Sindiket Warga Asing Lambakan Pendatang Asing-JIM serbu Bandar Lama PJ 11/5 pg16

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Sindiket haram warga asing, siapa payungi mereka?
1588378333886.png


SEMALAM, telah dilaporkan bahawa sebuah sindiket perjudian tumpas dan 44 warga China telah ditahan oleh pihak polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7).

Menurut laporan tersebut, kumpulan sindiket tersebut telah menyewa seunit banglo dengan bayaran sebanyak RM7,000 sebulan. Manakala jumlah keuntungan sindiket keseluruhan berjumlah RM150,000 sehari. Enam set komputer, 17 laptop dan 75 telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan.

Ini bukanlah pertama kali kita mendengar berita mengenai sindiket-sindiket kegiatan haram yang melibatkan warga China atau warga-warga asing yang lain. Malah, berita sebegini sudah terlalu kerap kita dengari seolah-olah sindiket-sindiket sebegini adalah terlalu banyak atau terlalu kuat yang membuktikan sindiket yang melibatkan warga asing ini tidak berjaya dilumpuhkan atau dilemahkan pun.

Maka timbul beberapa persoalan di sini, apakah pergerakan mereka ini dipayungi oleh pihak tertentu kerana kita lihat pergerakan mereka sangat teratur, mempunyai kelengkapan yang canggih, aset-aset yang mewah dan pekerja-pekerja yang ramai. Jika benar mereka ini dipayungi oleh pihak tertentu, maka ini adalah suatu yang sangat membimbangkan kita.

Seterusnya, apakah kegiatan-kegiatan ini ada kaitan dengan 100,000 pelancong-pelancong China dan India yang tiada rekod perjalanan keluar dari negara kita menurut Jabatan Imigresen Negara? Jika benar perkara ini, berapa ramaikah dari jumlah ini yang sudah dikenalpasti dan berapa ramaikah yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan haram di Malaysia? Kita menuntut agar pihak berwajib memberikan laporan terkini mengenai perkara tersebut.

Timbul pula persoalan mengenai isu kad pengenalan palsu. Saya juga tertanya-tanya bagaimanakah mereka ini boleh bersenang-lenang berkeliaran di Malaysia dengan begitu mewah dan bebas jika mereka ini ‘hanya pelancong’? Atau apakah mereka telah menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan palsu untuk menikmati segala keselesaan sebagaimana warganegara Malaysia miliki?

Saya rasa banyak lagi persoalan yang boleh saya senaraikan di sini rentetan sindiket-sindiket yang berlaku tetapi saya rasa kita semua jelas bahawa ini perkara yang serius dan mungkin saling berkait.

Pihak kerajaan perlu mula merancang untuk menggerakkan satu ops besar-besaran untuk menumpaskan ‘akar masalah’ bagi segala sindiket-sindiket yang berlaku ini.

Saya tertarik dan ingin menyokong cadangan yang mendesak pihak kerajaan menukar kad pengenalan baru sebagai sebahagian usaha untuk membanteras sindiket kad pengenalan palsu.

Sebuah petisyen mengenai desakan ini sudah mula digerakkan dan diharap agar menjadi satu bentuk sokongan moral dari rakyat kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk melaksanakannya.

Pautan petisyen: bit.ly/KadPengenalanBaru

Diharapkan agar rakyat Malaysia bersatu hati dalam isu ini kerana ini isu kedaulatan dan keselamatan dalam negeri yang serius, bukan isu yang boleh dipolitikkan.

Wallahu’alam.

Hj Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber:

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Rabu, 29 April 2020 | 6:42pm


warga_china_1588157484.jpg

Polis menahan 44 warga China termasuk lapan wanita selepas menyerbu empat rumah banglo dipercayai menjadi lokasi aktiviti perjudian dalam talian, di Nilai, Negeri Sembilan, hari ini. - NSTP/Ihsan PDRM
Sindiket judi tumpas, 44 warga China ditahan



KUALA LUMPUR: Polis menahan 44 warga China termasuk lapan wanita selepas menyerbu empat rumah banglo dipercayai menjadi lokasi aktiviti perjudian dalam talian, di Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.

Menerusi serbuan bermula jam 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan kesemua suspek berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zani Che Din, berkata sindiket perjudian itu menggunakan laman web http://pc260.com seperti Lucky Draw Canada 28, Beijing 28, dan Singapore 28.

"Sindiket itu memperdayakan pelanggan dengan mengatakan peluang untuk menang permainan itu adalah tinggi dengan menggunakan aplikasi WeChat dan 'QQ Messenger'.

"Kegiatan itu sudah beroperasi hampir enam bulan dan premis hanya digunakan untuk tujuan transaksi bayaran wang pertaruhan dipercayai dari China sahaja menggunakan mata wang negara itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zani berkata, seunit banglo itu disewa dengan bayaran sebanyak RM7,000 sebulan dengan keuntungan sindiket keseluruhan berjumlah RM150,000 sehari.

"Enam set komputer, 17 laptop dan 75 telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan.

"Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1) (a), (c) dan (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 selain Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1969 dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Baru sahaja semalam saya mengulas mengenai berita 44 warga China yang ditangkap di Nilai, Negeri Sembilan kerana terlibat dengan sindiket perjudian online.

Rupanya ada serbuan lain pula di Kajang, Selangor dalam sindiket yang sama, dan melibatkan mereka yang datang negara yang sama. Ini menunjukkan memang benarlah mereka ini terlalu ramai dan bergerak seolah-olah ada yang 'memayungi' pergerakan mereka.

Apakah mereka di bawah 'payung' yang sama? Siapakah dalang di sebalik semua ini? Apakah mereka ini miliki kad pengenalan palsu untuk tinggal dengan selesa dan mewah di Malaysia? Apakah pihak yang 'memayungi' mereka ini ada kaitan dengan sindiket kad pengenalan palsu juga?

Jika benar sangkaan ini, maka kerisauan rakyat akan kebanjiran warga asing di Malaysia sangat berasas. Melihat kaitan ini, desakan rakyat bagi menukar kad pengenalan baharu melalui petisyen adalah sangat tepat dan wajar.

Pautan petisyen: bit.ly/KadPengenalanBaru

Apakah wajar mereka bermewah-mewahan mengaut dan menikmati duit-duit haram melalui sindiket haram sebegini apabila kehadiran mereka sendiri di negara kita tidak diundang?

Tahniah PDRM atas komitmen membanteras sindiket-sindiket ini. Namun, kita mahukan penyelesaian yang lebih konkrit di akar permasalahan bagi menghapuskan sindiket sebegini selama-lamanya.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
1 Mei 2020

Rujukan:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/572346/30-warga-china-terbabit-judi-dalam-talian-ditahan

#BanterasSindiketWargaAsing
#PembelaKedaulatanNegara

1588378579104.png



 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,236
Reaction score
573
Points
121
Dari zaman bn, smp zaman ph nie dh zaman pn....skrip yg sama.....xtau la isu nie smp bila boleh settle....harapan kt pn plk la sebab convid dh buka mata hbs semua, sapa payung tu jgn bg peluang tangkap semua
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Aminuddin Yahaya Sebarkan petisyen ini: bit.ly/KadPengenalanBaru


PETISYEN: Rakyat Desak Tukar IC Baharu, Banteras Sindiket IC Palsu

OOpKStYZYygMwin-800x450-noPad.jpg

RcJspWLGBRudoYO-48x48-noPad.jpg

Hj Mohd Nor Izzat Hj Mohd Johari started this petition to YDPA Agong and 2 others

KAMI RAKYAT MALAYSIA MENUNTUT AGAR KERAJAAN MALAYSIA MENGELUARKAN KAD PENGENALAN BAHARU SEBAGAI LANGKAH MEMBANTERAS SINDIKET JUAL MYKAD DAN LAMBAKAN PATI DI MALAYSIA

Tahukah anda bahawa isu penjualan MyKAD, lambakan warga asing dan ‘kehilangan’ lebih 100,000 pelancong China dan India telahpun mendapat perhatian Kerajaan Malaysia. Cuma masih belum ada kenyataan rasmi sahaja.

1. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, menjunjung perlembagaan dan rukun negara, kami menyeru Kerajaan Malaysia mempercepatkan cadangan mewujudkan Kad Pengenalan Baharu dengan segera.

2. Kami mendesak sekali lagi kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia untuk bentangkan laporan terkini berkaitan isu pelancong tak balik. Ini kami tegas!

Wahai rakyat Malaysia,
Dengan kuasa VIRAL yang ada pada kita, SHARE dan sebarkan segera poster di bawah ini segera sebagai mendesak Kerajaan Malaysia cepat bertindak.
KITA CAKAP, KITA BUAT

Kalau bukan kita, siapa lagi nak pertahankan negara? Tidak perlu berperang, hanya SHARE sahaja. Ayuh!

SHARE dan SEBARKAN
#PEMBELABersuara
#KitaBantuKerajaanMalaysia

Berita Lanjut:
FB Page: Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
FB Page: Cikgu Izzat Johari





Updates
  1. 12 hours ago
    75,000 supporters
  2. 3 days ago
    Hj Mohd Nor Izzat Hj Mohd Johari started this petition
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Isu penipuan kad pengenalan dan lambakan PATI perlu dipandang serius



header-berita-58.png


Sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan kes pendatang haram yang masuk secara tidak sah. Bukan itu sahaja, turut berlaku penipuan kad pengenalan yang membabitkan pihak-pihak tertentu yang kita tidak ketahui.

Isu penipuan kad pengenalan dalam kalangan pendatang asing ini adalah sesuatu yang serius selain kegiatan lain sebagaimana yang melibatkan pendatang asing China seperti sindiket dadah, perjudian, penipuan pelaburan, penipuan pelaburan dan sebagainya. Kerajaan perlu bertindak tegas dan segera. Ini adalah isu nasional yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

Belum selesai isu lambakan warga China, timbul pula isu berkaitan kemasukan pelarian etnik Rohingya ke negara ini yang mencetuskan kegusaran rakyat. Melihat kepada perkembangan-perkembangan semasa ini, kerajaan perlu memperketatkan proses kemasukan warga asing melalui kawalan di sempadan dan imigresen bagi mengelakkan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Selain itu, pihak berkuasa juga perlu menghadkan bilangan PATI yang dibenarkan masuk, dengan tidak membiarkan mana-mana syarikat mengambil seberapa jumlah pekerja asing sewenang-wenangnya.
Namun, kita mahu segala manipulasi orang politik yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan membawa masuk pendatang asing masuk dalam negara dihentikan segera. Bagi yang dilindungi bawah Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pula, mereka perlu diusahakan agar segera dipulangkan ke negara masing-masing.

Walaubagaimanapun, saya berpendirian bahawa isu lambakan pendatang asing memerlukan pengurusan yang sangat teliti antaranya elemen kemanusiaan dan kepentingan negara.

Sebagai sebuah negara Islam, memanglah secara umumnya kita wajib membantu mana-mana saudara muslim lain yang berada dalam kesusahan tidak kira di mana mereka berada. Tetapi, bantuan ini bukan bermakna boleh menggugat keselamatan negara dan kebajikan rakyat negara sendiri.

Diharapkan agar pihak berwajib mengambil serius akan masalah-masalah yang berkaitan PATI ini supaya tidak timbul lebih banyak masalah yang akan membebankan negara.

Hj Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Peka gesa JPN siasat kes jual MyKad kepada warga asing
27 April 2020
693713.jpg

JPN digesa menjalankan siasatan dalaman bagi memastikan tiada kes berhubung pengeluaran sijil kelahiran dan kas pengenalan palsu kepada warga asing. (Gambar kecil: Zuhairi Ab Kadir)



KUANTAN - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) digesa menjalankan siasatan dalaman bagi memastikan tiada kes berhubung pengeluaran sijil kelahiran dan kas pengenalan palsu kepada warga asing yang dilihat semakin berleluasa.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir berkata, gesaan itu dibuat berikutan terdapat banyak pihak dan individu yang didakwa terlibat dalam kegiatan penjualan MyKad.

Justeru katanya, JPN perlu membongkar kegiatan pihak yang terlibat yang dipercayai cuba mencari keuntungan daripada warga asing dengan menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“JPN perlu mencungkil satu persatu maklumat mengenai penjualan MyKad kepada warga asing yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan sewenang-wenangnya dilakukan oleh sesiapa lebih-lebih lagi pegawai dalam jabatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, tindakan segera perlu dilakukan bagi meneliti rekod yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihaknya dan perlu dibatalkan segera.

Jelasnya, selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu mengarahkan penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat perkara itu.

"Saya pasti banyak kemusykilan yang timbul berhubung perkara itu dan ia perlu dihapuskan serta-merta dengan melakukan siasatan secara menyeluruh,” katanya.

Pada 19 Ogos tahun lalu, seramai 20 individu termasuk pegawai dan kakitangan JPN Pulau Pinang ditahan polis bagi membantu siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing secara tidak sah.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menyifatkan penjualan dokumen MyKad dan sijil kelahiran kepada warga asing itu sebagai pengkhianatan besar terhadap negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual MyKad: KDN arah Ketua Pengarah JPN beri kerjasama penuh
6 termasuk pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual MyKad


 
Sponsored Post
Top
Log in Register