasa PCIe dan hadir dengan tiga palam DisplayPort dan satu palam HDMI.

Spesifikasi rasmi untuk kad grafik ini tidak diketahui lagi, tetapi ia sudahpun disahkan bahawa cip pemprosesan grafik Arc Alchemist ini akan dikilangkan menggunakan proses 6nm oleh TSMC. Intel juga dijangka akan memperkenalkan beberapa model SKU dengan kemampuan grafik berbeza sesuai untuk pelbagai jenis pengguna yang mahu mendapatkan kad grafik kelas desktop untuk komputer-komputer mereka apabila ia dilancarkan kelak.​

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register