BTC USD 62,871.1 Gold USD 1,802.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Singapura kutuk negara Asia

zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Singapura kutuk negara Asia

SINGAPURA 12 Dis. - Diplomat Singapura berpendapat pemimpin-pemimpin dari beberapa negara sekutunya di Asia sebagai korup, tidak cekap atau *****, demikian menurut pendedahan terbaru WikiLeaks hari ini.

Nota diplomatik sulit yang dikeluarkan laman web tersebut kepada kumpulan media Australia, Fairfax, mengandungi penilaian tidak elok melibatkan beberapa tokoh pemimpin di Malaysia, Thailand, India dan Jepun.

"Kepimpinan yang kurang cekap adalah satu masalah besar di Malaysia," kata setiausaha kekal di Kementerian Hal Ehwal Asing Singapura, Bilahari Kausikan kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Asia Timur, David Sedney, dalam satu kabel diplomatik bertarikh September 2008.

Bilahari dipetik sebagai berkata, situasi di Malaysia itu adalah mengelirukan dan berbahaya disebabkan kemungkinan yang jelas dalam konflik perkauman yang menyaksikan kaum Cina 'meninggalkan' Malaysia dan 'berpusu-pusu' ke Singapura.

Seorang lagi pegawai, Peter Ho dilapor sebagai menyifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang oportunis yang tidak teragak-agak mengkritik Singapura jika keadaan wajar untuk beliau berbuat demikian.

Katanya, dakwaan mengaitkan Najib dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu pada 2006 juga akan terus menghantui karier politik Perdana Menteri itu walaupun beliau menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.


Bilahari turut mengkritik kerajaan Thailand pada 2008 apabila melabel Perdana Menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra sebagai korup bersama-sama pemimpin lain termasuk pihak pembangkang.

Beliau turut menyifatkan Putera Mahkota Thai, Maha Vajiralongkorn sebagai 'tidak menentu dan mudah dipengaruhi' sambil memberi amaran tentang ketidakstabilan politik yang akan berterusan di negara itu.

Dalam satu dokumen bertarikh 2009, duta Singapura Tommy Koh yang terkenal dengan perwatakan lembut dan pandai berpidato, menyifatkan Jepun sebagai 'pihak yang kalah besar' dalam konteks merapatkan hubungan antara China dan ASEAN.

India pula disifatkan sebagai ***** dan 'separuh masuk, separuh keluar' dari ASEAN.

Setakat ini, Singapura masih belum memberikan reaksi berhubung pendedahan WikiLeaks itu, tetapi akhbar pro republik ini, Straits Times telah menyiarkan dokumen-dokumen tersebut di laman webnya. - AFP

Sumber




Singapork ni nak jadi cam US jugak ke kat sini?...jadi polis asia tenggara pulak?.nyibuk tepi kain org?
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
singapork tak sedar diri..macam lah bagus sangat.uwekkks
 

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
memang pun. rasuah keliling....mana nak cekap.
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
27,004
Reaction score
567
Points
161
elehhh singapor pun same gak,kalau x sebab bantuan dari barat x mungkin negara tu maju
 

Syedz

CG Top Poster Club
Joined
Dec 23, 2008
Messages
21,979
Reaction score
109
Points
128
sedap2 jea nak kutuk org,
skali kena nuklear tros lenyap..
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,897
Reaction score
56
Points
125
btul ajer singapork tu cakap..
dorg leh jauh maju dari kita sebab kurang rasuah dalam pentadbiran negara dorg.. alahai rakyat takkan itu pon tak sedar lagi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register