Singapore Airlines Dapat Dana RM56.7B Pulih Syarikat

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,318
Reaction score
3,057
Points
236
27.03.2020 - Singapura, Singapore Airlines Ltd memperoleh sehingga S$19 bilion (RM56.7 bilion) dana untuk membantu strategi pemulihan syarikat penerbangan itu disebabkan krisis COVID-19.

Ia juga menjadi isyarat peningkatan keyakinan terhadap permintaan industri pelancongan dan perjalanan.

Ini pakej pembiayaan tunggal terbesar yang diumumkan oleh syarikat penerbangan sejak permintaan merudum susulan pandemik COVID-19, memaksa banyak syarikat menggantung penerbangan, memberikan cuti tanpa gaji kepada kakitangan dan mendapatkan lebih banyak dana untuk memastikan kelangsungan operasi.

Pemegang saham terbesar Singapore Airlines, Temasek Holdings, berkata ia akan menanggung jamin penjualan saham dan bon boleh tukar sehingga S$15 bilion (RM44.8 bilion).

Bank terbesar Singapura, DBS Group Holdings Ltd menyediakan dana pinjaman S$4 bilion (RM11.9 bilion).

“Urus niaga ini bukan hanya akan memberikan perlindungan kepada Singapore Airlines melalui cabaran kecairan kewangan jangka pendek, malah akan meletakkannya untuk pertumbuhan selepas pandemik,” kata Ketua Eksekutif Temasek International, Dilhan Pillay Sandrasegara.

“Penghantaran pesawat generasi baharu dalam beberapa tahun akan datang bakal memberikan kecekapan bahan api yang lebih baik selain memenuhi strategi pengembangan kapasiti.

“Pada masa ini, syarikat penerbangan itu, iaitu pelanggan utama bagi Airbus SE dan Boeing Co, telah mengurangkan kapasiti sebanyak 96 peratus dan mengantung hampir keseluruhan angkatan pesawatnya selepas kerajaan Singapura tidak membenarkan operasi transit, yang menjadi penyumbang utama syarikat penerbangan itu,” katanya.

Sebehagian syarikat penerbangan yang mempunyai kewangan yang kukuh juga akan kembali ke kedudukan yang lebih normal selepas pandemik berakhir, seperti Qantas Airways Ltd Australia, yang meneruskan rancangannya membaik pulih bahagian dalaman angkatan 12 buah superjumbo A380.

Air New Zealand Ltd dan Virgin Australia Holdings Ltd, memberi amaran bahawa mereka menjangkakan akan menjadi syarikat penerbangan yang lebih kecil pada masa akan datang.

Syarikat penerbangan kos rendah Korea Selatan, Eastar telah mula mengembalikan beberapa pesawat Boeing 737 kepada pemajak, sementara Southwest Airlines Co berkata akan mempertimbangkan langkah untuk mengurangkan saiz syarikat jika trafik penumpang masih jauh lebih rendah enam bulan dari sekarang.

[


Berita asal https://www.bharian.com.my/bisnes/k...rlines-dapat-dana-rm567-bilion-pulih-syarikat
 
Sponsored Post

lelabah

Active+ Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
4,750
Reaction score
550
Points
81
Salah tempat
 
Last edited:

lelabah

Active+ Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
4,750
Reaction score
550
Points
81
salah tempat
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register