Singapura tetap guna bom berangkai

CG Sponsors




gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
SINGAPURA 26 Nov. – Singapura tidak akan menandatangani perjanjian bagi mengharamkan penggunaan bom berangkai tetapi akan menghentikan eksportnya, kata pegawai hari ini.

Perjanjian itu telah diluluskan sebulat suara oleh lebih 100 buah negara yang menghadiri satu konvensyen di Dublin, Ireland pada Mei lalu dan dijangka ditanda tangani di Oslo pada bulan depan.

Perjanjian itu mengharamkan penggunaan, penghasilan, pemindahan dan penyimpanan bom berangkai.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penggunaan bom tersebut “menyebabkan kecelakaan kepada manusia semasa konflik tercetus dan dalam jangka masa panjang.”

Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan bersama berkata, pengharaman menyeluruh bom berangkai itu tidak praktikal kerana banyak negara melihat penggunaannya adalah perlu untuk aspek mempertahankan diri.

“Singapura terus komited dalam penggunaan bom berangkai secara bertanggungjawab bagi mempertahankan diri dan akan terus bekerjasama dengan komuniti antarabangsa untuk mencari penyelesaian menyeluruh ke atas masalah kemanusiaan yang timbul daripada penggunaan bom itu secara tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, langkah menghentikan eksport bom itu akan memastikan ia tidak berpindah tangan kepada pihak yang mungkin menyalahgunakan bom tersebut.

“Melalui pendekatan itu, kami dapat membendung penggunaan bom berangkai (oleh pihak tidak bertanggungjawab),” jelas kenyataan itu.


hmm sape laa pihakyang tidak bertanggungjawab tuh:-?
 
Sponsored Post

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
:eek::eek::eek: spore eksport bom berangkai? fuhhh:-?:-?
 

qreemall

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
sejak bile penggunaan senjata
ade secara bertanggungjawab?
:-?:-?:-?:-?
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
s'pore ada tekologi buat bom berangkai? kita pandai letupkan org guna Bom c4 (rembat pulak tu)
 

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
mmm..mmg 2*5 la tuh.. tp saper yg beli ek:-?:-?
rasa2 selalunya pembeli terbesar negara eropah selain US dan Israel....biasa lar deepa ni...depa yg buat peraturan kononnya utk sejagat tapi dlm masa yg sama membuat pencabulan
 

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,023
Reaction score
216
Points
123
singapore ni bahaya..
ancaman kepada semua..
dah jadi AS kt asia tenggara
 

Cuppy Cakes

Legendary Member
Joined
Sep 16, 2008
Messages
12,140
Reaction score
35
Points
120
Singapore mcm ada plan laen jek tu..
tu yg xnak sign pengharaman bom berangkai tu....
 

klon8504

Super Active Member
Joined
Jun 21, 2008
Messages
5,110
Reaction score
6
Points
65
ooo.. cukup bahaya.. kalu dia cri pasal mana mana negara.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register