Siri CPU AMD Ryzen 4000 Akan Sokong Papan Induk AMD B450

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,342
Points
236
Apabila mengemaskini komponen sistem komputer desktop, salah satu aspek yang diberikan penekanan ialah sokongan kebelakang, khususnya untuk papan induk sekiranya cip pemprosesan perlu ditukar.

AMD telah mengatakan sebelum ini bahawa cip-cip yang dikeluarkan sehingga 2020 akan menyokong papan-papan induk siri lama, dan syarikat pembangun sistem komputer XMG telah meniriskan bahawa CPU AMD Zen 3, ataupun AMD Ryzen 4000 yang diberikan kod nama Vermeer akan sekurang-kurangnya menyokong papan induk siri pertengahan AMD B450 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Tirisan tersebut hadir melalui laman web Reddit, dimana papan induk AMD B450 tersebut hanya memerlukan kemaskini kod mikro sama seperti yang diperlukan oleh papan-papan induk sebelum ini untuk CPU AMD Ryzen 3000.

Buat masa ini, tiada butiran yang tertiris mengenai sokongan untuk papan induk siri premium X470, tetapi jika papan induk siri B450 akan menerima sokongan untuk CPU terbaru ini, besar kemungkinan papan induk siri premium tersebut akan menerimanya juga.

CPU AMD Zen 3 dikatakan akan dilancarkan sekitar penghujung tahun ini.



Sumber asal https://www.techpowerup.com/265850/...-cpus-to-be-compatible-with-b450-motherboards
Rujukan tambahan https://www.reddit.com/r/XMG_gg/comments/fsbsr0
 
Sponsored Post

Spellweaver

Junior Member
Joined
Oct 31, 2019
Messages
60
Reaction score
2
Points
11
Personally I am waiting for something like you know that I even forgot now so many names 4000G series of desktop one which will be avaliable this summer for everything out there totally and completely. So what to do with such ? I assume ASUS will do all of that.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,342
Points
236
AMD Ryzen 4000 Untuk Desktop Hanya Akan Sokong Papan Induk AMD B550 Buat Masa Ini

Baru-baru ini, AMD telah mengumumkan bahawa CPU AMD Zen 3 ataupun AMD Ryzen 4000 mereka yang dibina menggunakan teknologi binaan 7nm+ akan dilancarkan tahun ini.

Sehubungan dengan itu, mereka turut memperkenalkan papan induk dengan cipset B550 yang dilaporkan akan membawa sokongan untuk sambungan PCIe 4.0 kepada siri papan induk mampu milik mereka.

AMD-B550-Mobo-950x534.jpg


Walaupun begitu, AMD turut mengumumkan bahawa sokongan untuk CPU tersebut hanya akan hadir melalui papan induk baru ini. Pelbagai laporan juga telah mengesahkan bahawa papan induk X570 dan B450 kebawah tidak akan menyokong CPU Zen 3, dan pengguna akan perlu menukar papan induk untuk menggunakannya.

Ini cukup menyedihkan kerana AMD sebelum ini akan menyokong papan induk dua generasi kebelakang sebelum perlu ditukar untuk sokongan ciri-ciri tambahan.

Menurut AMD, papan-papan induk AMD B550 akan mula memasuki pasaran antarabangsa bermula 16 Jun kelak pada harga bermula $100 (~RM430).

Sumber asal https://www.techpowerup.com/266710/...r-zen-3-older-am4-motherboards-not-compatible
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,139
Reaction score
535
Points
171
AMD Ryzen 4000 Untuk Desktop Hanya Akan Sokong Papan Induk AMD B550 Buat Masa Ini

Baru-baru ini, AMD telah mengumumkan bahawa CPU AMD Zen 3 ataupun AMD Ryzen 4000 mereka yang dibina menggunakan teknologi binaan 7nm+ akan dilancarkan tahun ini.

Sehubungan dengan itu, mereka turut memperkenalkan papan induk dengan cipset B550 yang dilaporkan akan membawa sokongan untuk sambungan PCIe 4.0 kepada siri papan induk mampu milik mereka.

View attachment 234634

Walaupun begitu, AMD turut mengumumkan bahawa sokongan untuk CPU tersebut hanya akan hadir melalui papan induk baru ini. Pelbagai laporan juga telah mengesahkan bahawa papan induk X570 dan B450 kebawah tidak akan menyokong CPU Zen 3, dan pengguna akan perlu menukar papan induk untuk menggunakannya.

Ini cukup menyedihkan kerana AMD sebelum ini akan menyokong papan induk dua generasi kebelakang sebelum perlu ditukar untuk sokongan ciri-ciri tambahan.

Menurut AMD, papan-papan induk AMD B550 akan mula memasuki pasaran antarabangsa bermula 16 Jun kelak pada harga bermula $100 (~RM430).

Sumber asal https://www.techpowerup.com/266710/...r-zen-3-older-am4-motherboards-not-compatible
TAK PAYAH SEDIH... board lama sudah tentu " LEHER BOTOL " dgn CPU terbaru mereka.. nak elakkan orang buat test pada board lama .. kemudian claim xder beza pada cpu terbaru mereka. jadi mereka juga ikut cara intel... tukar2 pin soket
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,342
Points
236
AMD Perkenal Siri Cip Pemprosesan AMD Ryzen Pro 4000 Untuk Komputer Riba Kelas Perusahaan

Setelah melancarkan dua siri cip pemprosesan untuk komputer riba, AMD bakal memasuki pasaran komputer riba untuk syarikat-syarikat perusahaan yang menangani data yang sulit ataupun penting dan memerlukan ciri-ciri keselamatan tambahan.

AMD-Ryzen-Pro-4000-Specs-950x534.png


Siri cip pemprosesan tersebut dinamakan AMD Ryzen Pro 4000, dan terdiri daripada AMD Ryzen Pro 7 4750U (8 teras, 16 bebenang kuasa), AMD Ryzen Pro 5 4650U (6 teras, 12 bebenang kuasa) dan AMD Ryzen 3 4450U (4 teras, 8 bebenang kuasa).

AMD-Ryzen-Pro-4000-Performance-950x534.png


Selain daripada penambahan bilangan teras berbanding dengan model cip pemprosesan yang dilancarkan pada tahun lepas, prestasi komponen-komponen ini juga dilihat lebih baik, dan kesemua cip-cip ini mempunyai TDP serendah 15W yang membolehkannya hadir dengan jangkahayat bateri selama 20 jam.

AMD-Ryzen-Pro-4000-Features-950x534.png


Perbezaan utama siri cip pemprosesan Ryzen Pro 4000 berbanding dengan Ryzen 4000 biasa ialah ciri keselamatan tambahan yang dimuatkan didalamnya, seperti AMD Memory Guard yang memastikan data anda sentiasa selamat walaupun komputer riba anda dicuri, dan juga sokongan untuk Microsoft Endpoint Manager yang memudahkan bahagian IT anda untuk mengurus sebarang isu pada komputer riba anda.

AMD-Ryzen-Pro-4000-HP-950x534.png
AMD-Ryzen-Pro-4000-Lenovo-950x534.png


Buat masa ini, AMD mengatakan bahawa terdapat dua jenama komputer riba yang akan memperlihatkan model-model yang dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen Pro 4000 ini, seperti HP dan juga Lenovo.

Sumber asal https://community.amd.com/community...ess-notebooks-amd-ryzen-pro-mobile-processors
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,342
Points
236
AMD Akan Aktifkan Sokongan CPU AMD Zen 3 Pada Papan Induk B450 & X470 - Dengan Satu Syarat

Pada minggu lalu, ada dilaporkan bahawa papan induk siri AMD B450 dan X470 tidak akan menyokong siri CPU AMD Zen 3 yang akan diperkenalkan pada tahun ini.

Ramai pengguna AMD di serata dunia nampaknya tidak begitu gembira mengenai berita tersebut kerana AMD telah menjanjikan sokongan kebelakang (backward compatibility) untuk papan induk untuk model-model sebelum sehingga tahun 2020.

Terkini, AMD mengumumkan dimana mereka akan memperkenalkan sebuah kemaskini BIOS untuk pembuat papan induk yang boleh dimuat-turun oleh pengguna.

Menurut AMD, papan induk X470 dan B450 terpilih boleh dikemaskini untuk mengaktifkan sokongan untuk CPU AMD Ryzen 4000 akan datang, tetapi akan hadir dengan satu kaveat yang sangat besar. Papan induk yang memuat-turun kemaskini ini akan menyokong CPU AMD akan datang, tetapi tidak akan menyokong CPU-CPU generasi sebelum ini.

Bukan itu sahaja, papan induk yang memasang kemaskini BIOS tersebut tidak boleh memasang kemaskini BIOS yang lama untuk mengaktifkan semula sokongan CPU lama, jadi pengguna harus berfikir sehabis-habisnya sebelum memasang kemaskini CPU tersebut.

AMD turut berkata bahawa mereka akan cuba untuk mengesahkan bahawa pengguna yang ingin memuat-turun kemaskini ini telah membeli sebuah CPU AMD Ryzen 4000 untuk memastikan mereka tidak merosakkan papan induk mereka secara tidak sengaja.

Buat masa ini, AMD masih belum mengesahkan bilakah kemaskini BIOS ini akan tiba untuk pembuat dan pengguna, tetapi jangkaannya adalah sekitar waktu yang sama CPU AMD Zen 3 ini akan dilancarkan kelak.

Sumber asal https://www.tomshardware.com/news/a...nd-x470-motherboards#xenforo-comments-3608247
 

Irwan De Gea

Active Member
Joined
Feb 8, 2012
Messages
2,058
Reaction score
17
Points
25
Mohon bantuan..

Processor high range model yg mana boleh support motherboard yg guna pin socket FM2.
Skrg tgk yg high range punya dah guna socket lain..

Atau better beli board baru ja...
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,342
Points
236
Mohon bantuan..
Processor high range model yg mana boleh support motherboard yg guna pin socket FM2.
Skrg tgk yg high range punya dah guna socket lain..
Atau better beli board baru ja...
setahu saya, AMD Dual-Core maksimum 3.9Ghz boleh sokong (ranging 6400K sampai 7650K).. processor makin kecik bro, makin high-tech .. sama kuasa dengan Intel I7 920 ..

kalau bro nak upgrade "fully" .. hasrat hati :)
 

Irwan De Gea

Active Member
Joined
Feb 8, 2012
Messages
2,058
Reaction score
17
Points
25
setahu saya, AMD Dual-Core maksimum 3.9Ghz boleh sokong (ranging 6400K sampai 7650K).. processor makin kecik bro, makin high-tech .. sama kuasa dengan Intel I7 920 ..

kalau bro nak upgrade "fully" .. hasrat hati :)

Tujuan upgrade, utk gaming..
RAM boleh cari lagi.. Tapi, processor yg mcm susah nak cari socket FM2..

Sebab sya buat online review, kebanyakan guna socket AM3..
Yg masih guna FM2, tak byk pilihan... Yg ada pun, range pertengahan ja..

update : Paling laju utk FM2 AMD A10-6800K shj.. Mmg nak kena tukar motherboard la... :sick::sick:
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register