Siri Acer Enduro - Komputer Riba Windows & Tablet Android Tahan Lasak

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Komputer tahan lasak seringkali diperkenalkan, tetapi spesifikasinya pasti tidak begitu yang terkini. Ini kerana sasarannya adalah terhad dan asalkan spesifikasi yang ditawarkan sesuai dengan kerja-kerja yang pengeluar sasarkan, ia sudah memadai. Acer baru-baru ini memperkenalkan siri Enduro, iaitu barisan komputer riba Windows 10 dan tablet Android yang tahan lasak.


Acer Enduro N7 Rugged Notebook

Enduro N7 ini dibina dengan bahan yang menyerak kehentakan dan sesuai digunakan oleh petugas barisan hadapan, mereka yang bertugas di tapak pembinaan, kilang atau mana-mana persekitaran yang merbahaya. Bahannya juga adalah gred tentera MIL-STD 810G dan turut mempunyai perlindugan kalis air IP65.

Acer-Enduro-Siri-2020-03-650x488.jpg


Skrin komputer riba ini adalah 14-inci FHD, mempunyai ketahanan bateri 10 jam dan turut mempunyai bateri tambahan. Ia dijana dengan cip empat-teras Intel Core i5 generasi ke-8, mempunyai cip sekuriti TPM 2.0, sistem log masuk Windows Helo dan juga perisian AEMS terbina. Memori adalah sehingga 8GB RAM, SSD terhad kepada 120GB dan berat 2.85KG. Harga untuk model ini masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.


Acer Enduro N3 Rugged Notebook

Seperti N7, ia adalah komputer riba tahan lasak. Walaupun bahan binaan sama, iaitu bahan gred tentera MIL-STD 810G – ia hanya mempunyai perlindungan kalis air IP53. Ia juga lebih ringan, iaitu hanya 1.985KG sahaja berbanding N7 yang melebihi 2KG. Skrin N3 juga dilindungi dengan lapisan kaca dari Corning Gorilla Glass sebagai perlindungan.Cip sekuriti TPM, perisian AEMS, semuanya dikekalkan.

Acer-Enduro-Siri-2020-04-650x434.jpg


Model N3 ini dijana dengan cip Intel yang terkini, iaitu sehingga Intel Core i7 generasi ke-10, memori yang boleh dinatiktaraf sehingga 32GB, pilihan cip grafik NVIDIA MX230 dan SSD sehingga 2TB. Harga jualan disasarkan adalah bermula dari $899, iaitu sekitar RM3842.


Acer Enduro T5 Rugged Tablet

Acer-Enduro-Siri-2020-06-650x433.jpg


Ia adalah sebuah tablet yang menjalankan Windows 10 Pro. Untuk kuasa ia dijana dengan Intel Core m3-7Y30, memori terhad kepada 4GB RAM dan storan hanya 128GB SSD. Skrin pula adalah FHD+ dari panel IPS dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 jam. Bateri juga adalah jenis yang boleh bertukar-tukar untuk memudahkan tugasan pekerja, mempunyai perlindungan kalis air IP65, perisian AEMS, aksesori untuk stesen dermaga, pemegang, sangkut pada bahu, pasang pada kereta dan banyak lagi.


Acer Enduro T1 Rugged Tablets

Produk terakhir adalah tablet juga, tetapi ada dua model iaitu Android atau Windows 10. T1 ET110-31W adalah model yang menggunakan Windows, ia dijana dengan Intel Celeron N3450, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB eMMC dan mempunyai cip grafik Intel HD 500. Skrin adalah 10.1-inci HD+ dan boleh menyokong aksesori papan kekunci. Skrinnya juga cukup hebat, ia boleh digunakan bersama-sama dengan sarung tangan. Untuk perlindungan, bahan tahan lasak yang digunakan adalah gred tentera MIL-STD 810G4 dan kalis air IP54.
Acer-Enduro-Siri-2020-05-650x465.jpg

Model satu lagi adalah T1 ET108-11A yang paling kecil dan ia menjalankan Android. Sasaran Acer untuk tablet ini adalah mereka yang bekerja di kilang atau gudang. Bahan binaan adalah MIL-STD 810G dengan kalis air IP54. Ia turut mempunyai beberapa butang tambahan yang pengguna boleh tetapkan sendiri dan skrin yang boleh digunakan dengan sarung tangan.

Harga jualan kesemua produk ini bermula dari $899, iaitu sekitar RM3842.


Acer Enduro Management Suite (AEMS)

Produk terakhir adalah perisian Acer Enduro Management Suite (AEMS). Ia adalah sistem yang direkan untuk pengurusan peranti-peranti. Misalnya sebuah syarikat membeli siri Enduro ini secara pukal, perisian ini boleh memastikan keselamatan setiap peranti.
 
Top
Log in Register