BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket seludup mercun tumpas

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
KUALA TERENGGANU – Serbuan anggota Jabatan Sia�satan Jenayah Narkotik Terengganu di sebuah rumah di Jalan Batu Rakit, Kampung Wakaf Tengah, kelmarin untuk mencari dadah tidak berhasil, sebaliknya pelbagai jenis bahan letupan dan mercun pula berjaya ditemui.

:Berikutan itu, dua pegawai dan 13 anggota narkotik yang melakukan serbuan ke rumah berkenaan berjaya merampas 147 kilogram pelbagai jenis bahan letupan dan mercun haram bernilai kira-kira RM10,000.

:Menerusi hasil serbuan itu juga, polis turut menahan seorang peniaga wanita berumur 43 tahun yang juga perancang utama sindiket berkenaan bersama dua lelaki dipercayai ‘orang kanan’ atau pembantunya bagi melaksanakan kegiatan haram terbabit.

:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, mercun yang disimpan dalam 11 guni itu dipercayai untuk bekalan seluruh Terengganu sempena Ramadan dan Aidilfitri nanti.

:Menurutnya, ia adalah sindiket penyeludupan terbesar di negeri ini dan rampasan itu adalah kejayaan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Terengganu walaupun dadah yang ‘diburu’ gagal ditemui.

:“Serbuan dilakukan kira-kira jam 8.30 malam dan antara jenis mercun yang dirampas adalah mercun bola, golden dragon egg, moon travell, crazy robots, crackling, gesek, firecrackers dan ketupat,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

:Menurut Roslan, berdasarkan tulisan pada guni dan kotak, bekalan mercun berkenaan dipercayai diperoleh dari negara jiran dan rumah sewa wanita itu dijadikan stor bagi menyimpan semua stok mercun dibawa dari sana.

:“Wanita yang berniaga barangan cenderamata seperti pemegang kunci itu berasal dari Kuala Besut, sementara dua lelaki masing-masing berumur 35 dan 24 tahun itu pula dari Wakaf Tengah serta Kampung Alor Teratai, Kuala Besut.

:“Suspek berusia 35 tahun sebelum ini turut mempu�nyai satu rekod jenayah mencuri dan ketiga-tiga mereka kini ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki bahan letupan,” katanya.

:Menurut Roslan, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun ataupun denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
 
Back
Top
Log in Register