BTC USD 67,682.3 Gold USD 2,394.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket seludup lembu sempena Aidiladha tumpas

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,698
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,698
Reaction score
4,785
Points
266
Awards
1
2690807.jpg


TANAH MERAH - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan lembu sempena Aidiladha di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Jumaat.

Rampasan yang berjumlah RM1.35 juta itu melibatkan tangkapan lembu sebanyak 69 ekor, sebuah dua treler masing-masing jenis Volvo 50 tan dan CNHTC 50 tan.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku di sektor kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

"Pada hari kejadian sekitar jam 8.20 malam berdasarkan maklumat perisikan, pasukan beroperasi bersama PDRM mengesan dan menahan dua suspek yang sedang melaksanakan aktiviti penyeludupan lembu di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek tersebut merupakan penyeludup warga tempatan yang sedang cuba menyeludup lembu masuk ke Malaysia untuk dijual semasa sambutan Aidiladha demi mengaut keuntungan yang lumayan," kata kenyataan itu.

2690806.jpg

Sindiket penyeludupan lembu sempena Aidiladha di sempadan Malaysia-Thailand tumpas.

Menurut kenyataan itu, lembu berjumlah 69 ekor itu bernilai RM345,000.

Tambah kenyataan itu, suspek dan barang rampasan yang ditahan diserahkan ke Balai Polis Lalang Pepuyu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

"ATM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan," kata kenyataan itu.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register