BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket pengemis warga asing beri kanak-kanak ubat batuk tumpas

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,275
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,275
Reaction score
1,004
Points
151

Sindiket pengemis warga asing beri kanak-kanak ubat batuk tumpas​

OlehMUHAMMAD AFHAM RAMLI

26 Jun 2024 08:23amMasa membaca: 4 minit


2703130.jpg

Antara yang ditahan dalam serbuan sindiket pengemis dan pemalsuan dokumen di ibu negara, pada Khamis.


KUALA LUMPUR - Berselindung di sebalik perniagaan aksesori telefon bimbit, kedai dobi dan gunting rambut, itu antara kegiatan dijalankan sindiket pemalsuan dokumen dan pengemis warga asing yang dibongkar dalam operasi di beberapa premis sekitar ibu kota pada Selasa.

Lebih mengejutkan sindiket tersebut turut memberikan ubat batuk kepada kanak-kanak untuk menidurkan mereka ketika dibawa mengemis di beberapa lokasi sekitar ibu kota.

Ia susulan botol ubat batuk ditemukan dalam pemeriksaan dijalankan.

2703127.jpg

Antara yang ditahan dalam serbuan sindiket pengemis dan pemalsuan dokumen di ibu negara, pada Khamis.

Pemeriksaan mendapati perniagaan yang dijalankan itu sekadar mengaburi mata pihak berkuasa selepas mendapati terdapat puluhan pasport dipercayai memiliki cop palsu di bahagian belakang premis terbabit.
Wartawan Sinar Harian yang berpeluang mengikuti operasi kira-kira jam 9 malam itu mendapati bahagian atas premis terbabit dilengkapi dengan kawalan ketat selain memerlukan akses khas untuk melaluinya.
Tinjauan ketika operasi, bahagian tingkat atas premis berkenaan terdapat beberapa unit bilik yang disewa warga asing dengan kadar RM800 sebulan dan memuatkan kira-kira lapan individu.


2703128.jpg

Wan Mohammed Saupee

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan dijalankan susulan maklumat dan risikan yang dijalankan lebih enam bulan di lokasi kejadian.
"Operasi dijalankan berjaya menahan kesemua individu berumur antara 10 bulan hingga 59 tahun terdiri daripada 44 lelaki, 22 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan warga Pakistan.
"Selain itu, turut ditahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita yang mana masing-masing merupakan warga India dan Indonesia," katanya pada Selasa.

2703126.jpg

Bilik yang menempatkan warga asing di sebuah premis di ibu negara, pada Selasa.

Katanya, siasatan mendapati lokasi ini merupakan pusat kepada sindiket pengemis warga asing susulan penemuan beberapa tong dipercayai digunakan untuk mengemis ketika pemeriksaan dijalankan.

"Selain itu sindiket turut didapati menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen susulan penemuan puluhan pasport ketika serbuan dijalankan.
"Kesemua mereka ini dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi," katanya.

2703129.jpg

Anggota operasi JIM Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan di sebuah premis dipercayai diguna sindiket pengemis dan pemalsuan dokumen di ibu negara, pada Selasa.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register