BTC USD 26,825.3 Gold USD 1,961.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Singapura Teliti Cadangan Kembalikan Semula Projek HSR Bersama Malaysia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,850
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2

Singapura teliti cadangan kembalikan semula projek HSR bersama Malaysia​

10 Februari 2023 05:13pm

2088018.jpg


Singapura bersedia meneliti semula projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan kerajaan Malaysia.


SHAH ALAM - Singapura bersedia meneliti semula projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan kerajaan Malaysia.

Menteri Kedua Hal Ehwal Luar republik itu, Dr Mohamad Maliki Osman berkata, pihaknya akan membuka lembaran baharu bagi melihat sebarang cadangan daripada Malaysia untuk memulihkan operasi HSR itu.

“Jika anda tahu sejarahnya, cadangan dan persetujuan mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi berkenaan dihentikan berikutan sebab-sebab yang telah dinyatakan sebelum ini.

“Kami sedang menunggu dan bersedia dengan sebarang cadangan yang mungkin dikemukakan dari Malaysia. Kami akan lihat apakah cadangan tersebut serta perkara yang ingin mereka pertimbangkan,” katanya kepada media semasa Program Lawatan Wartawan Malaysia ke-15, di Singapura, pada Jumaat.

Maliki juga menambah, terdapat cadangan dari Malaysia tentang menghidupkan semula HSR dan republik berkenaan sebelum ini telah menyatakan bahawa ia bersedia untuk menelitinya.

Projek kereta api untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura itu pertama kali dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 2010.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong secara rasmi bersetuju untuk menjalankan projek bersama itu pada 2013 dengan jangkaan siap pada asalnya menjelang 2026.

Projek besar yang mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dan Malaysia dari empat jam kepada 90 minit itu bagaimanapun terhenti pada 1 Januari 2021 apabila kedua-dua negara mengumumkan penamatan projek itu secara bersama.

Ia selepas kedua-dua pihak tersebut gagal mencapai persetujuan berhubung perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum persetujuan projek melibatkan pembangunan sepanjang 350 kilometer itu luput pada 31 Disember 2020.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,850
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2
Perkembangan terdahulu

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,850
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2

HSR boleh diteruskan selagi tidak dibiayai kerajaan​

08 Mac 2023 05:24pm

2119834.jpg


Anthony Loke. Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil sikap terbuka terhadap sebarang cadangan untuk mengembalikan pelaksanaan projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, selagi ia tidak melibatkan pembiayaan oleh kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pihak swasta yang berhasrat meneruskan projek mega itu.

"Kita tidak akan menghalang. Perdana Menteri telah memberikan arahan kepada saya, bahawa kita boleh berbincang mengenainya. Kita terbuka kepada sebarang cadangan daripada pihak swasta selagi ia tidak melibatkan pembiayaan kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan di majlis anjuran Invest Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya setakat ini kerajaan belum menerima sebarang cadangan tertentu atau menyeluruh daripada pihak swasta mengenainya, dan tidak ada tempoh waktu ditetapkan untuk projek berkenaan, kerana cadangan pelaksanaannya telah dibatalkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin sebelum ini.

"Tiada keperluan mendesak dari segi melaksanakan sebarang projek bersejarah, jadi ketika ini kita terbuka kepada mekanisma pelaksanaan dan pembiayaan baharu.

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bersama mengenai pembatalan projek HSR kerana kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Sementara itu semasa ditanya mengenai cadangan pembinaan pelabuhan Pulau Carey, Anthony berkata ,Lembaga Pelabuhan Klang telah membuat kajian kebolehlaksanaan mengenainya dan kertas Kabinet akan disediakan tidak lama lagi.

"Ada sektor swasta yang berminat untuk membangunkan pelabuhan itu, tetapi kini ia masih di peringkat awal,” katanya. - Bernama


 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,850
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2

Kerajaan sedia beri kelulusan projek HSR​

21 Mac 2023 07:11am

2134060.jpg


Program Town Hall Rakyat bersama Anthony Loke yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH


SHAH ALAM - Kerajaan bersedia memberikan kelulusan semula kepada mana-mana syarikat swasta yang berminat meneruskan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, walaupun pada masa kini kontrak telah dihentikan dan perjanjian antara Malaysia dengan Singapura juga telah tamat, namun tidak bermaksud ia tidak boleh dimulakan semula.

“Jika ada syarikat berminat atau sanggup mengambil risiko untuk membina infrastruktur pengangkutan awam ini, pihak kementerian akan meneliti perkara yang boleh dilakukan bagi meneruskan projek berkenaan.

"Kerajaan telah memutuskan untuk tidak membiayainya. Projek tersebut perlu dilaksanakan sepenuhnya oleh mana-mana syarikat swasta yang berminat.

"Setakat ini, memang ada perbincangan dengan syarikat swasta namun permohonan secara rasmi belum diterima," katanya ketika sesi soal jawab bersama penonton ketika Program Town Hall Rakyat pada Isnin.

Town Hall Rakyat yang dihoskan oleh pelakon, Azhar Sulaiman itu merupakan platform interaktif untuk rakyat bersemuka dan bertanya pelbagai isu kepada pemimpin yang diundang.

Terdahulu, kerajaan Malaysia dilaporkan membayar pampasan sebanyak RM320.27 juta kepada Kerajaan Singapura selepas kedua-dua negara bersetuju untuk menamatkan kontrak pembinaan HSR sepanjang 350 kilometer itu.

Persetujuan tersebut diumum menerusi kenyataan bersama antara bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, pada 31 Disember 2020.


 
Sponsored Post

Top
Log in Register