Sindiket gores ‘pencinta alam’

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
CHANGLUN: ‘Kempen Cintai Bumi Kita’ menjadi taktik terbaru sindiket gores dan menang di negeri ini mengaburi pengguna sebelum mereka melarikan wang tunai dan barang kemas milik mangsa.

Difahamkan, sindiket itu akan mengedarkan risalah mengenai kempen itu terlebih dahulu kepada kumpulan sasaran dengan meminta mereka mengumpulkan barang terpakai di rumah untuk dibeli sebagai umpan mendekati mangsa.

Taktik terbaru itu nyata membuah hasil apabila seorang mangsa, Saadiah Hashim, 70, kerugian hampir RM5,000 apabila barang kemas miliknya dan cucu, Nur Amira Hanim Mohd Zubir, 13, dua rantai leher dan tangan, dilarikan dua lelaki dipercayai anggota sindiket berkenaan.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Saadiah dari Kampung Batas, Mukim Temim, di sini dikunjungi dua lelaki berusia antara 20-an hingga 30-an, mendakwa dari Pusat Perlindungan Alam sekitar yang ingin membeli barang terpakai.

Saadiah berkata, pada mulanya mereka hanya meninjau dari luar rumah dan memintanya mengumpul barang terpakai untuk dibeli sebelum masuk ke dalam rumah.

Menurutnya, ketika memberi penerangan kempen itu, seorang lelaki mengumpannya dengan mengeluarkan satu sampul cabutan bertuah dan memintanya membuka sampul berkenaan.

Katanya, lelaki itu mendakwa dia antara penduduk bertuah pada hari itu dan layak membuat cabutan itu yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Dia yang ketika itu hanya bersama cucu, Nur Amira tanpa berfikir panjang terus membuka sampul berkenaan yang menyatakan dia layak memenangi sebuah set barangan elektrik percuma.

“Mereka begitu petah bercakap dan menarik minat saya dan cucu untuk terus mendengar penerangan mereka. Dalam masa sama, mereka mendakwa saya layak memenangi hadiah cabutan lebih hebat jika bersetuju menggores hadiah berikutnya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, sambil menerangkan mengenai hadiah yang bakal dimenangi, seorang lelaki itu memintanya menanggalkan rantai leher dipakai dengan alasan melihat nombor siri rantai.

Katanya, tanpa berfikir panjang, dia memberikan rantai itu seolah-olah dipukau dan selepas itu, lelaki berkenaan memintanya menanggalkan rantai tangannya termasuk rantai milik cucunya.

“Bagi meyakinkan saya, mereka meminta saya bercakap dengan pengurus mereka yang meminta saya mempercayai tindakan pekerjanya,” katanya.

Selepas itu, lelaki itu memaklumkan barang kemasnya perlu dibawa ke pejabatnya di bandar itu untuk pengimbasan.

Menurutnya, lelaki itu meminta izin membawa bersama dua cucunya, Mohd Nur Akmal Nur Afendy, 13, dan Zurainizam Zulkifli, 20, bersama barang kemas berkenaan.

Selain lelaki berkenaan, seorang lagi rakan mereka menunggu di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran.

“Ketika mengambil air wuduk solat Zohor, saya tersentak dan sedar ditipu lalu menghubungi anak saya, Normawati di Alor Star,” katanya.

Dia bersama menantunya mencari cucunya yang dibawa lelaki terbabit dam menemui mereka di perhentian bas kira-kira 10 kilometer dari rumah dalam keadaan ketakutan.

Katanya, cucunya, Mohd Nur Akmal diminta mengambil gambar sendiri dengan diberi wang RM10 sebelum ditinggal di hadapan sebuah kedai gambar berhampiran kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superitendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Dah pi tipu orang kampung lak

~X(~X(~X(
 
Top
Log in Register