BTC USD 76,804.1 Gold USD 2,685.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket Visa Perubatan - Imigresen Janji Tiada Kompromi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,748
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,748
Reaction score
6,956
Points
916
Awards
1
08.10.2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ untuk membawa masuk warga asing. Komitmen itu diberikan beberapa jam selepas Malaysiakini mendedahkan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap pegawai-pegawainya.

“Dalam hal integriti, JIM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang terbukti melakukan salah laku. Tindakan tegas akan diambil, tanpa mengira pangkat atau jawatan,” kata Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban.

Awal petang ini, memetik sumber, portal ini melaporkan EAIC menyerbu bahagian visa pejabat imigresen minggu lepas, merampas dokumen dan mengambil keterangan pegawai JIM. EAIC merupakan badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan, antaranya, bagi menyiasat aduan salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan. Sumber yang dipetik Malaysiakini mendakwa sindiket ini telah lama berleluasa.Dia mendakwa sindiket itu membawa masuk warga asing dengan menyediakan visa perubatan kononnya mereka masuk ke negara ini atas tujuan mendapatkan perubatan. Menurutnya, setiap individu dikenakan bayaran sekitar RM4,500 dengan lebih RM8 juta terlibat dalam sindiket tersebut. Sementara itu, Zakaria mengesahkan EAIC telah ke ibu pejabat JIM untuk siasatan lanjut dan pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

“JIM memandang serius dan sentiasa komited dalam memastikan tiada pelanggaran integriti selaras dengan fokus utama iaitu meningkatkan tatakelola, tadbir urus, disiplin dan integriti. Ini bagi memperbaiki imej dan reputasi jabatan agar kembali dihormati dan disegani,” katanya lagi.
1728394059222.png
 
Sponsored Post

EAIC Rampas Lebih 150 Fail Dari Jabatan Imigresen Putrajaya

08.10.2024 - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mengesahkan mereka sedang menyiasat skandal sindiket 'visa perubatan' melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Menurut EAIC, siasatan penuh sedang dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) yang dibaca bersama dengan subseksyen 26(3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

"EAIC mengesahkan telah hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit JIM Putrajaya dan melaksanakan penyitaan ke atas 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) selaras dengan seksyen 41 Akta 700," kata agensi berkenaan hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas Malaysiakini menyiarkan laporan bahawa beberapa pegawai JIM sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing. Menurut sumber, siasatan tersebut dijalankan EAIC yang melakukan serbuan pada minggu lalu.

"Ada pegawai telah dipanggil untuk memberi keterangan," kata sumber tersebut kepada Malaysiakini.

EAIC merupakan badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan, antara lain, bagi menyiasat sebarang aduan salah laku membabitkan pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan. JIM pula petang tadi memberi jaminan untuk tidak berkompromi terhadap sebarang pegawainya yang terlibat dalam sindiket tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan,” kata Ketua Pengarah JIM Zakaria Shaaban.

EAIC merupakan badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan, antaranya, bagi menyiasat aduan salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.

"Siasatan penuh sedang dijalankan ke atas aduan tersebut selaras dengan subseksyen 27(4) yang dibaca bersama dengan subseksyen 26(3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009," kata EAIC.
1728394699374.png
 
Last edited:
Pegawai Imigresen Di Siasat Dalang ‘Sindiket Visa Perubatan’ - Sumber

08.10.2024 - Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan sindiket counter setting melibatkan pegawai Jabatan Imigresen (JIM). Seramai 60 individu, termasuk 50 pegawai agensi penguatkuasaan, didakwa bersekongkol dalam kegiatan itu. Bagaimanapun, dikatakan terdapat satu lagi sindiket yang belum didedahkan. Menurut sumber-sumber Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen, beberapa pegawai JIM sedang disiasat selepas disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing. Menurut sumber, siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

"Mereka dah serbu pejabat imigresen (bahagian visa) minggu lepas. Rampas dokumen untuk tujuan siasatan. Ada pegawai telah dipanggil untuk memberi keterangan," dakwa satu sumber JIM.

EAIC merupakan badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan, antaranya, bagi menyiasat aduan salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan. Malaysiakini sudah menghubungi pejabat Ketua Pengarah JIM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan EAIC untuk mendapatkan reaksi mereka, namun setakat ini belum ada sebarang maklum balas diterima. Sementara itu, satu sumber KDN dan seorang ejen pekerja asing yang berpengetahuan mengenai sindiket itu berkata, “setting medical visa” ini telah lama berleluasa.

"Kalau counter setting itu bermaksud membawa masuk warga asing ke negara kita menerusi visa pelancongan, medical visa ini pula membawa masuk warga asing dengan menyediakan visa perubatan kononnya mereka masuk ke negara ini atas tujuan mendapatkan perubatan,” katanya.

Katanya, siasatan baru-baru ini melibatkan kelulusan lebih 20,000 visa perubatan yang diberikan tahun lepas melibatkan satu negeri sahaja. Katanya, setiap kepala dikenakan bayaran sekitar RM4,500.

"Setahu saya, lebih RM8 juta terlibat dalam sindiket ini," kata ejen itu.

Sumber KDN memberitahu Malaysiakini, selain JIM, beberapa agensi daripada kementerian lain turut terlibat dalam sindiket itu.

"Yang pertama, warga asing kena isi borang untuk visa perubatan. Dan kena ada surat rawatan yang disahkan oleh sebuah agensi kerajaan lagi. Di lapangan terbang, warga asing ini masuk melalui counter setting. Setelah masuk ke negara ini, mereka akan hilang untuk beberapa tahun (kerja secara haram). Bila nak balik, mereka akan bayar denda tinggal lebih masa dan bayar dalam sekitar RM1,100 sebelum pulang ke negara asal," kata sumber KDN.

Malah, tambahnya, ada kes warga Indonesia yang masuk ke negara menerusi visa perubatan, pulang ke negara asal secara haram melalui peraiaran tanpa membayar sebarang denda.

"Ini sudah berlaku di negara kita melibatkan pegawai-pegawai tertinggi di kerajaan,” dakwanya. Mujurlah di bawah kerajaan baru, ada usaha untuk menumpaskan sindiket-sindiket ini.”
1728394726998.png
 
Last edited:
EAIC Siasat Pegawai Imigresen Langgar Integriti

08.10.2024 - Imigresen mengesahkan siasatan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membabitkan pegawainya yang dipercayai terbabit dalam ‘sindiket visa perubatan’. Ketua Pengarahnya Zakaria Shaaban berkata wakil suruhanjaya itu telah hadir ke ibu pejabat Imigresen untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dakwaan pelanggaran integriti oleh pegawainya.

“Imigresen menyerahkan kepada EAIC untuk menjalankan siasatan lanjut dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil. Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai terbukti melakukan salah laku, katanya menerusi kenyataan.

Tindakan tegas akan diambil, tanpa mengira pangkat atau jawatan. Hari ini, sebuah media memetik sumber melaporkan beberapa pegawai imigresen sedang disiasat selepas disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing. Sindiket terbabit dikatakan membawa masuk warga asing dengan menyediakan visa perubatan kononnya mereka masuk ke negara ini atas tujuan mendapatkan perubatan namun bekerja secara haram. Dianggarkan lebih 20,000 visa perubatan diluluskan tahun lalu membabitkan satu negeri sahaja dengan setiap individu dikenakan bayaran sekitar RM4,500.​

1728394397651.png
 
Imigresen Beri Kerjasama Penuh Kepada EAIC

08.10.2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil kepada pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Ia susulan laporan media berkaitan siasatan oleh suruhanjaya terbabit ke atas beberapa pegawai Imigresen kerana disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak EAIC untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

“JIM mengesahkan bahawa pihak EAIC telah hadir ke Ibu Pejabat JIM untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dakwaan pelanggaran integriti oleh pegawai Imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini sebuah portal berita yang memetik sumber Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JIM melaporkan, beberapa pegawai JIM sedang disiasat selepas disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing. Sindiket terbabit membawa masuk warga asing dengan menyediakan visa perubatan kononnya mereka masuk ke negara ini atas tujuan mendapatkan perubatan namun bekerja secara haram di negara ini. Sumber itu berkata, siasatan baru-baru ini melibatkan kelulusan lebih 20,000 visa perubatan yang diberikan tahun lalu melibatkan satu negeri sahaja. Katanya, setiap individu dikenakan bayaran sekitar RM4,500. Mengulas lanjut, menurut Zakaria, dalam hal integriti, JIM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang terbukti melakukan salah laku. Ujar beliau, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan.

“JIM memandang serius dan sentiasa komited dalam memastikan tiada pelanggaran integriti selaras dengan fokus utama JIM iaitu meningkatkan tatakelola, tadbir urus, disiplin dan integriti bagi memperbaiki imej dan reputasi jabatan agar kembali dihormati dan disegani,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan orang awam untuk melaporkan salah laku pegawai Imigresen melalui talian 03-8801246 atau melalui e-mel [email protected].
1728394535894.png
 
EAIC Tubuh Pasukan Khas Siasat Sindiket Visa Perubatan

15.10.2024 - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat isu salah laku terkait sindiket visa perubatan yang dikeluarkan kepada warga asing. Dalam kenyataannya, agensi terbabit berkata keputusan menubuhkan pasukan khas itu diambil dalam mesyuarat suruhanjaya yang diadakan hari ini. Katanya, hasil siasatan awal yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut EAIC berpendapat perlu dijalankan siasatan menyeluruh kerana wujud aktiviti-aktiviti yang mencurigakan. EAIC berkata dapatan itu diperolehi berdasarkan dokumen-dokumen yang disita.

"Tindakan ini diambil bagi memastikan perkhidmatan kemudahan visa perubatan kepada warga asing diluluskan dengan penuh integriti dan melindungi keselamatan negara," katanya.

Sebelum ini, EAIC mengesahkan mereka sedang menyiasat skandal sindiket visa perubatan melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). EAIC juga mengesahkan hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit JIM Putrajaya pada 1 Okt lalu dan melaksanakan penyitaan ke atas 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan). Kenyataan itu menyusul selepas Malaysiakini menyiarkan laporan beberapa pegawai JIM sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam sindiket visa perubatan melibatkan warga asing. Menurut agensi itu lagi penubuhan pasukan petugas khas itu dibuat selaras dengan Subseksyen 17(1) Akta EAIC 2009.

Tambahnya, pasukan petugas khas kali ini akan diketuai oleh Dr Razali Ab Malik yang juga merupakan salah seorang Pesuruhjaya EAIC. EAIC menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan siasatan berkenaan untuk menghubungi pegawai siasatan di talian 019-2325569. EAIC merupakan badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan, antara lain, bagi menyiasat sebarang aduan salah laku membabitkan pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/722706
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register