BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Sindiket ketum tumpas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,287
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,287
Reaction score
1,665
Points
201
#Artikel - Sindiket ketum tumpas
FB_IMG_1640588959348.jpg

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket ketum menerusi penahanan bekas penjawat awam dipercayai mendalangi kegiatan yang beroperasi sejak 2017 lalu, dengan memperolehi keuntungan antara RM120,000 hingga RM200,000 sebulan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata turut ditahan, 12 individu tempatan lain termasuk lapan penjawat awam yang berusia antara 19 hingga 42 tahun menerusi beberapa serbuan berasingan di sekitar daerah ini.

Katanya, kegiatan sindiket terbongkar susulan penahanan seorang lelaki berusia 42 tahun menerusi Op Bersepadu Bas Ekspres dan Bas Persiaran dijalankan sekitar kawasan hentian Simpang Renggam, kira-kira jam 8.30 malam, 21 Disember lalu.

"Lelaki yang juga pemandu kenderaan itu positif Methamphetamine susulan ujian saringan air kencing yang dijalankan dan dipercayai selesai menghantar bekalan ketum dari utara ke selatan seberat 700 kilogram.

"Susulan operasi itu, seramai empat individu termasuk pasangan suami isteri yang mana suaminya adalah bekas penjawat awam ditahan dalam dua serbuan berasingan sekitar kawasan Johor Bahru Utara, di sini, antara jam 2.45 hingga 6 pagi, pada 22 Disember lalu.

"Wanita yang juga isteri kepada dalang sindiket bertindak sebagai akauntan, manakala dua pekerja lelaki selaku tukang masak air ketum diberikan gaji antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah menyewa kilang dijadikan tempat membungkus dan memproses ketum, selain bekalan ketum dipercayai diperoleh dari utara tanah air menggunakan lori buah-buahan dan sindiket memperolehi keuntungan hasil jualan air dan daun ketum.

Katanya, hasil saringan awal air kencing mendapati tiga daripadanya positif dadah jenis Methamphetamine, manakala semakan rekod mendapati tiga daripadanya juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Harga jualan semasa daun ketum antara RM35 hingga RM80, manakala sebotol air ketum seberat 1.5 liter dijual antara RM13 hingga RM25.

"Susulan daripada serbuan ini juga, polis menahan lapan penjawat awam berusia antara 25 hingga 39 tahun, di sekitar Johor Bahru dan Kulai, jam 8.30 malam tadi, bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sumber: Berita Harian
 
Back
Top
Log in Register