BTC USD 49,673.2 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket Tawar Pasport, MyKad Palsu Tumpas!

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
PUTRAJAYA 11 Nov. - Bahagian Penguatkuasaan Imigresen melumpuhkan satu sindiket yang menawarkan pasport antarabangsa dan MyKad palsu secara berpakej pada harga RM15,000 kepada warganegara Sri Lanka.

Dua rakyat negara itu termasuk seorang lelaki yang cuba merasuah pegawai penguat kuasa Imigresen berjaya ditahan dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 2 petang di Desa Villa, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed berkata, sebanyak 20 naskhah pasport dari Malaysia, Sri Lanka (tujuh), India (lima) dan Britain (satu) serta tujuh keping MyKad palsu telah dirampas dalam operasi tersebut.

Menurutnya, rampasan tersebut merupakan yang terbesar dilakukan oleh Imigresen pada tahun ini.

''Pada mulanya serbuan dilakukan oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang menerima laporan mengenai kegiatan pengedaran dadah namun apa yang dikesan mereka bukan dadah tetapi pasport-pasport palsu.

''Berikutan daripadanya, pegawai Imigresen telah dikerahkan dan seorang lelaki Sri Lanka berjaya ditangkap di tempat kejadian manakala seorang lagi ditahan kemudian apabila menawarkan RM5,700 kepada pegawai Imigresen supaya rakan senegaranya dibebaskan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah pas kerja, kad kredit dan debit, telefon bimbit, lesen memandu pelbagai negara serta alat-alat elektrik yang digunakan untuk memalsukan dokumen.

Ishak berkata, sindiket tersebut dipercayai beroperasi di negara ini kurang daripada setahun dan pihaknya akan mengesan warganegara Sri Lanka yang memasuki negara ini menggunakan pasport palsu.

Beliau berkata, ramai warganegara Sri Lanka khasnya dari selatan negara itu ingin melarikan diri dari perang saudara di negara asal mereka.

''Warga asing yang memegang pasport palsu akan membeli dua tiket iaitu tiket penerbangan antarabangsa dan domestik. Ini membolehkan mereka menaiki pesawat antarabangsa tetapi bertolak melalui pintu pelepasan domestik.

''Satu lagi modus operandi penjenayah ialah apabila sampai ke lapangan terbang Malaysia, mereka akan menunggu di bangunan satelit untuk mendapatkan pasport palsu dari sindiket dan menggunakan dokumen palsu itu ke negara lain sebelum datang semula ke Malaysia," katanya.

Menurutnya, pasport palsu yang dirampas telah dihasilkan dengan mengoyakkan halaman depan pasport tulen yang telah dicuri dan menggantikannya dengan satu halaman yang palsu.

''Sindiket haram ini hanya dapat menipu pelanggan mereka tetapi mereka tidak akan dapat menipu pegawai penguat kuasa kita," katanya.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register