Sindiket pelaburan tidak wujud (Barclays Private Investment Project ) lumpuh

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,241
Reaction score
4,258
Points
201
EkrhIfCU8AApeve.jpg



KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan kegiatan sindiket pelaburan tidak wujud dikenali sebagai Barclays Private Investment Project (BPIP) susulan penahanan seorang wanita dipercayai ketua sindiket berkenaan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata suspek berumur 54 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di kondominium Jalan Bukit Idaman, Selayang sekitar jam 10 malam.

"Polis merampas pelbagai dokumen disyaki palsu digunakan untuk meyakinkan mangsa mengenai kewujudan pelaburan dana daripada syarikat yang sah.

"Mangsa menggunakan alasan kononnya dana pelaburan itu adalah dari luar negara iaitu San Francisco Barclays Private Equity yang diwujudkan untuk membantu umat Islam yang mempunyai masalah kewangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Arifai berkata siasatan awal mendapati suspek bergiat aktif sejak 2015 menerusi laman sosial, rakan-rakan dan juga ahli keluarga dengan menawarkan pulangan pelaburan sehingga RM1 juta bagi setiap pelaburan minimum RM100.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek memperoleh kira-kira RM2 juta wang daripada mangsa yang membuat pelaburan melaluinya dan akan menyerahkan 30 peratus daripada jumlah itu kepada suspek utama.

"Pihak kami masih mengesan suspek utama iaitu seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Lukman Hakim Abdullah, 53, yang juga pengasas syarikat pelaburan itu dan seorang lagi wanita tempatan Norlela Omar, 49, seorang daripada ahli aktif sindiket ini," katanya.

Arifai berkata sehingga kini, seramai lima mangsa telah tampil membuat laporan dan meminta mangsa lain supaya hadir ke balai berdekatan atau Balai Polis Gombak untuk memberi maklumat berhubung kes berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan," katanya. – BERNAMA

 
Last edited:
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,770
Reaction score
2,054
Points
201
duit haram...menipu...umur dah 50an....mungkin terlalu banyak pahala nak contra kot...
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,241
Reaction score
4,258
Points
201
Bongkar Penipuan Terancang ROMI BIN OTHMAN

https://www.facebook.com/UsahawanSe...18-lebih-kurang-pukul-430-pe/506224446818331/

PADA 8/11/2018 LEBIH KURANG PUKUL 4.30 PETANG SAYA DATO SRI CHE YUSRI BIN CHE ABDULLAH NOMBOR KAD PENGENALAN 790524-03-6127 YANG BERALAMAT NO 2, TINGKAT 1 , TAMAN GADING INDAH, 84000 MUAR , JOHOR . NOMBOR TELEFON BIMBIT 0199462211 TELAH PERGI KE BALAI POLIS SUBANG JAYA , SELANGOR DAN MEMBUAT SATU LAPORAN POLIS BERHUBUNG KES PENIPUAN TERANCANG YANG DI KENALI SEBAGAI SKIM DANA SELF MADE MILLIONRIRES GROUP ( SMMG ) DAN SKIM DANA BARCLAYS PRIVATE INVESTMENT ( BPIP ) SEJAK 2015 LAGI DAN MASIH BEROPERASI SEHINGGA SEKARANG .

LAPORAN POLIS TERSEBUT DIBUAT KE ATAS INDIVIDU YANG PERTAMA BERNAMA ROMI BIN OTHMAN NOMBOR KAD PENGENALAN 720920-14-5647 YANG BERALAMAT NO 468 , JALAN B 12, TAMAN MELAWATI , 53100 KUALA LUMPUR, NOMBOR TELEFON BIMBIT 013- 2341180 , NOMBOR AKAUN BANK STANDARD CHARTERED BERHAD 312193797257 .
INDIVIDU KEDUA BERNAMA ZAINAL AZLAN BIN MOHAMED NOMBOR KAD PENGENALAN 680508-06-5019 , NOMBOR TELEFON BIMBIT 019-2212112 . NOMBOR AKAUN BANK MAYBANK BERHAD 162142996032 . ALAMAT TERKINI TIDAK DIKETAHUI,

INDIVIDU KETIGA YANG BERNAMA ABDUL HAMID BIN ISMAIL NOMBOR KAD PENGENALAN 640528-08-6793 , NOMBOR AKAUN BANK CIMB 8600967602 DAN ALAMAT TERKINI TIDAK DIKETAHUI.

INDIVIDU KEEMPAT YANG BERNAMA MOHD ROSLAN BIN MUSTAFA NOMBOR KAD PENGENALAN 630607-08-6995 DAN ALAMAT TERKINI TIDAK DIKETAHUI.

KEEMPAT-EMPAT INDIVIDU DIATAS YANG BERTANGGUNGJAWB YANG MENJALANKN AKTIVITI SKIM DANA HARAM ( SMMG ).

MANAKALA SKIM DANA HARAM ( BPIP ) DIJALANKAN OLEH INDIVIDU YANG BERNAMA LOKMAN BIN HAKIM NOMBOR KAD PENGENALAN DAN NOMBOR TELEFON BIMBIT TERMASUK ALAMAT TERKINI TIDAK DIKETAHUI , INDIVIDU KEDUA YANG BERNAMA MAS RAMLI NOMBOR TELEFON BIMBIT 011-2934 3047 NOMBOR KAD PENGENALAN DAN ALAMAT TERKINI TIDAK DIKETAHUI.

TUJUAN LAPORAN POLIS INI DIBUAT KERANA TERLALU RAMAI NETIZEN TELAH DITIPU DAN ADA YANG MASIH BELUM SEDAR MEREKA DITIPU WALAU TELAH DIBERI PELBAGAI ALASAN TERMASUKLAH YANG DAH MENUNGGU BERTAHUN-TAHUN KERANA MEREKA DIJANJIKAN DENGAN TAWARAN YANG LUMAYAN SEPERTI BERIKUT,
MELABUR :-

RM 10.00 AKAN DAPAT RM 10 JUTA ,

RM 20.00 AKAN DAPAT RM 30 JUTA DAN BEGITU SETERUSNYA SEHINGGA ADA YANG MELABUR RATUSAN RIBU RINGGIT NAMUN DUIT PULANGAN SAMPAI SEKARANG TIDAK PERNAH DAPAT.

PLAN2 DIBUKA SETIAP HARI, SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN DAN SETIAP TAHUN. AHLI BERTAMBAH SETIAP HARI, RATA- RATA YANG TERLIBAT MENGAKU TERPENGARUH DENGAN TAWARAN YANG SANGAT LUMAYAN DAN AKHIRNYA MENGALAMI KERUGIAN. BERIKUTAN IALAH SEBAHAGIAN ADUAN NETIZEN :-

1. JUMLAH AHLI YANG TERLIBAT DAN DITIPU HAMPIR 40 RIBU ORANG SEJAK 8 TAHUN DAN PALING AKTIF PADA TAHUN 2015.
2. INFO-INFO UNTUK MEMPERDAYA MANGSA SUPAYA TIDAK MEMBUAT LAPORAN POLIS BERULANG-ULANG SETIAP HARI, SETIAP MINGGU, SETIAP BULAN DAN SETIAP TAHUN SAMBIL MEMAKSA AHLI2 MEMBAYAR PELBAGAI KOS PROSES MELALUI PLAN TAWARAN GANJARAN.
3. MENGGUNAKN KONSEP PELABURAN BERKAIT SUMBANGAN DENGAN TAWARAN YANG AMAT LUMAYAN SEHINGGA JUTAAN DAN BILLION BAGI MENGABURI MATA AHLI2.
4. MENGGUNAKN NAMA2 AGENSI KERAJAAN SEPERTI LHDN, BNM, DAN LAIN2 UNTUK MENYAKINKAN AHLI YANG MEMBAYAR KOS2 TERSEBUT.
5. MEMBUAT CEK-CEK PALSU DAN VIDEO ONLINE BANKING PALSU BAGI TUJUAN MEYAKINKAN AHLI KONONNYA DUIT SUDAH MASUK KE AKAUN BANK LEADER2 UNTUK PEMBAYARAN BONUS DAN IMBUHAN.
6. AHLI2 YANG BERSUHABAT MENJADI LEADER KEPADA MEREKA DENGAN MEMBANTU MEMPROMOSIKAN DANA2 TERSEBUT TERMASUK MENGUTIP DUIT DARI AHLI2.
7. ADA AHLI2 YANG PERNAH DIUGUT UNTUK VIRALKN DETAIL PERIBADI DAN FAMILY DENGAN NIAT UNTUK MEMALUKAN SEKIRANYA AKTIVITI MEREKA DIDEDAHKAN.
8. DUIT2 YANG DIKUTIP KONONNYA UNTUK MEMBAYAR KOS GUAMAN, LHDN, KASTAM, SPRM , BNM , DAN LAIN2 PADA HAKIKATNYA TIADA LANGSUNG BUKTI PEMBAYARAN DIBUAT.
9. AHLI2 DIUGUT AKAN DIBUANG DARI GROUP DAN MEMBATALKAN IMBUHAN TAWARAN SEKIRANYA AHLI2 MEMPERSOALKAN KENAPA DAN MENGAPA DUIT2 TERSEBUT TIDAK DIBAYAR SEPERTI YANG DIJANJIKAN.
10. AHLI2 DILARANG MENUNTUT KEMBALI YANG TELAH DILABUR KONONNYA MEREKA TIDAK MEMAKSA AHLI2 MEMBUAT APA2 BAYARAN DAN BAYARAN TERSEBUT DIATAS KERELAAN HATI AHLI2 ITU SENDIRI SEDANGKN AHLI2 WAJIB MEMBAYAR KOS2 PROSES SEKIRANYA INGIN MENERUSKAN DALAM SKIM DANA SMMG DAN BPIP.
BERIKUTAN 10 ADUAN AHLI2 TERHADAP MEREKA YANG MENGANJURKAN SKIM DANA PALSU TERSEBUT, SAYA MEMOHON DAN MERAYU SUPAYA PIHAK POLIS MENYIASAT SKIM DANA SMMG DAN BPIP INI BAGI MEMBANTU ORANG RAMAI SEDAR BERKAITAN PENIPUAN TERANCANG INI.

SAYA JUGA MENYERU ORANG RAMAI YANG TERLIBAT DAN MENJADI MANGSA SKIM2 DANA SEPERTI SMMG DAN BPIP DAN LAIN2 TAMPIL KEDEPAN MEMBUAT LAPORAN POLIS BAGI MEMBANTU PIHAK BERKUASA MEMBENTERAS PENJENAYAH2 SKIM2 DANA PALSU INI. LAPORAN POLIS INI UNTUK RUJUKKN PDRM, BANK NEGARA MALAYSIA, SURUHANJAYA COMMISSIONER, SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA, SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA, KPDNKK, ROS DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

YANG BENAR.
DATO SRI CHE YUSRI CHE ABDULLAH

Salah satu group di sabah kini masih aktif dan semakin aktif memperkotak katikan memperdaya orang ramai terutama orang-orang kampung
 
Sponsored Post
Top
Log in Register