BTC USD 42,470.9 Gold USD 1,776.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Sindiket tumpas, dadah lebih 2 juta di rampas

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,359
Reaction score
398
Points
91
FB_IMG_1627129297048.jpg
FB_IMG_1627129299080.jpg
FB_IMG_1627129301156.jpg

SINDIKET TUMPAS, DADAH LEBIH RM2 JUTA DIRAMPAS

JOHOR BAHRU - Satu sindiket pengedaran dadah tumpas apabila lima individu termasuk seorang wanita ditahan dan 34.2 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM2 juta dirampas dalam enam serbuan di sekitar daerah ini, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan pertama operasi khas yang dibuat bermula 2.40 petang itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun bersama sejumlah rampasan dadah.

Katanya, lelaki itu didapati positif dadah jenis ketamin, manakala hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Penahanan lelaki itu membawa kepada serbuan kedua dan menahan dua lelaki bersama-sama seorang wanita tempatan berusia antara 34 hingga 61 tahun berserta sejumlah rampasan dadah.

"Hasil maklumat dan risikan, pihak polis telah membuat beberapa lagi serbuan di sekitar bandar raya ini dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun.

"Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin, manakala hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Dengan tertangkapnya sindiket pengedaran dadah ini, polis berjaya mẹmbuat rampasan dadah 32.97 kg serbuk ekstasi, 481 gram pil ekstasi, 300 gram pil eramin 5, 375 gram ketamin dan 114 gram syabu bernilai lebih RM2 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini

Dalam serbuan itu polis turut merampas dua buah kereta, sebentuk cincin emas, wang tunai RM8,830 selain menyekat sembilan akaun bank dengan nilai sitaan RM201,291.

Ayob Khan berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi kira-kira setahun lalu.

Bekalan dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran tempatan yang melibatkan penggunaan di pusat-pusat hiburan dan parti persendirian.

"Dadah yang dirampas ini dipercayai boleh digunakan oleh seramai 114,324 penagih.

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 30 Julai untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tu
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,080
Reaction score
2,376
Points
201
Nie jenis pusher pelbagai mcm2 dadah dia ambik Gila la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register